Khamis, 21 Februari 2013

Maktub 4 Daftar Jilid 1: Maktubat Imam Rabbani

Maktub 4 Daftar Jilid 1:  
Maktubat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi Quddisa Sirruhu


 
Menerangkan Fadhail kelebihan bulan Ramadhan yang Mubarak kadar keagungannya dan menerangkan Haqiqat Muhammadiyyah 'Alaihi Wa'ala Aalihis Solatu Wassalam. Surat ini juga telah dituliskan kepada Guru Murshidnya Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Billah Quddisa Sirruhu.

 
Permohonan - Hamba khadim yang paling hina memohon ingin menyatakan bahawa untuk suatu tempoh masa yang agak lama hamba tiada sebarang pemberitahuan dan perkhabaran menerusi penulisan surat  yang diberkati berkenaan Para Khadim Astana Khanqah yang tinggi di sana. Setiap waktu menantikannya.

Ketibaan bulan Ramadhan sudah tiba. Pada bulan yang Mubarak ini dengan Quran Majid yang merupakan Jami' keterhimpunan sekalian kesempurnaan Kamalat Zati dan Shuyuni, dan daerah ini adalah termasuk ke dalam Daerah Asal yang mana sebarang bayangan Zhilliyyat dan cabangan Far'iyyat tidak termasuk di dalamnya, dan Qabiliyyat Ula yakni Haqiqat Muhammadiyyah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah bayangan Zhill baginya yang mana terhasil kesesuaian munasabat yang sempurna, dan dengan kerana kesesuaian munasabat inilah maka Nuzul penurunan Quran Majid berlaku pada bulan Ramadhan Mubarak yang diberkati ini.

Ayat Quran yang mulia dari Surah Al-Baqarah ayat 185:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran," adalah menerangkan perkara ini, dan dengan kerana kesesuaian munasabat ini, bulan ini juga adalah Jami' yang terhimpun dengan kebaikan dan keberkatan. Apa sahaja keberkatan dan kebaikan dalam sepanjang tahun yang yang sampai kepada setiap orang walau dari jalan manapun ianya sampai adalah bagai setitik air daripada sungai berkat yang tak berpenghujungan pada bulan yang Mubarak ini. Jam'iyyat pada bulan ini adalah Jam'iyyat bagi sepanjang tahun dan Tafriqah pada bulan ini adalah Tafriqah bagi sepanjang tahun.

"Maka khabar gembira bagi sesiapa yang berlalu ke atasnya bulan Mubarak ini dan memperolehi keridhaan daripadanya dan kecelakaan bagi sesiapa yang bulan ini membenci ke atasnya maka dia dihalang dari keberkatan dan dia diharamkan dari kebaikan."

Dan juga Quran Majid hendaklah dikhatamkan pembacaannya pada bulan ini dan kerana itulah ianya telah disunatkan supaya seluruh kesempurnaan Kamalat yang asli keberkatan Barakat yang Zhilli dapat terhasil.

"Justeru, barangsiapa yang dapat menghimpunkan kedua-duanya adalah diharapkan bahawa dia tidak diharamkan dari keberkatannya dan tidak terhalang dari kebaikannya."

Apa-apa keberkatan yang terkandung di dalam bulan ini pada siang harinya adalah berlainan dan apa-apa keberkatan yang terkandung di dalam bulan ini yang bertakluk pada malam harinya adalah berlainan dan boleh jadi bahawa mensegerakan Iftar berbuka puasa dan melambat-lambatkan memakan Sahur dengan hukum Afdhal dan Awla adalah kerana hikmah ini supaya pembahagian juzuk-juzuk antara kedua-dua waktu tersebut dan perbezaannya dapat terhasil sepenuhnya.

Qabiliyyat Ula sebagaimana yang telah dinyatakan di atas dan yang juga disebut sebagai Haqiqat Muhammadi 'Ala Mazhharihis-Solatu Wat-Taslimat, semoga ke atas Mazharnya terlimpah Salawat dan Salam, ia adalah Qabiliyyat Zat yang bukan disebabkan oleh pensifatan sekalian sifat, sebagaimana yang telah dihukumkan oleh sebahagian Para Sufi yang mulia, bahkan Qabiliyyat Zat 'Azza Syaanuhu menurut iktibar ilmu pengetahuan ini yang mana bahawa ianya bertakluk dengan sekalian kesempurnaan Kamalat Zati dan Shuyuni, yang mana Haqiqat Quran Majid dapat terhasil, dan Qabiliyyat Ittisaf pensifatan yang mana ianya bersesuaian dengan Rumah Sifat-sifat dan seumpama Barzakh di antara Zat dan Sifat Allah Ta'ala, ianya adalah Haqaiq bagi Para Anbiya 'Alaihimussolatu Wassalam yang lain. Qabiliyyat ini yang menurut iktibar-iktibar tertentu yang terkandung di dalamnya menjadikan banyak Haqaiq. Qabiliyyat yang dinamakan sebagai Haqiqat Muhammadi 'Alaihis-Solatu Wat-Tahiyyah, meskipun berada pada kedudukan bayangan Zhilliyyat, namun warna Sifat tidak bercampur padanya dan tiada sebarang purdah serta Wasitah di antaranya. Dan Muhammadi Al-Masyrab adalah Haqaiq yang khas bagi jemaah dengan menurut iktibar ilmu yang mana sebahagiannya adalah bertakluk dengan kesempurnaan Kamalat tersebut.

Zat Allah Ta'ala memiliki Qabiliyyat-qabiliyyat dan Qabiliyyat Muhammadiyyah adalah Barzakh di antara Zat Suci Allah Ta'ala Jalla Shaanuhu dan Qabiliyyat-qabiliyyatNya yang berbilang-bilang. Dan sebahagian Para Sufi yang mulia telah menetapkan hukum bahawa Haqiqat Muhammadi adalah memiliki Qabiliyyat Zat yang bersifat dengan sekalian Sifat-sifat, ianya adalah kerana tempat meletakkan langkahan kaki Qabiliyyat Muhammadiyyah adalah hanya di dalam Rumah Sifat dan kenaikan 'Uruj Nihayat yang penghujungan bagi Rumah Sifatadalah sehingga kepada Qabiliyyat ini. Kerana itulah ianya dinisbatkan kepada Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaih Wasallam dan meskipun Qabiliyyat Ittisaf pensifatan ini adalah tidak jauh sama sekali, kerana itulah sebahagian Para Sufi telah menetapkan hukum bahawa Haqiqat Muhammadi adalah sentiasa sebagai pengantara, jika tidak, Qabiliyyat Muhammadiyyah 'Ala Mazharihas-Solatu Wat-Tahiyyah yang mana pada Zat Bari Jalla Syaanuhu diiktibarkan sebagai Mujarrad, yang mana mungkin jauh dari pandangan bahkan ianya memang berlaku. Dan Qabiliyyat Ittisaf yakni keupayaan pensifatan juga meskipun ianya juga diiktibarkan namun kerana keadaannya sebagai Barzakh maka ia telah berikhtiar memilih untuk mewarnakan dirinya dengan warna Sifat yang dengan wujud tambahan adalah Mawjud pada kharij luarannya dan untuk ianya berada jauh adalah tidak mungkin, maka kerana itulah pengantara sentiasa ada pada hukumnya.

Ilmu-ilmu pengetahuan jenis ini yang mana Mansya yang dikehendaki baginya adalah Jami'iyyat keterhimpunan Asalat dan Zhilliyyat banyak berlaku Waridnya dan kebanyakan daripadanya dituliskan di dalam helaian kertas. Maqam Qutubiyyat adalah Mansya yang dikehendaki dalam Daqaiq 'Ilmi pada Maqam Zhilliyyat dan Martabat Fardiyyat adalah Wasitah perantaraan bagi terhasilnya Warid Ma'arif berkenaan Daerah Asal. Tanpa menghimpunkan kedua-dua daulat ini yakni Maqam Qutubiyyat dan Martabat Fardiyyat, maka untuk membezakan antara Zhill dan Asal adalah sukar.

Oleh kerana itulah sebahagian Para Masyaikh tidak mengetahui bahawa Qabiliyyat Ula yang dikatakan Ta'ayyun Awwal adalah sebagai tambahan ke atas Zat dan penyaksian Syuhud dan Musyahadah terhadap Qabiliyyat ini disangkakan sebagai Tajalli Zati, dan kebenaran yang Haqq adalah apa yang telah daku Tahqiqkan dan Haqiqat urusan Amar adalah apa yang telah daku terangkan menerusi penjelasan, dan Allah Subhanahu Wa Ta'alalah yang menzahirkan Haqq kebenaran dan Dialah yang mengurniakan petunjuk Hidayat ke aras jalan yang lurus.

Berkenaan risalah yang mana hamba yang hina ini telah diperintahkan untuk menuliskannya, untuk menyiapkannya masih belum berhasil mendapat Taufiq dan segala huraian Tahrirat masih tinggal sedemikian, tidak diketahui dalam kesukaran ini apakah hikmat Allah Ta'ala Jalla Syaanuhu. Menulis dengan berlebih-lebihan adalah bertentangan dengan Adab.

 

Penjelasan:
Surat Maktubat yang keempat ini adalah sebuah lautan ilmu pengetahuan Ma'arif yang tiada bertepi dan merupakan surat yang paling sukar untuk difahami dalam Maktubat Imam Rabbani. Sebelum memasuki perbahasan asal Maktub ini perlulah diperjelaskan beberapa Mustalahat kepada para pembaca supaya kefahaman terhadap Maktub yang asal ini dapat difahami dan menjelaskan.

Zat:
Zat bagi sesuatu adalah dikenali sebagai Nafs dan 'Ain baginya. Pada Istilah Para Sufiya, Zat bererti "Wujud Haqq tanpa iktibar Sifat dan Ta'ayyunat" yakni Wujud Mutlaq Allah Ta'ala yang tinggi mengatasi segala Iktibarat Sifat dan Ta'ayyunat. Di sisi Ahli Tasawwuf, istilah Zat Haqq, Zat Sazij, Zat Bahat, Zat Sirif, Zat Wajib, Zat Hu Hu, La Ta'ayyun, Ma'budiyyat Sirfah, Batin, Ghaib Al-Ghaib, Mabda Fiyadhz, Hadhrat Al-Jama', Hadhrat Al-Wujud, Azal Al-Azal, Martabat Uluhiyyah, Al-Ghaib Al-Maskut 'Anhu, Al-Kafur dan Majhul An-Na't adalah I'tibarat dan Istilahat yang berlainan bagi merujuk kepada Martabat Zat.

Zat dan Sifat:
Menurut Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu, "Zat adalah sesuatu yang berdiri sendiri dengan Nafsnya dan Sifat adalah sesuatu yang berdiri dengan Zat tersebut, akan tetapi pada Zat didapati dengan wujud tambahan pada Kharij luaran.

Sifat:
Sifat adalah suatu alamat tanda-tanda yang lazim bagi Zat Mausuf yang disifatkan dan Zat Mausuf dapat dikenali menerusinya.

Ketahuilah bahawa pada Sifat dan Shuyunat terdapat perbezaan yang sangat halus. Seluruh Sifat Ilahiyah pada Kharij luaran keatas Zat Ta'ala Wa Taqaddas adalah Mawjud dengan secara wujud tambahan. Dan Shuyunat adalah Mahadhz Iktibarat yang mana diiktibarkan pada Zat Jalla Syaanuhu sebagaimana bahawa Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu telah menyatakannya dalam surat Maktubat yang ke 287 pada Jilid Pertama. Beliau menjelaskan perbezaan ini dengan suatu misal perumpamaan dan Maktub tersebut telah diikrarkan sebagai syarah bagi Maktub Keempat ini. Kandungan dalam Maktub tersebut hendaklah dimutalaahkan.

Para 'Ulama Haqq Ahli Sunnat berpendapat mengatakan bahawa Wujud Sifat-sifat dan difahami bahawa kewujudan Sifat-sifat adalah tambahan ke atas Wujud Zat. Golongan Mu'tazilah, Syi'ah dan Para Hukama berpendapat mengatakan bahawa mereka menafikan Sifat-sifat dan mengatakan bahawa Sifat-sifat adalah 'Ain Zat. Sebahagian daripada Hadharat Para Sufiya Mutaakhirin yang berpendapat dengan perkataan Wahdat Al-Wujud pada masalah menafikan Sifat-sifat adalah sependapat dengan golongan Mu'tazilah dan Para Hukama.

Menurut Tahqiq Jumhur Mutakallimin Ahli Sunnat, Sifat adalah "La Huwa Wa La Ghairuhu" yakni Sifat-Sifat bukanlah 'Ain bagi Zat dan bukan selain dari Zat, oleh kerana itu memutlakkan Ghairiyyat dan 'Ainiyyat di antara Zat dan Sifat-Sifat adalah dilarang. Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu juga menuruti dengan pandangan Maslak ini sebagaimana beliau telah pun menjelaskannya.

Sebahagian Para Masyaikh yang telah mengingkari Sifat-sifat bagi Wajib Ta'ala Jalla Syaanuhu sebagai wujud yang berasingan dan mereka mengatakan bahawa Sifat-sifat adalah 'Ain Zat pada Kharij luaran, maka sebabnya adalah bahawa Para Hadharat ini berada pada martabat Tajalliyyat Sifatiyyah. Sifat-sifat menjadi cermin untuk mereka Musyahadah menyaksikan Zat Jalla Syaanuhu dan keadaan rupa cerminnya adalah bahawa Dia menjadi tersembunyi daripada pandangan yang memandang dan yang terpandang pada pandangannya adalah apa yang berhadapan dengan cermin tersebut, maka kerana itulah Sifat-sifat yang tidak dapat tidak oleh kerana menjadi cermin, maka ianya adalah tersembunyi dari pandangan, kerana itulah mereka memberikan keputusan bahawa Sifat-sifat yang berada pada Kharij luaran adalah 'Ain Zat dan berada pada Martabat 'Ilmu yang mana mereka telah mentsabitkan Sifat-sifat sebagai Mughairat yang selain daripada Zat Ta'ala Wa Taqaddas, maka kenyataan mereka adalah berdasarkan supaya secara keseluruhannya penafian ke atas sifat-sifat tidak lazim berlaku dan jika sebahagian Para Hadharat ini dapat sampai kepada Maqam yang lebih tinggi dan pandangan Syuhud mereka dapat keluar daripada cermin Sifat-sifat tersebut maka mereka akan dapat mengetahui dan memahami akan Haqiqat Hal apa yang telah daku katakan, bahawa keputusan Para 'Ulama Ahli Sunnat ini adalah benar dan menurut kebenaran sebagaimana yang dibawa oleh Penghulu Nubuwwat 'Ala Sahibihas-Solatu Wassalam Wat-Tahiyyah bahawa Sifat-sifat adalah Mawjud yang berlainan dan ianya adalah tambahan ke atas Zat.

Shuyunat:
Lafaz Shuyunat adalah Sighah Jama' Al-Jama' bagi lafaz Mufradnya iaitu Shan dan Shuyun adalah Jama' baginya. Shan bermakna Hal dan Amar yakni keadaan dan urusan pemerintahan. Ayat Mubarakah Al-Quran Surah Ar-Rahman ayat 29: "Kullu Yaumin Huwa Fi Shan," yang bermaksud, "Setiap hari Dia berada dalam hal keadaan Shan yang tertentu," adalah asal bagi istilah dengan merujuk kepada martabat ini.

Apabila Allah Ta'ala mentajallikan ke atas Para HambaNya maka Tajalli tersebut dengan iktibar yang Haqq adalah dinamakan sebagai Shan Ilahi dan pada iktibar Para Hamba ianya dinamakan sebagai Hal.

Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 'Alaihirrahmah telah mentakrifkan Shuyunat sebagai berikut, "Shuyunat Allah Ta'ala adalah Furu' cabang ZatNya dan Sifat-sifatNya adalah merupakan  Mutafarra' cabangan daripada Shuyunat tersebut dan AsmaNya seperti Khaliq, Raziq dan selainnya adalah merupakan Mutafarra' cabangan ke atas Sifat-sifat dan Af'alNya adalah merupakan Mutafarra' cabangan ke atas Asma dan seluruh Mawjudat adalah natijah-natijah Af'al dan adalah merupakan cabangan daripada Af'alNya, Wallahu A'lam dan Allah yang lebih mengetahuinya. Maka dapatlah kita ketahui bahawa Shuyun adalah perkara berlainan dan Sifat-Sifat adalah perkara yang berlainan dan Shuyun pada Kharij luaran adalah 'Ain Zat dan Sifat-sifat pada Kharij luaran adalah tambahan ke atas Zat."

Seterusnya Hadhrat Imam Rabbani telah menyatakan sebagai tambahan, "Limpahan Faidhz yang datang daripada Haqq Ta'ala sampai kepada Salik ada dua jenis. Jenis pertama adalah yang mana bertakluk dengan Ijad yakni mewujudkan, Ibqa yakni mengekalkan, Takhliq yakni menciptakan, Tarziq yakni memberikan rezeki, Ihya yakni menghidupkan, Imatat yakni mematikan dan sebagainya; dan jenis yang kedua adalah yang bertakluk dengan Iman, Ma'rifat dan seluruh kesempurnaan Kamalat Maratib Wilayat dan Nubuwwat. Limpahan Faidhz jenis yang pertama semuanya datang menerusi Sifat-sifat dan limpahan Faidhz jenis yang kedua sebahagiannya datang menerusi Sifat-sifat dan sebahagiannya datang menerusi Shuyunat; dan di antara Sifat-sifat dan Shuyunat terdapat perbezaan yang sangat halus yang mana ianya tidak terzahir pada sesiapa pun kecuali ke atas Para Awliya Muhammadi Al-Masyrab dan tiada sesiapa pun yang pernah memperkatakan berkenaan Nisbat ini.

