Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [20]


SURAT 20

ﺣﻀﺮﺕ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ ﻧﺒﻲ ﺭﺍ ﺻﻠﻮﺍﺕ ﺍﷲ ﻋﻠﻰ ﻧﺒﻴﻨﺎ ﻭ ﻋﻠﻴﻪ ﻋﻠﻮ ﻫﻤﺖ ﺁﻥ ﺍﻗﺘﻀﺎ ﻛﺮﺩ ﻛﻪ ﻣﻮﺍﻧﻊ ﻗﺮﺑﺖ ﺑﺮﺣﻤﺖ ﺣﻖ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻛﻪ ﻋﺒﺎﺭﺕ ﺍﺯ ﺍﺩﺍﻯ ﻭﻇﺎﻳﻒ ﻋﺒﻮﺩﻳﺖ ﺍﺳﺖ ﻗﻠﺒﺎ ﻭﻗﺎﻟﺒﺎ ﺳﺮﺍ ﻭ ﺭﻭﺣﺎ ﺑﻮﺻﻒ ﻧﻴﺎﺯ ﻭﺍﻧﻜﺴﺎﺭ ﺑﺮﺩﺍﺭﻧﺪ ﻳﺎﻓﺖ ﺍﻳﻦ ﻣﻌﻨﻰ ﺑﻰ ﺗﺴﺨﻴﺮ ﻧﻔﻮﺱ ﺷﺮﻳﺮﻩ ﺟﻦ ﻭ ﺍﻧﺲ ﺑﻜﻤﺎﻝ ﻣﻴﺴﺮ ﻧﺒﻮﺩ ﺣﺼﻮﻝ ﺍﻳﻦ ﻗﺪﺭﺕ ﺟﺰ ﺍﺯ ﺣﻖ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻧﻰ ﻻ ﺟﺮﻡ ﺍﺯ ﺳﺮ ﺩﺍﻧﺶ ﻭ ﻛﻤﺎﻝ ﻣﻌﺮﻓﺖ ﺑﻮﺻﻒ ﻧﻴﺎﺯ ﺍﺯ ﺣﻖ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻃﻠﺒﻴﺪﻩ ﻓﺮﻣﻮﺩ ﻛﻪ ﺭﺏ ﻫﺐ ﱄ ﻣﻠﻜﺎ ﻻ ﻳﻨﺒﻐﻲ ﻷﺣﺪ ﻣﻦ ﺑﻌﺪﻱ ﻫﺮ ﺁﻥ ﺻﺎﺣﺐ ﻫﻤﺘﻰ ﻛﻪ ﻃﻠﺐ ﺍﻳﻦ ﺳﻌﺎﺩﺕ ﺩﺭ ﻧﻬﺎﺩ ﺍﻭ ﻣﻨﻈﻮﺭ ﺍﺳﺖ ﺑﻀﺮﻭﺭﺕ ﻫﻤﻪ ﺁﻥ ﺧﻮﺍﻫﺪ ﻛﺮﺩ ﻛﻪ ﺳﺒﺐ ﻳﺎﻓﺖ ﺍﻳﻦ ﭼﻨﻴﻦ ﻗﻮﺗﻰ ﻛﺮﺩﺩ ﺗﺴﺨﻴﺮ ﻧﻔﻮﺱ ﺷﺮﻳﺮﻩ ﺑﻌﻀﻰ ﺑﻘﻬﺮﺍﺳﺖ ﻭ ﺑﻌﻀﻰ ﺑﻜﺮﻡ ﺍﻟﺘﻤﺎﺱ ﺍﺯ ﺁﻥ ﺣﻀﺮﺕ ﺁﻧﻜﻪ ﺑﺼﻔﺖ ﻛﺮﻡ ﺑﻌﻀﻰ ﺭﺍ ﻣﺴﺨﺮ ﻛﺮﺩﺍﻧﺪ ﺗﺎ ﺧﻠﻖ ﺍﺯ ﻣﺤﻨﺖ ﺧﻼﺻﻰ ﺷﻮﻧﺪ ﺍﮔﺮ ﺑﻜﺮﻡ ﺗﺴﺨﻴﺮ ﻣﻴﺴﺮ ﻧﺸﻮﺩ ﺑﻀﺮﻭﺭﺕ ﻣﺒﺎﺷﺮﺕ ﺍﺳﺒﺎﺏ ﺁﻧﻜﻪ ﻗﻬﺮﺍ ﺩﺭ ﲢﺖ ﺩﺭ ﺁﻳﻨﺪ ﺑﺎﻳﺪ ﻛﺮﺩ ﺑﺸﺮﻃﻰ ﻛﻪ ﺩﺭ ﻣﺒﺎﺷﺮﺕ ﺁﻥ ﺍﺳﺒﺎﺏﻓﺮﻣﺎﻥ ﺻﺎﺣﺐ ﺷﺮﻳﻌﺖ ﻋﻠﻴﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺼﻠﻮﺍﺕ ﺍﺗﻤﻬﺎ ﻭ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﺤﻴﺎﺕ ﺍﻳﻤﻨﻬﺎ ﻧﺎﻇﺮ ﺑﺎﺷﻨﺪ ﭼﻪ ﻣﻘﺼﻮﺩ ﻛﻠﻰ ﺍﻋﺰﺍﺯ ﺻﺎﺣﺐ ﺷﺮﻳﻌﺖ ﺍﺳﺖ ﻭﺷﺮﻳﻌﺖﺁﻧﭽﻪ ﻓﻬﻢ ﻣﻰ ﺷﻮﺩ ﺍﺯ ﻃﺮﻳﻘﻪ ﻣﻼﺯﻣﺎﻥ ﺟﺎﻧﺒﻴﻦ ﺁﻧﺴﺖ ﻛﻪ ﺭﺧﺼﺖ ﺷﺮﻋﻰ ﻣﻨﻈﻮﺭ ﻧﻴﺴﺖ ۔

