Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [302(306)]


SURAT 302 (306)

ﺑﻌﺪ ﺍﺯ ﺭﻓﻊ ﻧﻴﺎﺯ ﻣﺮﻓﻮﻉ ﺁﻧﻜﻪ ﭼﻮﻧﻜﻪ ﺧﺪﻣﺖ ﻣﺨﺪﻭﻡ ﺫﺍﺩﻩ ﻣﻴﺮﺯﺍ ﺳﻠﻄﺎﻥ ﺍﲪﺪ ﺭﺍ ﺩﺭ ﺧﺎﻃﺮ ﻧﺒﻮﺩ ﻛﻪ ﺍﺯ ﺟﺎﻧﺐ ﺍﻳﺸﺎﻥ ﺗﻌﺮﺿﻰ ﻭﺍﻗﻊ ﺷﻮﺩ ﺑﺂﻥ ﺟﺎﻧﺐ ﺩﺭﻳﻦ ﻭﻗﺖ ﺑﻀﺮﻭﺕ ﺍﺧﺒﺎﺭ ﭘﺮﻳﺸﺎﻥ ﻛﻪ ﺍﺯ ﺁﳒﺎﻧﺐ ﺭﺳﻴﺪﻩ ﺑﻮﺩ ﺑﻌﺪ ﺁﻧﻜﻪ ﺁﻳﻨﺪﮔﺎﻥ ﺁﻣﺪﻩ ﺧﻂ ﺁﻥ ﺣﻀﺮﺕ ﺭﺍ ﺁﻭﺭﺩﻧﺪ ﺩﺍﻧﺴﺘﻨﺪ ﻛﻪ ﺧﺒﺮﻯ ﺍﺯ ﺁﳒﺎﻧﺐ ﻧﺒﻮﺩﻩ ﺍﺳﺖ ﺑﺮﻳﻦ ﺷﺪﻧﺪ ﻛﻪ ﺑﺮﺍﺩﺭ ﺧﻮﺩ ﺭﺍ ﺑﻌﺪ ﻣﻼﻗﺎﺕ ﻧﺼﻴﺤﺖ ﻛﻨﻨﺪ ﺑﻌﺪ ﺁﻥ ﻋﮭﺪﻯ ﭼﻨﺎﻥ ﻭﺍﻗﻊ ﻧﺸﻮﺍﺩ ﺍﺯﻳﻦ ﺟﮭﺖ ﺩﺍﺭﻧﺪﻩ ﺭﻗﻌﻪ ﻧﻴﺎﺯ ﺭﺍ ﻓﺮﺳﺘﺎﺩﻩ ﺷﺪ ﺧﺪﻣﺖ ﻣﺮﺗﻀﻰ ﺍﻋﻈﻢ ﺭﺍ ﺑﺎﺯ ﺩﺍﺷﺘﻨﺪ ﺑﻌﺪ ﺁﻧﻜﻪ ﻣﻼﻗﺎﺕ ﻛﻨﻨﺪ ﻃﺮﻳﻘﻪ ﺻﻠﺢ ﺭﺍ ﺑﺎ ﺑﺮﺍﺩﺭ ﺧﻮﺩ ﻣﻘﺮﺭ ﻛﻨﻨﺪ ﺧﺪﻣﺖ ﺍﻳﺸﺎﻧﺮﺍ ﺭﻭﺍﻧﻪ ﻛﻨﻨﺪ ﺍﺯ ﻛﺴﺎﻥ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﻧﻴﺰ ﻫﻤﺮﺍﻩ ﻣﻴﺮﺯﺍ ﺷﺎﻳﺪ ﻛﻪ ﻛﺴﻰ ﺭﻭﺩ ﺑﻌﺪ ﺁﻧﻜﻪ ﺑﺮ ﺍﻣﺮﻯ ﻗﺮﺍﺭﻯ ﮔﻴﺮﺩ ﺑﮭﺮ ﭼﻪ ﺍﺷﺎﺭﺕﻋﺎﻟﻰ ﺷﻮﺩ ﺑﻘﺪﺭ ﻭﺳﻊ ﺍﻫﺘﻤﺎﻡ ﻛﺮﺩﻩ ﺷﻮﺩ

ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻭﺍﻹﻛﺮﺍﻡ

ﺍﻟﻔﻘﻴﺮ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ

TERJEMAHAN SURAT 302 (306)

Sesudah menyatakan permohonan doa, adalah dilapurkan bahawa yang dimuliakan Makhdum Zadah Mirza Sultan Ahmad tidak berniat untuk menentang pihak sana iaitu Sultan Husain Baiqara.

Pada masa ini, oleh kerana perkhabaran yang masih belum selesai yang telah sampai dari pihak Khurasan, kesepakatan di kalangan yang bersaudara telah muncul.

Namun setelah kemunculan mereka dari Herat sudah sampai dan tela membawa surat Raja yang mulia, beliau yakni Sultan Ahmad telah memahami bahawa tiada sebarang khabar ancaman dari pihak sana.