Dari segala penerangan ini kami ingin memperjelaskan dengan suatu perumpamaan misalnya, air secara tabi'inya dari atas turun ke bawah. Tabiat Fi'il yang terdapat di dalamnya adalah memberikan pengiktibaran Hayat, 'Ilmu, Qudrat dan Iradah kerana bagi Para Sahiban 'Ilmi dengan keberatan mereka memerlukan ilmu pengetahuan, mereka turun dari atas ke bawah dan tidak memberikan Tawajjuh ke arah atas, dan 'Ilmu adalah Tabi' mengikut Hayat dan Iradah adalah Tabi' mengikuti 'Ilmu. Begitulah Qudrat juga menjadi tsabit kerana pada Iradah terdapat pengkhususan "Ahadul-Maqdurain" yakni memilih satu daripada dua perkara yang ditaqdirkan. Maka I'tibarat ini yang tsabit pada zat air adalah pada kedudukan Shuyunat. Jika dengan I'tibarat ini pada Zat air ditsabitkan menjadi Sifat-sifat tambahan maka ia dengan wujud tambahan tersebut akan menjadi seperti Sifat-sifat Mawjudah. Air pada I'tibarat yang pertama tidak boleh dikatakan sebagai Hayy, 'Alim, Qadir dan Murid. Untuk mentsabitkan Nama-nama Asma ini perlulah mentsabitkan Sifat-sifat Zaidah tambahan.

Oleh kerana itu apa sahaja yang sebahagian Para Masyaikh dalam segala iktibar mereka yang bertakluk dengan air telah mentsabitkan Nama-nama tersebut, ianya adalah berdasarkan kerana mereka tidak dapat membezakan antara Shuyunat dan Sifat-sifat; dan begitulah juga hukum penafian terhadap Wujud Sifat adalah kerana tidak mengetahui perbezaan antara kedua-duanya. Perbezaan kedua antara Shuyunat dan Sifat-sifat adalah bahawa pada Maqam Shuyun, Sahib Shan adalah Muwajjah berhadap-hadapan dan Maqam Sifat adalah tidak sedemikian.

Maqam Shuyun adalah Muwajjahah Zat:


Barzakh bererti pengantara di antara dua benda dan kerana itulah zaman yang bermula dari sesudah mati hingga ke Hari Qiyamat juga dinamakan sebagai Barzakh.

Mafhum sebuah Hadits Muttafaqun 'Alaih daripada Kitab Misykat bahawa, ummat akan sentiasa berada dalam kebaikan bilamana mereka mensegerakan pekerjaan Iftar berbuka puasa.

Maqam Qutubiyyat dan Martabat Fardiyyat:
Ketahuilah bahawa Abdal, Aqtab, Aghwats, Afrad, Awtad, Akhyar, Abrar dan Nuqaba adalah jenis-jenis Para Awliya Allah. Di kalangan mereka sebahagiannya adalah tersembunyi dari pandangan makhluk dan mereka juga tidak mengenali antara satu sama lain dan juga tidak mengetahui tentang hal keutamaan diri mereka dan jumlah bilangan mereka adalah empat ribu orang, dan daripada kalangan mereka sebahagiannya adalah Ahli Hal dan 'Uqud dan mereka adalah ketua pemimpin pada gerbang Haqq Jalla Majduhu dan jumlah bilangan mereka adalah tiga ratus orang sebagaimana ada dituliskan di dalam kitab Nafahat Al-Uns.

Hadhrat Imam Ahmad Ibni Hanbal Radhiyallahu 'Anhu telah meriwayatkan daripada Hadhrat 'Ali Karramallahu Wajhahu bahawa beliau telah berkata, daku telah mendengar daripada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bahawa Baginda telah bersabda, "Para Abdal berada di Syam dan bilangan mereka adalah empat puluh lelaki, apabila seorang dari kalangan mereka meninggal dunia maka Allah Ta'ala akan menentukan seseorang sebagai gantian untuk menggantikannya. Dengan berkat kewujudan mereka turunnya hujan dan keadilan dapat terhasil dan dengan bantuan Madad pertolongan mereka musuh-musuh dapat dikalahkan dan dengan keberkatan mereka azab terhadap Ahli Syam dapat dihindarkan. Kekhususan Ahli Syam adalah kerana Qurb kedekatan dan Jiwar kejiranan, jikalau tidak, keberkatan dan Imdad pertolongan mereka adalah untuk seluruh dunia, khasnya untuk seseorang yang meminta-minta Madad dan I'anat pertolongan daripada mereka." [Misykat]