ﮔﺮ ﻛﺸﺎﻳﻢ ﲝﺚ ﺍﻳﻦ ﺭﺍ ﻣﻦ ﺑﺴﺎﺯ

ﺑﺎ ﺳﻮﺍﻝ ﻭ ﺑﺎ ﺟﻮﺍﺏ ﺁﻳﺪ ﺩﺭﺍﺯ

ﺫﻭﻕ ﻧﻜﺘﻪ ﻋﺸﻖ ﺍﺯ ﻣﻦ ﻣﻰ ﺭﻭﺩ

ﻧﻘﺶ ﺧﺪﻣﺖ ﻧﻘﺶ ﺩﻳﮕﺮ ﻣﻰ ﺷﻮﺩ

ﻭﻗﻮﻑ ﺑﺮ ﺣﺪ ﺧﻮﺩ ﻭ ﻧﮕﺎﻩ ﺩﺍﺷﺖ ﺁﺩﺏ ﺍﺯ ﻟﻮﺍﺯﻡ ﺣﺎﻝ ﺍﺭﺑﺎﺏ ﻓﻘﺮ ﺍﺳﺖ ﻭ ﺗﺼﺪﻳﻊ ﻭ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻭ ﺍﻹﻛﺮﺍﻡ ۔

ﺍﻟﻔﻘﻴﺮ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ

TERJEMAHAN SURAT 20

Hadhrat Baginda Nabi Sulaiman 'Alaihissalam, semoga limpahan Selawat ke atas Hadhrat Baginda Nabi kita dan ke atasnya dengan ketinggian kesungguhan kekuatan Himmah Baginda telah mengkehendaki bahawa perkara-perkara yang menghalangi pendekatan Qurbat terhadap Rahmat Allah Al-Haqq Subhanahu Wa Ta'ala yang mana merupakan suatu ibarat daripada perlaksanaan Wazaif 'Ubudiyat yakni amalan pengabdian, hendaklah dilaksanakan dengan Qalban yakni dengan hati sanubari dan Qaliban yakni seluruh anggota tubuh badan, Sirran yakni secara tersembunyi dan Ruhan yakni dengan secara Ruhaniyah dengan sifat menghinakan diri dan merendahkan hati.

Bagi mencapai pemahaman makna ini, tanpa menundukkan segala Nafsu Syarirah Jin dan Insan, pencapaian yang sempurna tidak akan terhasil dengan mudah. Penghasilan kemampuan ini adalah mustahil dicapai melainkan dengan Allah Al-Haqq Subhanahu Wa Ta'ala. Dengan kebijaksanaan ilmu pengetahuan dan kesempurnaan Ma'rifat dengan sifat menghinakan diri, telah memohon daripada Allah Al-Haqq Subhanahu Wa Ta'ala dengan permohonan doa berikut:

tA$s% Éb>u‘ öÏÿøî$# ’Í< ó=ydur ’Í< %Z3ù=ãB žw ÓÈöt7.^tƒ 7‰tnL{ .`ÏiB ü“ω÷èt/ ( y7¨RÎ) |MRr& Ü>$¨duqø9$# ÇÌÎÈ

35. Nabi Sulaiman 'Alaihissalam berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah daku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi".

Apa sahaja yang dituntut oleh seseorang yang berkemahuan terhadap kebahagiaan ini, sebagai menuntut keperluannya akan berusaha apa sahaja yang diperlukan bagi mencari keupayaan yang sedemikian.

Bahawa sebab untuk menaklukkan segala Nafsu kejahatan adakalanya dengan kekerasan dan adakalanya dengan kebaikan. Yang dituntut daripada Tuan yang mulia adalah bahawa dengan sifat kebaikan dapat menakluk sebahagian daripadanya supaya khalayak rakyat dapat dilepaskan dari kesukaran.