Beliau, yakni Sultan Ahmad telah memutuskan bahawa beliau perlu menasihatkan saudaranya Sultan Mahmud, selepas pertemuan mereka dan bahawa sesudah itu suatu perjanjian perlu diadakan yang mana tidak akan ada sebarang perubahan atau penambahan. Oleh kerana itu, pembawa surat ini telah dihantar.

Sultan Ahmad telah menahan seorang yang dimuliakan iaitu seorang yang berketurunan Hadhzrat Sayyidina 'Ali Murtadhza Radhziyallahu Ta'ala 'Anhu.

Setelah mereka bertemu dan membangunkan jalan perdamaian dengan saudaranya, mereka akan menghantar Sayyid yang mulia kepada tuan. Sebahagian dari pengikutku juga akan mengiringi tuan Mirza kepada saudaranya.

Sesudah penyusunan telah dapat dicapai, apa sahaja isyarat arahan dari pihak yang tertinggi, kita akan memikulnya dengan sepenuh kemampuan kita.

Dan Salam Kesejahteraan dan Kemuliaan.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [297(301)]


SURAT 297 (301)

Sesudah menyatakan permohonan doa, adalah dilaporkan bahawa yang dimuliakan dari keturunan agung Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu, bahawa pembawa surat permohonan ini ada suatu hasrat permintaan dari Tuanku, semoga bayang-bayang kebaikannya berkekalan, yang mana beliau akan menyampaikan kepada fikiran tuan yang mulia.

Beliau yang membawa surat ini amat berharap bahawa dengan menerusi kemuliaan kamu, permintaanya daripada Tuanku yang mulia akan ditunaikan.

Adalah diminta bahawa fikiran kamu hendaklah diarahkan terhadap penghasilan maksud cita-cita beliau.

Salam.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [296(300)]


SURAT 296 (300)

Sesudah kenyataan permohonan doa, adalah telah dilaporkan bahawa saudara dan ahli keluarga Amir Haji Muhammad telah menetap di Heart semenjak sekian lama. Ianya akan menjadi jelas apakah yang akan terjadi dengan menetapnya mereka di sana. Kesakitan perpisahan sedang bersama mereka di sana sepertimana kesakitan yang ada di sini yang dihadapi oleh saudara-maranya.

Adalah diminta bahawa suatu rayuan dibuat kepada Tuanku Sultan, semoga bayang-bayang kebaikannya berkekalan, dan fikirannya yang mulia diarahkan terhadap memberikan keizinan supaya saudara Amir Haji Muhammad dapat membawa ibunya ke sini di Samarqand.

Hamba yakin bahawa permintaan ini akan ditunaikan.

Salam.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [295(299)]


SURAT 295 (299)

Sesudah kenyataan permohonan doa, adalah dilaporkan bahawa hanya dengan kemuliaan yang suci, tuan telah mengurniakan kebaikan ke atas Faqir ini dengan menunaikan keperluan-keperluan Umamat Muslimin menurut sepertimana permintaan hamba, semua orang ingin mencapai kehendak-kehendak mereka samada yang bersifat kebendaan dan keruhanian, duniawi dan ukhrawi menerusi kemuliaan Tuanku.

Yang dimuliakan, Amir Sultan Ahmad Chaharshanba juga telah meminta agar hamba meminta daripada para juru khidmat Tuanku yang dimuliakan supaya Tuanku menampilkan kebaikan pada masa ini apabila beliau telah menjadi tua dan melepaskannya untuk melakukan khidmat pengabdiannya kepada Allah. Ianya adalah suatu kebaikan yang perlu difikirkan dan ianya sudah difikirkan.

Permintaan adalah bahawa beliau dilepaskan daripada tanggungjawab perkhidmatan dan diperintahkan agar beliau menyibukkan dirinya dengan amalan 'Ibadah terhadap Allah. Salam

'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [294(298)]


SURAT 294 (298)

Sesudah kenyataan doa, adalah dilaporkan bahawa Sayyid yang dimuliakan telah tiba.

Beliau telah berada di sini untuk seketika. Beliau telah diberikan perkhabaran lengkap tentang keadaan semua yang ada dan juga mengawasi keadaan Makhdum Zada.

Kecuali untuk menyelaraskan adab penghormatan terhadap para juru khidmat Tuanku yang dimuliakan Sultan Husain Baiqara, beliau tidak menyimpan sesuatu apa pun.

Adalah diminta yang semata-mata kerana Allah, agar fikiran tuan yang mulia dapat mengarahkan fikiran Tuanku yang mulia kepada Makhdum Zada.

Salam.

Al-Faqir Ubaidullah Ahrar.

Murasalat Khwajah Ahrar [58]



SURAT 58

TERJEMAHAN SURAT 58

Sesudah daripada kenyataan doa, adalah dilaporkan bahawa selepas Ahmad Mushtaq Gabenor Balkh menghantar seseorang ke sini iaitu di Samarqand, banyak laporan telah datang bersama dengannya. Hasil daripada kesemua laporan tersebut adalah bahawa orang-orang ini perlu bersatu-padu dan menyokong antara satu dengan yang lain kerana permintaan terhadap bantuan pertolongan sudah menjadi banyak.

Bagaimanapun berkenaan urusan Amir Ahmad Mushtaq yang juga terdapat permintaan untuk bantuan, orang-orang ini walaupun menyokong adalah atas dasar berjaga-jaga, meskipun secara luarannya mereka tidak bertanggungjawab memberikan kesedihan kepada mereka yang datang meminta bantuan.

Secara hakikatnya adalah bahawa mereka tidak benar-benar teguh dalam memberikan bantuan. Setelah datang begitu banyak khabar angin yang kebanyakannya adalah dusta, mereka tidak dapat menenangkan diri mereka sendiri.

Faqir ini telah menenangkan mereka dalam suatu tatacara yang dapat dipastikan daripada para pegawai yang dimuliakan Sultan Husain Baiqara, semoga bayang-bayang kebaikannya tersebar kepada seluruh ummat Muslim.

Jika apa yang sedang didengar di Samarqand ini yang daku tidak mengesahkan dan kamu semua menolaknya adalah benar, janganlah menerima perkataan tersebut. Jika apa yang didengar kesemuanya adalah dusta, seseorang perlu mendengarnya tetapi jangan melampaui batas pengabdian kepada Allah Ta'ala dan janganlah lupa ayat Al-Quran firman Allah Ta'ala:

Ÿxsù y7În/u‘ur Ÿw šcqãYÏB÷sム4Ó®Lym x8qßJÅj3ysム$yJŠÏù tyfx© óOßgoY÷t/ §NèO Ÿw (#r߉Ågs† þ’Îû öNÎhÅ¡àÿRr& %[`tym $£JÏiB |MøŠŸÒs% (#qßJÏk=|¡ç„ur $VJŠÎ=ó¡n@ ÇÏÎÈ

Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.

Fikirkan tentang Hari Kemudian. Mereka juga sudah bersetuju tetapi kami tidak dapat menghalang mereka dari datang membantu Ahmad Mushtaq.

Semenjak yang dimuliakan keturunan Hadhzrat Sayyidina 'Ali Murtadhza Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu telah bersedia untuk mendapat kemuliaan mengucup dahi, pada ketika ini khidmatnya kepadamu terzahir dalam persembahan perkara ini.

Daku yakin, demi kebajikan seluruh ummat Muslim yang mana merangkumi kebaikan di kedua-dua kehidupan Dunia dan Akhirat, demi seluruh kemanusiaan juga akan datang pada fikiran Tuan yang mulia.

Yang dihormati orang yang membawa surat yang ikhlas ini akan membawa apa sahaja yang diketahuinya untukperhatian para pegawai Istana Diraja. Adalah diharapkan dari kebaikan Allah Ta'ala yang tidak terbatas agar Dia mengurniakan apa sahaja yang merangkumi kebaikan kedua-dua kehidupan tersebut. Dengan Kemuliaan dan KehormatanNya.

Wassalam.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [54(55)]


SURAT 54 (55)

ﺣﺎﺟﻲ ﻋﻠﻰ ﺭﻭﻣﻰ ﻧﺎﻡ ﺑﺎﺯﺭﮔﺎﻧﻰ ﺍﻟﺘﻤﺎﺱ ﻛﺮﺩﻩ ﺍﺳﺖ ﺍﺯﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﻛﻪ ﺍﻭﺭﺍ ﺍﺯ ﻣﻼﺯﻣﺎﻥ ﺩﺭﺧﻮﺍﺳﺖ ﻛﻨﻢ ﻛﻪ ﺍﺟﺎﺯﺕ ﺩﻫﻨﺪ ﻛﻪ ﺑﻮﻻﻳﺖ ﺧﻮﺩ ﺭﻭﺩ ﺍﻟﺘﻤﺎﺱ ﺁﻧﻜﻪ ﺍﻭﺭﺍ ﺍﺟﺎﺯﺕ ﺩﺍﺩﻩ ﺷﻮﺩ ﻳﻘﻴﻦ ﻛﻪ ﻣﻠﺘﻤﺲ ﻣﺒﺬﻭﻝ ﺧﻮﺍﻫﺪ ﺑﻮﺩ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ

ﺍﻟﻔﻘﻴﺮ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ

TERJEMAHAN SURAT 54 (55)

Seorang saudagar yang bernama Haji 'Ali Rumi telah meminta daripada Faqir ini bahawa agar hamba membuat suatu permintaan kepada para juru khidmat supaya memberikan kebenaran kepadanya untuk pergi ke daerah wilayah tempatnya sendiri. Adalah diminta bahawa beliau diberikan kebenaran. Hamba yakin bahawa permintaan tersebut akan ditunaikan. Wassalam.

Al-Faqir 'Ubaidullah