Jika penaklukan tidak dapat terlaksana menerusi sikap kebaikan, maka sebagai menurut keperluan Asbab dia hendaklah bersedia menanggung sebarang usaha untuk membawa mereka berada di bawah kawalan secara kekerasan, dengan syarat bahawa dalam melaksanakan tanggungjawab Asbab tersebut dia hendaklah memerhatikan firman sabdaan oleh Sahib Shari'at yakni Hadzhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, semoga kesempurnaan Selawat dan Rahmat keberkatan terlimpah ke atasnya, kerana maksud keseluruhan adalah mengagungkan Sahib Shari'at iaitu Hadzhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan Shari'at itu sendiri. Apa yang dapat difahami dari cara perlaksanaan para pekerja kedua-dua belah pihak adalah bahawa keuzuran Shari'i tidak diperhatikan.

Jika ku dedahkan perkara ini pada perbincangan,

Pertanyaan dan jawaban akan jadi berpanjangan.

Rasa kesan percintaan telah pergi dari diriku,

Dan gambaran khidmat menjadi gambaran lain.

Berhenti dengan mengetahui had dan kadar diri sendiri dan memerhatikan adab adalah merupakan antara perkara-perkara hal keperluan yang lazim bagi orang-orang yang menuju Faqir. Berlebih-lebihan dalam perkara ini adalah menyalahi adab. Salam kemuliaan.

Al-Faqir 'Ubaidullah

PENJELASAN SURAT 20

Makna adalah merujuk kepada pengertian dalaman iaitu hakikatnya yang sebenar. Di dalam surat ini Hadhrat Khwajah Ahrar telah merujuk kepada pengetahuan Ma'rifat dan Danish dengan pengetahuan yang terhasil tanpa belajar dan pengetahuan yang terhasil menerusi belajar. Pengetahuan bererti 'Ilmu tentang kedua-duanya yang perlu dimiliki oleh manusia. Himmah bererti kerajinan, kegirangan hati, cinta, niat, maksud, kekuatan, kuasa, kemahuan, kegiatan, kehendak, kehendak permulaan, keinginan yang kuat.

Surat ini menunjukkan sifat tindakan Hadhrat Nabi Sulaiman 'Alaihissalam yang sama sekali bertentangan dengan tindakan yang telah diambil oleh Sultan Husain Baiqara. Di dalam Al-Quran, Hadhrat Nabi Sulaiman Putera Daud 'Alaihimassalam telah menyebelahi seorang raja yang salih yang mana telah mencari kekuasaan dengan maksud untuk berkhidmat kepada Allah Ta'ala. Baginda Sulaiman 'Alaihissalam juga telah berusaha menghapuskan penyembahan berhala dan telah menyempurnakan pembinaan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Hadhrat Naginda Nabi Sulaiman 'Alaihissalam telah memohon kekuasaan kerajaan daripada Allah Ta'ala yang tidak akan digugat oleh sesiapa pun ketika hayat beliau sehinggalah Baginda wafat.

Sepertimana Hadhrat Baginda Nabi Sulaiman 'Alaihissalam yang berusaha menaklukkan kejahatan dengan mengalihkan segala halangan yang mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala, maka begitulah juga hendaknya harapan Hadhrat Khwajah Ahrar terhadap Sultan Husain Baiqara.

Sepertimana Hadhrat Baginda Nabi Sulaiman 'Alaihissalam yang telah memperolehi kekuasaannya dari Allah dan perlulah mengurus serta mentadbirkannya menurut perundangan Shari'at. Sepertimana seorang Sufi perlu tahu had kemampuan dirinya dan memelihara adab sopan dan kesantunan dalam mencapai tingkatan Ahwal dan Maqamat dalam Tasawwuf, maka begitulah juga seseorang Sultan atau raja penguasa hendaklah memelihara Syari'at dalam melaksanakan segala tanggungjawab kepatuhan kepada Allah dan dalam menundukkan segala kemahuan Hawa, Nafsu dan Syaitan dan berusaha menghindarkan kesukaran daripada kehidupan Ummat Muslimin.

Alasan surat ini ditulis adalah bagi menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di antara para putera Raja Timurid yang dianggap oleh Hadhrat Khwajah Ahrar Rahmatullah 'Alaih sebagai suatu yang bertentangan dengan kehendak Syari'at kerana mereka telah menyalah-gunakan kekuatan ketenteraan negara untuk tujuan pertelingkahan mereka.

Perkataan Daraz bermakna panjang-lebar. Bait syair dalam surat ini sering digunakan oleh Hadhrat Khwajah Ahrar Rahmatullah 'Alaih dalam banyak surat-surat beliau.

Perkataan Naqsh secara tidak langsung adalah mengisyaratkan kepada takluk perhubungan beliau dengan Tariqat Sufiyah Naqshbandiyah yang telah dibangunkan oleh Hadhrat Shah Muhammad Bahauddin Naqshband Al-Uwaisi Al-Bukhari Rahmatullah 'Alaih (W. 791H/1389M) yang mana gelaran Tariqat Naqshband ini berasal.

Sebelum beliau, Tariqat ini telah dikenali dengan nama Tariqat Khwajagan telah diasaskan oleh Hadhrat Khwajah Khwajagan Khwajah 'Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah 'Alaih yang hidup dua ratus tahun sebelum Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah 'Alaih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan