Rabu, 10 September 2014

MINHAJ AS-SALIKIN




MINHAJ AS-SALIKIN

Hadhrat Syah Waliyullah Dehlawi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam kitabnya "Syifa Al-'Alil" berkenaan keperluan Bai'at,
"Bai'at adalah Sunnat, bukan Wajib. Ianya kerana bahawa Para Shahabat Ridhwanullahi Ta'ala 'Alaihim Ajma'in telah berbai'at dengan Rasulullah Ahallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam dan dengan sebab Bai'at tersebut mereka menginginkan pendekatan bersama Haqq Ta'ala dan tiada sebarang Dalil Syar'i yang menunjukkan kepada meninggalkan Bai'at sebagai berdosa. Dan Para Imam Agama Islam juga tidak pernah mengingkari terhadap meninggalkan Bai'at, maka dengan ketiadaan pengingkaran telah menjadikannya sebagai Ijma' atas perkara ini bahawa ianya adalah tidak Wajib."

Hadhrat Syah Waliyullah Dehlawi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan berkenaan Syakshiyyat Mursyid seperti berikut,
"Pada seseorang Mursyid terdapat beberapa perkara yang perlu ada pada dirinya. Antaranya syarat yang pertama hendaklah memiliki pengetahuan Quran dan Hadits. Syarat kedua bagi seseorang yang mengambil Bai'at hendaklah memiliki sifat 'Adil dan Taqwa. Adalah Wajib bagi seseorang Mursyid menjauhkan dirinya dari terlibat dengan dosa-dosa besar dan meninggalkan perbuatan dosa-dosa kecil. Dan syarat ketiga bagi seseorang Syaikh hendaklah dia seorang yang meninggalkan Dunia dan cenderung kepada Akhirat. Syarat keempat ialah memerintahkan perkara yang telah disyari'atkan dan melarang perkara yang menyalahi Syara'. Syarat kelima ialah bahawa seseorang yang mengambil Bai'at pernah bersuhbat dengan Para Mursyid Kamil dan beliau telah mempelajari adab daripada mereka dalam suatu jangkamasa yang lama dan telah menghasilkan cahaya Nur Bathin, dan perkara ini yakni Suhbat dengan Para Kamilin telah disyaratkan kerana Sunnatullah berlaku sedemikian bahawa seseorang tidak akan mendapat kedudukan sebagai Murad selagi dia tidak melihat kepada orang-orang yang telah mendapat kedudukan sebagai Murad, sepertimana insan tidak dapat menghasilkan ilmu pengetahuan melainkan dengan bersuhbat dengan Para 'Ulama dan atas perkara ini hendaklah diqiaskan dan diutamakan." [Syifa Al-'Alil]

Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih telah menerangkan serba sedikit berkenaan Bai'at dan Tarbiyyat dalam Thariqat,
"Apabila seseorang Thalib penuntut hadir berkhidmat pada seseorang Syaikh, maka Syaikh hendaklah melakukan Istikharah sebanyak tiga hingga tujuh kali, kemudian mengajarkan cara bertawajjuh dan menyuruhnya melakukan sembahyang 2 rakaat Solat Taubat kerana tanpa meletakkan kaki di atas perjalanan ini tanpa bertaubat tiadalah berfaedah. Apabila Taubat secara Mujmal dan ringkas telah dilakukan maka kemudian hendaklah memberikan pengajaran mengenai perjalanan yang khas menurut kemampuan dan kesediaan Thalib dan mengembangkan pandangan terhadap Hal keadaannya dan memberitahu kepadanya mengenai Adab-adab Thariqat ini serta kaedah-kaedah dan syarat-syaratnya. Hendaklah memberikan Targhib dorongan untuk Mutabi'at mengikuti Kitab dan Sunnah dan Atsar Salaf Shalihin dan meletakkan kepentingannya di dalam fikiran bahawa tanpa Mutabi'at mengikuti perkara tersebut maka perkara yang dituntut tidak akan berhasil dan hendaklah menyedarkan mereka bahawa perkara-perkara Kasyaf dan mimpi yang bertentangan dengan Kitab dan Sunnah walau dengan kadar sehelai rambut pun adalah tidak boleh diambilkan iktibar darinya bahkan dia hendaklah beristighfar meminta keampunan dan hendaklah memberikan nasihat supaya memperbetulkan pegangan 'Aqaid bersesuaian menurut Firqah Najiyyah yakni Ahli Sunnah Wal Jama'ah." [Maktubat Imam Rabbani: Daftar 3]

Hadhrat Syaikh 'Abdul Qadir Jailani 'Alaihirrahmah telah memperjelaskan mengenai perkara yang penting ini berkata,
"Bagi Para Murid adalah lazim bahawa apabila berkehendak untuk mempelajari adab daripada Syaikh maka hendaklah dia percaya dengan keimanan dan kebenaran di dalam hatinya bahawa dalam zaman ini tiada sesiapa pun yang lebih baik dari Syaikh saya." [Ghunyah Ath-Thalibin]

Hadhrat Maulana Zulfiqar Ahmad Sahib ketika menerangkan berkenaan sebuah Hal daripada Majlis Hadhrat Zawwar Hussain Syah 'Alaihirrahmah, berkata:
"Hadhrat Syaikh 'Alaihirrahmah telah memperkatakan tentang faedah-faedah Zikir dan Fadhail kelebihan-kelebihan Silsilah 'Aliyyah Naqsyabandiyyah secara terperinci dan telah menyatakan bahawa, Hadhrat Mujaddid telah menampilkan beberapa istilah-istilah yang tidak pernah dinyatakan dalam bidang Tashawwuf sebelumnya. Misalnya Wilayat Shughra, Wilayat Kubra, Wilayat 'Ulya, Haqiqat Ka'abah, Kamalat Nubuwwat dan sebagainya. Justeru, kerana itulah terdapat perbezaan dalam kandungan Maktubat Hadhrat Mujaddid dan Maktubat Khwajah Ma'ashum, bahawa pada Maktubat Hadhrat Mujaddid dengan berdasarkan penjelasan istilahatnya adalah tersembunyi maknanya dan sukar difahami, manakala pada Maktubat Khwajah Ma'ashum secara nisbatnya adalah senang dan mudah difahami oleh orang awam."

Hadhrat Mujaddid telah memberikan sebuah penjelasan yang sangat penting dalam memperingatkan tentang golongan Abrar dan Muqarrabin:

Wassabiquunal Awwalun Ulaaikal Muqarrabun
Watawaffana Ma'al Abrar

Daripada ayat ayat tersebut dapat diketahui bahawa terdapat dua golongan orang Mukminin. Setiap orang Muslim yang Mukmin adalah tergolongan sebagai Abrar tetapi golongan Muqarrabin adalah daripada golongan yang Khawwash, dan maksud Suluk adalah memasukkan golongan Abrar ke dalam golongan Muqarrabin. Dalam amalan golongan Abrar masih terkandung kekotoran tetapi pada amalan golongan Muqarrabin adalah terpelihara dan suci dari sebarang kekotoran. Walaubagaimanapun, bagi golongan Abrar hanya akan mendapat ganjaran pahala dan manakala untuk golongan Muqarrabin selain mendapat ganjaran pahala turut mendapat nikmat kedekatan Qurb. Sebagaimana orang yang bekerja dan sebagainya semua mendapat ganjaran upah bagi pekerjaannya, ini adalah perumpamaan misal bagi golongan Abrar, tetapi seseorang lelaki yang tergolong dalam kalangan para menteri seorang raja dan sibuk dalam memberikan khidmat kepada zat diri raja tersebut, maka baginya di samping ganjaran upah turut berhasil mendapat Qurb kedekatan dengan raja.

Beliau juga menyatakan bahawa Masiwa terbahagi kepada dua jenis. Segala sesuatu yang terbit di dalam zat, dan Ghafil serta lalai terhadap Khaliq dinamakan sebagai nafs, dan segala sesuatu yang berada di luar zat dan Ghafil serta lalai terhadap Khaliq dinamakan sebagai Aafaq. Untuk menghasilkan Ma'iyyat kebersertaan bersama Allah Ta'ala maka perlulah berjaya dan berhasil melepaskan diri dari cengkaman kedua-dua Anfus dan Aafaq.

Beliau mengatakan bahawa pada Salasilah yang berbeza terdapat jalan Thariqah yang berbeza. Para Hadharat Silsilah 'Aliyyah Chisytiyyah pada mulanya memutuskan takluk dengan Aafaq dan kemudian terhadap takluk Anfus. Para Hadharat Silsilah Naqsyabandiyyah pada mulanya melakukan Zikir Ismu Zat dan dapat melepaskan dari cengkaman Anfus dan dikatakan bahawa persiaran Sayr Aafaqi adalah terkandung di dalam menempuh persiaran Sayr Anfusi dan keadaan ini adalah sangat begitu memudahkan.

Persiaran Sayr Anfusi hendaklah ditempuh dengan tarikan Jazab yang dinamakan sebagai Jazbah. Persiaran Sayr Anfusi akan terhasil menerusi Fana Nafs dan persiaran Sayr Afaqi adalah terhasil menerusi Fana Qalb. Segala takluk yang berada di luar Nafs diri dinamakan sebagai Ta'alluqat Afaqi dan persiaran Sayr Afaqi hendaklah ditempuh dengan melakukan Zikir Nafi Itsbat seperti dunia, isteri, anak-anak, harta, keturunan dan sebagainya yang mana terdapat suatu kadar takluk kecintaan Muhabbat yang mengatasi kecintaan Muhabbat terhadap Allah Ta'ala.

Persiaran Sayr Afaqi hendaklah ditempuh dengan perjalanan Suluk yakni dengan suatu jalan yang khas berusaha untuk menghapuskan segala takluk secara sedikit demi sedikit. Ada dinyatakan dalam sebuah Hadits bahawa, "Tidak beriman seseorang dari kalangan kamu selagi hawa nafsunya tidak mengikuti Agama yang daku telah bawakan." Hal keadaan ini akan terhasil apabila persiaran Sayr Anfusi telah sempurna, dan persiaran Sayr ini hendaklah ditemuh dengan Jazbah.

Jazbah adalah suatu tarikan untuk menuju kepada Allah Ta'ala. Jazbah adalah mendahului Suluk. Dalam Silsilah 'Aliyyah Naqsyabandiyyah kedua-dua persiaran Sayr adalah ditempuh dengan Jazbah yakni persiaran Sayr Afaqi adalah tertanggung di dalam menempuh persiaran Sayr Anfusi. Seseorang yang tidak pernah terhasil Fana Qalb dan Fana Nafs maka amalannya adalah tergolong dalam amalan Para Abrar yakni secara kesempurnaannya masih belum mencapai keikhlasan yang Khulush, dan jika dia terus berusaha untuk menghasilkan kedua-dua pencapaian Fana Qalb dan Fana Nafs, maka ketika itu segala amalan Zikir yang dilakukannya adalah tergolong dalam amalan Para Muqarrabin dan manakala amalan yang lain akan termasuk dalam amalan Para Abrar. Hasanat Al-Abrar Sayyiaat Al-Muqarrabin yakni kebaikan-kebaikan golongan Para Abrar adalah keburukan-keburukan di sisi golongan Para Muqarrabin." [Maqamat Zawwariyyah ms.160-161]

Hadhrat Maulana Payindah Muhammad 'Alaihirrahmah iaitu Khalifah kepada Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'ashum Sirhindi Quddisa Sirruhu telah menukilkan di dalam risalahnya yang berjudul Majma' Al-Bahrain,
"Tidak syak lagi bahawa dalam Istilahat Thariqat yang tinggi ini terdapat Sayr Dar Watan yang tahqiqnya di sisi kami adalah suatu ibarat berkenaan persiaran Sayr Anfusi bahawa ianya juga dinamakan sebagai Jazbah yang merupakan permulaan Mu'amalah dan Ahwal Para Buzurguar, dan manakala Para Akabirin Salasilah yang lain telah memulakan dengan menempuh persiaran Sayr Afaqi bagi mencapai tuntutannya dan mencapai peningkatan menerusinya. Pada persiaran Sayr Afaqi, Mathlub yang dituntut adalah berada pada luar diri Salik. Pada istilah dan makna, persiaran Sayr Anfusi ini ialah persiaran di dalam diri yakni mencari di dalam diri dan mendapatkannya juga di dalam diri." [Majma' Al-Bahrain ms.9]

Hadhrat Zawwar Hussain Syah Rahmatullah 'Alaih berkata,
"Limpahan Faidhz terhasil dalam beberapa bentuk keadaan yang berbeza, misalnya seseorang itu merasakan mengantuk sehingga tertidur. Adakalanya seseorang itu merasakan kehilangan diri dan kehilangan akal dan adakalanya seseorang itu dalam hal keadaannya yang kehilangan diri Zikir tetap berjalan di dalam hatinya dan dapat merasakan getaran dan seperti bergerak-gerak, dan mengetahui bahawa dirinya sedang mempalukan Zikir Allah Allah pada hatinya. Lama-kelamaan suaranya menjadi semakin kuat bahawa meskipun tanpa menutup mata suara Zikir tetap kedengaran tanpa kesukaran dan meskipun dalam kesibukan orang ramai pun tidak timbul sebarang kesusahan untuknya berzikir. Apabila kesan Zikir mula mencapai ke seluruh tubuh maka dari segenap tubuh akan kedengaran suara sedang berzikir. Suara tersebut dinamakan sebagai Shaut Hasan Wa Hams:

Wakhasya'atil Ashwatu Lirrahmaani Fala Tasma'u Illa Hamsa
[20:108]
Dan merendahlah semua suara kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu tidak mendengar kecuali bisikan sahaja.

Adakalanya bunyi seperti loceng juga akan kedengaran, adakalanya bunyi seperti tebuan, adakalanya bunyi seperti burung, adakalanya kedengaran seperti bunyi suara haiwan tatkala kembali ke sarang di waktu senja, adakalanya kedengaran seperti bunyi gendang besar, bunyi cerek menggelegak, adakalanya bunyi jenis bertali seperti biola, gitar, sitar, saranggi dan sebagainya. Bahkan demikian, berbagai-bagai lagi bunyi bunyi yang baharu yang belum pernah didengar akan terzahir padanya. Antara tanda-tandanya ialah apabila bunyi-bunyi yang kedengaran seperti gitar dan sebagainya mengatasi segala bunyi-bunyi zahir yang diketahuinya. Apabila keadaan ini menguasainya dengan sempurna maka akan terzahirlah pula suara Zikir Sulthan Al-Azkar iaitu adakalanya kedengaran bunyi seperti renjatan elektrik dan akan mula terasa aliran getaran tersebut pada seluruh tubuh. Pada sebahagian orang ada yang mengalami Jazbah dan ada juga yang terhasil Waridat. Pada lathifah-lathifah sebahagian Salik akan terzahir bayangan seperti kilat, bintang-bintang, bulan, mentari atau cahaya-cahaya yang berbagai jenis. Ada orang yang bermula persiaran bathin dan pancaindera zhahirnya tidak dihiraukan dan adakalanya dapat terasa kehangatan pada lathifah-lathifah. Ada juga yang dapat merasakan di dalam dirinya kecintaan Muhabbat terhadap Syaikh Mursyid semakin segar dan menghasilkan pandangan Tawajjuhnya, dan ada juga mereka yang secara zhahirnya tidak dapat mengetahui apa-apa namun mereka tetap juga tidak kekosongan dari sebarang kesan." ['Umdat As-Suluk ms.39-41]

Hadhrat Mujaddid Rahmatullah 'Alaih berkata,
"Apabila daku mencapai kesedaran pada jalan Suluk, maka dengan 'Inayat Allah Ta'ala Jalla Syanuhu daku telah disampaikan untuk berkhidmat pada salah seorang Khalifah Silsilah Tariqat Naqsyabandiyyah iaitu Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Billah, yang mana dengan berkat Tawajjuhnya telah terhasillah Jazbah Khwajagan yang mana dapat dicapai dengan menerusi Fana Shifat Qayyumiyyat dan telah terhasil juga suatu kadar pencapaian Indiraj An-Nihayah Fil-Bidayah yakni kenaikan ke peringkat penghujungan pada peringkat permulaan. [Mabda Wa Ma'ad ms.58]

Hadhrat Mujaddid Rahmatullah 'Alaih juga telah berkata,
"Ketika permulaan Hal pada suatu hari apa yang telah daku lihat adalah bahawa daku berada pada suatu tempat sedang melakukan tawaf dan terdapat juga beberapa orang sedang menyertaiku dalam pekerjaan tawaf tetapi kadar pergerakan mereka adalah lebih perlahan bahawa dalam tempoh tersebut, daku melakukan sekali tawaf sedangkan mereka baru mengangkat tiga langkahan. Pada ketika itu dapatlah daku ketahui bahawa tempat ini adalah Fauq Al-'Arasy yakni suatu kedudukan di atas 'Arasy dan baki mereka yang melakukan tawaf tersebut adalah Para Malaikat Kiram yang mulia. Semoga Allah melimpahkan Shalawat ke atas Nabi kita dan ke atas mereka sekaliannya. Allah mengkhususkan RahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya." [Maktubat Imam Rabbani-Daftar3 ms.206]

Hadhrat Zawwar Hussain Syah 'Alaihirrahmah bagi menjelaskan kenyataan tersebut telah berkata,
"Dengan membaca ibarat-ibarat tersebut dapatlah diketahui bahawa Maqam Hadhrat Mujaddid Rahmatullah 'Alaih adalah lebih tinggi dari sekalian Para Buzurgan bahawa telah menjadi urat dan sarafnya, dan juga telah berhasil mendapat pengenalan Ma'rifat yang sempurna mengenai Maqamat Para Akabirin Thariqat, sedangkan sudah menjadi 'Aqidah kita bahawa Maqam Hadhrat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam selain Haqq Allah Ta'ala tiada sesiapa pun yang dapat memahaminya."

Miyani 'Aasyiq Wa Ma'syuq Rumzey Ast,
Kiraman Katibin Ra Ham Khabar Nest.

Di antara seorang yang asyik dan yang diasyiki terdapat rumusan rahsia,
Sehinggakan Para Malaikat Kiraman Katibin pun tidak dapat mengetahuinya.

Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih berkata,
"Bilakah masa yang sesuai bagi para peniaga mengambil pemberian Maqamat Para Buzurgan kita dan mengenalpastikannya?"

Untuk kita beramal dengan nasihat tersebut dan untuk para peniaga maka kita akan hidangkan dengan huraian-huraian Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu dengan lafaz-lafaz yang tiada tandingan kerana memilih jalan untuk menghasilkan pemahaman dan kefahaman adalah sentiasa diperbolehkan. Kini dengan menurut kefahaman kami yang Naqish lagi serba kekurangan sebagai menjawab persoalan tersebut mengatakan bahawa daripada ibarat-ibarat yang dinyatakan oleh Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu atau sebarang huraian daripada sesiapa pun tidak seharusnya timbul kesamaran dalam kefahaman bahawa Hadhrat Mujaddid telah menganggap Maqam kedudukannya lebih tinggi daripada Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam atau menganggap lebih tinggi dari Para Masyaikh Akabirinnya. Seseorang dari kalangan Ummat ini yang paling hampir dengan Hadhrat baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun tidak berani mengatakan kenyataan tersebut bahawa mendapati dirinya mencapai ketinggian mengatasi Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam atau Para Shahabat Ridhwanullahi Ta'ala 'Alaihim Ajma'in atau Para Akabirin Ummat, lantas bagaimanakah Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu yang merupakan seorang Muhaddits dan Faqih dan Imam Ilmu Kalam dan Mujtahid boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Keraguan dan kesamaran sebegini juga telah berlaku pada zaman Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu yang muncul dalam fikiran sebahagian orang yang kurang berkefahaman dan Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu telah pun memberikan sebahagian jawaban-jawaban tentang persoalan tersebut.

Sebagaimana yang telah beliau tuliskan huraiannya di dalam Maktub 202 - Daftar 1,
"Seterusnya adalah bahawa seseorang yang menganggap dirinya lebih Afdhal keutamaannya dari Hadhrat Shiddiq Akbar Radhiyallahu 'Anhu, adalah urusannya itu tidak terlepas dari salah satu daripada dua hal keadaan, iaitu sama ada dia adalah seorang Zindiq sejati ataupun seorang yang jahil. Seseorang yang mengatakan Hadhrat Amirul Mukminin 'Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'Anhu lebih afdhal keutamaannya dari Hadhrat Shiddiq Akbar Abu Bakar Shiddiq Radhiyallahu 'Anhu adalah dia terkeluar daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jama'ah, maka kemudian bagaimanakah dengan hal seseorang yang menganggap bahawa dirinya adalah lebih afdhal keutamaannya dari Hadhrat Shiddiq Akbar Radhiyallahu 'Anhu? Sedangkan dalam golongan ini sudahpun ditetapkan bahawa jika seseorang Salik menganggap dirinya lebih baik dari anjing kurap maka dia akan diharamkan dari mencapai kesempurnaan Kamalat Para Masyaikh Buzurgan."

Kesamaran ibarat yang dinyatakan oleh Hadhrat Mujaddid adalah terkandung di dalam risalah beliau yang berjudul Mukasyafat 'Ainiyyah yang menyatakan dengan jelas bahawa ianya merupakan antara perkara-perkara mukasyafah yang tersingkap pada Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu yang dihuraikan penulisannya sebagai Tahdits Nikmat dan untuk para penuntut yang ingin mengambil Istifadah.

Pada jalan Thariqat ini setiap Salik sedikit sebanyak pasti akan mengalami Inkisyafat yakni tersingkapnya beberapa rahsia Ma'rifat dan setiap Buzurg menzahirkan apa yang mereka rasai pada Maqam mereka masing-masing. Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu menuliskan huraiannya menurut Maqam yang beliau capai dan apa yang beliau rasakan, bahkan beliau sendiri telah menuliskan pada sebuah tempat bahawa,
"Kami hanya menukilkan perkataan-perkataan atau maqam-maqam yang boleh dicapai rasanya oleh orang-orang awam, kerana terdapat juga rahsia tersembunyi yang jika dizahirkan secara isyarat dan Kinayat maka akan sampailah giliran untuk dipotongkan Halqum."

Kandungan kenyataan ini juga terdapat pada pernyataan seorang Perawi Hadits yang masyhur, Shahabi Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu yang diriwayatkan telah berkata bahawa,
"Daku telah berhasil memperoleh dua jenis bahagian ilmu pengetahuan daripada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Bahagian yang pertama adalah ilmu pengetahuan yang daku menyebarkannya kepada orang ramai, bahagian yang kedua adalah ilmu pengetahuan yang jika daku menerangkan kepada orang ramai maka leherku akan dipotong."

KASYAF DAN ILHAM

Berkenaan Kasyaf dan Ilham, di sisi silsilah Para Shufiyyah bahkan yang bukan Shufiyyah dan Para 'Ulama dan bukan 'Ulama adalah diterima dengan sejahtera. Walaubagaimanapun di sini timbul satu persoalan bahawa apabila Agama Islam sudah sempurna menerusi Kitab dan Sunnah, maka sesudah kesempurnaan tersebut apakah yang diperlukan lagi pada Kasyaf dan Ilham, dan apakah kekurangannya lagi di dalam Agama Islam yang dengan menerusi Ilham dapat menyempurnakannya?

Sebagai menjawabnya, Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu telah menuliskan huraiannya di dalam Maktub 55 - Daftar 2 bahawa,
"Ilham adalah penzahir bagi kesempurnaan Kamalat yang tersembunyi, bukannya sebagai tambahan kesempurnaan dalam Agama Islam. Sebagaimana seseorang Mujtahid adalah mengikut pandangan dan Ijtihadnya, demikianlah juga Para Hadharat Masyaikh mengikut firasat dan ilham mereka dalam pengenalan-pengenalan Ma'arif dan Mawajid."

Daripada keterangan ibarat tersebut dapatlah diketahui bahawa hukum bagi Ilham adalah dikhususkan bagi hak orang yang mendapat Ilham, berkhilafan dengan Ijtihad Mujtahid bahawa ianya am untuk seluruh Ummat Muslimin. Adapun kandungan perkara ini telah dihuraikannya pada maktub 31 - Daftar 1 seperti berikut,
"Hasil kalam pembicaraan ini adalah bahawa kesalahan Kasyafi adalah berada pada hukum kesalahan ijtihadi bahawa celaan dan cercaan telah diperjauhkan darinya bahkan pada darjat pengurniaan ganjaran pahala adalah tsabit bagi haknya mendapat satu darjah ganjaran pahala. Walaubagaimanapun, bertaqlid mengikut atas dasar kesalahan golongan pertama iaitu Ahli Kasyaf adalah tidak dibolehkan dan manakala bertaqlid mengikut atas dasar kesalahan golongan kedua iaitu Mujtahid adalah dibolehkan bahkan diwajibkan."

Beliau juga telah berkata,
"Beriman atas perkara-perkara yang dinyatakan oleh Para Shufiyyah bukanlah suatu kelaziman. Ya, hendaklah menjauhi dari mengingkari perkara-perara tersebut, janganlah berlaku bahawa perkara-perkara tersebut diingkari sehingga sampai mengingkari orang-orang yang mengalami perkara-perkara tersebut hingga terbentuk rasa kebencian terhadap Para Awliya Haqq Ta'ala. Hendaklah beramal sesuai menurut pegangan 'Aqaid Para 'Ulama Ahli Haqq dan manakala terhadap perkara-perkara Kasyafiyyah Para Shufiyyah hendaklah bersikap Husnu Zhan dengan bersangka baik serta berikhtiar memilih untuk berdiam." [Maktub 272 - Daftar 1]

MUKASYAFAT DAN MUSYAHADAT
Berkenaan Mukasyafat dan Musyahadat, Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu telah menuliskan huraiannya pada Maktub 207 -  Daftar 1,
"Adalah pekerjaan yang ajaib bahawa jika segala haqiqat Musyahadat dan Tajalliyyat ini dinyatakan secara kesemuanya maka adalah ditakuti bahawa tuntutan Para Mubtadi akan menjadi sia-sia dan syauq keseronokan mereka akan menjadi berkurangan dan disamping itu terdapat suatu perkara lain yang ditakuti ialah bahawa jikalau seseorang yang berilmu pun tidak dapat mengatakan apa-apa maka perkara yang Haqq akan bercampur dengan perkara yang Bathil."

Kami yang 'Ajiz dan Naqish ini berpendapat bahawa hendaklah memperbanyakkan melakukan pembacaan dan mentelaah Maktubat Syarifah Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu dan Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'ashum Quddisa Sirruhu, In Sya Allah Al-'Aziz segala kemusykilan akan dapat dihuraikan dengan sendirinya.

Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu telah menerangkan kaifiyat Ahwal yang berlaku padanya sejurus selepas Bai'at,
"Kemudian selepas sehari telah berlaku ke atasku kaifiyat Bey Khudi iaitu rasa kehilangan diri. Dalam hal keadaan Bey Khudi tersebut daku telah melihat sebuah lautan yang meliputi di mana terkandungnya rupabentuk-rupabentuk seluruh alam sebagaimana di dalam air dapat dilihat pantulan berbagai benda-benda. Keadaan Bey Khudi ini secara perlahan-perlahan dapat dikuasai dan bertapak sehingga beberapa lama. Adakalanya sejam dan adakalanya dua jam dan pada sebahagian keadaan sepanjang malam dalam hal keadaan demikian. Apabila daku bertanya berkenaan hal keadaan ini kepada Hadhrat Pir Mursyid Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu maka beliau berkata, "Sedikit rasa Fana sudah terhasil." Kemudian beliau melarang daku dari melakukan Zikir dan memberikan perintah supaya Nigah Dasyat terhadap kesedaran Agahi tersebut. Selepas dua hari daku telah berhasil mengalami Fana Ishtilahi. Apabila beliau bertanyakan tentang kaifiyat yang berlaku itu kepada Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu, maka beliau berkata, "Teruskan dengan pekerjaan kamu." Kemudian Fana Al-Fana telah terhasil. Kemudian daku bertanya maka beliau berkata, "Apakah kamu melihat seluruh alam sebagai satu dan mendapatinya bercantum dengan Zat Wahid Yang Maha Esa?" Daku berkata bahawa, "Tuan Hadhrat, demikianlah yang daku rasakan." Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu telah berkata, "Dalam Fana Al-Fana, perkara yang dapat diambil iktibar ialah bahawa meskipun melihat penyatuan ini akan terhasil keadaan tanpa kesedaran." Adapun sesungguhnya pada malam itu juga telah terhasil jenis hal keadaan Fana Al-Fana tersebut. Daku telah bertanyakan juga berkenaan kaifiyat ini dalam hadir berkhidmat kepada Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu dengan mengatakan bahawa daku mendapati dalam  ilmuku mengenai nisbat Haqq Subhanahu Wa Ta'ala adalah 'Ilmu Hudhuri yakni sesudah mendapatkan 'Ilmu Hushuli, mendapati 'Ilmu Hudhuri tanpa perantaran penghasilan rupabentuk, dan segala pensifatan yang dinisbatkan kepadaku, daku mendapatinya dinisbatkan kepada Haqq Subhanahu Wa Ta'ala."


LATHAIF INSAN

Hadhrat Syah Ahmad Sa'id 'Alaihirrahmah telah menghuraikan di dalam kitabnya yang terkenal Arba' Anhar berkata,
"Insan adalah himpunan daripada sepuluh Lathifah. Lima daripada Alam Amar dan lima daripada Alam Khalaq."

LATHAIF ALAM AMAR

Lathaif yang bertakluk dengan Alam Amar adalah Qalb, Ruh, Sirr, Khafi dan Akhfa. Ushulnya ada di atas 'Arasy Majid dan bertakluk dengan La Makaniyyat yang tiada bertakluk dengan sebarang tempat. Allah Ta'ala dengan QudratNya yang sempurna telah mengamanahkan Jawahir Mujarradah ini pada beberapa tempat pada jisim insan. Dengan kerana takluk-takluk Duniawi dan kehendak  Khwahisyat Nafsani maka Lathaif ini telah menjadi lupa terhadap Usulnya yakni asal markaznya. Sehinggalah bahawa dengan menerusi Tawajjuh seseorang Syaikh Kamil dan Mukammil, Salik dapat mengawasi dengan sikap Agahi terhadap Ushulnya dan cenderung terhadap Ushulnya dan mendapat pengurniaan Ilahi dan pendekatan juga akan terzahir padanya sehinggalah dia sampai ke arah asalnya, kemudian ke arah asal bagi asalnya.

LATHAIF ALAM KHALAQ

Lathaif bagi Alam Khalaq adalah Lathifah Nafs dan empat Lathaif Anasir Arba'ah iaitu Angin, Api, Air dan Tanah. Asal bagi setiap Lathifah-lathifah Alam Khalaq adalah daripada Asal Lathifah Alam Amar. Adapun Asal bagi Lathifah Nafs adalah Asal Qalb, Asal Lathifah Unsur Angin adalah Asal Lathifah Ruh, Asal Lathifah Unsur Air adalah Asal Lathifah Sirr, Asal Lathifah Unsur Api adalah Asal Lathifah Khafi dan Asal Lathifah Unsur Tanah adalah Asal Lathifah Akhfa.

NUR LATHAIF

Pada kesemua Lathaif ini warna cahaya Nur setiap Lathifah adalah berbeza-beza. Adapun cahaya Nur Lathifah Qalb adalah berwarna kuning, cahaya Nur Lathifah Ruh adalah berwarna merah, cahaya Nur Lathifah Sirr adalah berwarna putih, cahaya Nur Lathifah Khafi adalah berwarna hitam dan cahaya Nur Lathifah Akhfa adalah berwarna hijau. Setelah melakukan Tazkiyyah Nafs, warna cahaya Nur bagi Lathifah Nafs adalah tanpa kaifiyat yakni cahaya Nur tanpa warna.

TAKLUK ULUL 'AZMI

Pada Lathaif ini setiap satu Lathifah adalah berada di bawah telapak kaki atau taklukan dengan seseorang Nabi Ulul 'Azmi yang tertentu daripada kalangan Para Anbiya. Adapun Lathifah Qalb berada di bawah taklukan telapak kaki Hadhrat Adam 'Alaihissalam. Lathifah Ruh di bawah taklukan telapak kaki Hadhrat Nuh 'Alaihissalam dan Hadhrat Ibrahim 'Alaihissalam. Lathifah Sirr di bawah taklukan telapak kaki Hadhrat Musa 'Alaihissalam. Lathifah Khafi di bawah taklukan telapak kaki Hadhrat 'Isa 'Alaihissalam. Lathifah Akhfa di bawah taklukan telapak kaki Hadhrat Khatimur-Rusul Muhammad Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam.

Amalan yang diamalkan oleh Para Hadharat Masyaikh Naqsyabandiyyah pada peringkat yang pertama sekali adalah mengislahkan Lathaif Alam Amar dan untuk maksud tersebut Para Hadharat telah menetapkan tiga jalan Thariqah.

THARIQAH ZIKIR

Jalan Thariqah Pertama adalah melakukan Zikir Ismu Zat ataupun Nafi Itsbat sehingga bahawa hati atau Lathifah Qalb Sanubari yang kedudukannya pada anggaran dua jari di bawah tetek kiri berjalan dengan Zikir. Kemudian melakukan Zikir pada Lathifah Ruh yang kedudukannya bertentangan dengan Lathifah Qalb iaitu pada anggaran dua jari di bawah tetek kanan. Kemudian melakukan Zikir pada Lathifah Sirr yang kedudukannya pada tetek kiri selari dengan tengah dada dalam anggaran dua jari cenderung ke arah tengah dada. Kemudian melakukan Zikir pada Lathifah Khafi yang kedudukannya pada tetek kanan selari dengan tengah dada dalam anggaran dua jari cenderung ke arah tengah dada. Kemudian melakukan Zikir pada Lathifah Akhfa yang kedudukannya di tengah dada. Demikianlah dilakukan sehingga kelima-lima Lathaif Khamsah berjalan dengan Zikir. Kemudian melakukan Zikir pada Lathifah Nafs yang kedudukannya di dahi. Kemudian melakukan Zikir pada Lathaif Qalibiyyah 'Anashir Arba'ah yang kedudukannya pada seluruh jisim Insan, sehingga segenap zarah-zarahnya berjalan dengan Zikir. Ianya dinamakan sebagai Sulthan Al-Azkar.

ALAM MITSAL

Hadhrat Zawwar Hussain Syah 'Alaihirrahmah berkata,
"Alam Mitsal adalah suatu alam yang berada di antara Alam Khalaq dan Alam Amar. Ianya juga dinamakan sebagai Barzakh. Sesudah mati sehingga Qiyamat seluruh manusia akan berada di sini dan di dalam mimpi juga Ahwal Alam Mitsal dapat terzahir. Daripada sebahagian kenyataan Para Buzurgan dapatlah diketahui bahawa Alam Mitsal adalah bersifat secara Miqdari namun bukan bersifat secara Maddi. Maka dengan iktibar secara Miqdari ianya terdapat penyerupaan dengan Alam Khalaq manakala dengan haisiyat eadaannya yang bersifat Ghair Maddi maka taklukannya bertemu dengan Alam Amar." ['Umdat As-Suluk ms.211]

Nama-nama Lathaif adalah tsabit daripada Quran dan Hadits dan kedudukannya telah dapat dikenalpastikan oleh Para Masyaikh Buzurgan Din Islam menerusi jalan Kasyaf. Menerusi Kasyaf mereka dapat merasakan dan mengetahui bahawa Insan adalah himpunan daripada sepuluh Lathifah-lathifah. Daripada keterangan Hadits kita dapat mengetahui bahawa di dalam jisim Insan terdapat Qalb iaitu suatu maqam kedudukan yang sangat halus yang apabila ia meningkat maka peningkatan darjat juga dapat ditempuhi. Dari Lathifah Qalb menuju Lathifah Ruh, kemudian Lathifah Sirr, kemudian Lathifah Khafi dan kemudian sehingga sampai ke Lathifah Akhfa, kamudian barulah boleh dikatakan bahawa di dalam diri seseorang itu telah terbentuk Ruhaniyyat.

Allah Ta'ala telah menciptakan Kainat atas dua jalan, yang pertama dengan mengatakan Kun Jadilah dan yang kedua dengan berperingkat-peringkat. Alam yang terbentuk dengan perkataan Kun adalah dinamakan sebagai Alam Amar dan alam yang terbentuk dengan secara berperingkat-peringkat dinamakan sebagai Alam Khalaq. Pada Alam Amar adalah termasuk Ruh, Para Malaikat, 'Arasy, Kursi dan sepuluh Lathifah-lathifah pada jisim Insan. Pada Alam Khalaq adalah termasuk bumi, langit, api, air, angin dan sebagainya. Alam Amar adalah pada bahagian atas 'Arasy dan Alam Khalaq adalah daripada 'Arasy ke bawah sehingga ke bawah tanah.

Allah Ta'ala dengan mengatakan Kun maka seluruh ruh-ruh diciptakan yang akan zahir sehingga ke Hari Qiyamat dan pada waktu itulah perjanjian "Alastu Birabbikum" diambil yakni Allah berfirman, "Apa bukankah Aku sebagai Tuhan Pemelihara kamu?" Semua ruh mengatakan "Qaluu Bala" yakni mereka semuanya mengatakan sesungguhnya benar. Untuk menegakkan kembali takluk tersebut maka Allah Ta'ala telah meletakkan lima benda yang bersifat sangat halus dan asal bagi kelima-lima benda tersebut terletak pada Alam Amar. Kelima-lima Lathaif tersebut yang dinamakan sebagai Qalb, Ruh, Sirr, Khafi dan Akhfa yakni apabila Qalb mula terbentuk Ahwal Fanaiyyat maka Lathifah tersebut telah bertemu dengan Asalnya di Alam Amar. Apabila Lathifah Ruh mencapai peningkatan Fanaiyyat maka ia juga kembali bertemu dengan Asalnya. Begitulah juga dengan Lathifah Sirr, Khafi dan Akhfa. Apabila meningkat Fanaiyyatnya maka ia kembali bertemu dengan Asalnya yang markaznya terletak di Alam Amar. Kelima-lima Latahaif pada jisim Insani adalah bertakluk dengan Alam Amar dan lima Lathaif yang lain adalah bertakluk dengan Alam Khalaq yang terdiri daripada Nafs, Angin, Air, Api dan Tanah. Tetapi asal bagi kelima-lima Lathaif Alam Khalaq adalah kelima-lima Lathaif Alam Amar yakni Asal Lathifah Nafs adalah Lathifah Qalb, asal unsur Lathifah Angin adalah Lathifah Ruh, asal unsur Lathifah Air adalah Lathifah Sirr, asal unsur Lathifah Api adalah Lathifah Khafi dan asal unsur Lathifah Tanah adalah Lathifah Akhfa.

Pada zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam dan pada zaman Para Shahabat Kiram Ridhwanullahi 'Alaihim Ajma'in tiada ditemui sebarang kenyataan berkenaan Lathifah-lathifah. Pada asalnya ketika itu mereka tidak memerlukannya kerana ada sahaja urusan yang musykil mereka akan terus bertanya kepada Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam. Apa sahaja yang diperkatakan oleh Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam mereka mematuhinya dan segera beramal dengannya namun zaman demi zaman telah datang silih berganti dan semakin jauh dari zaman Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam dan manusia semakin lalai. Para Buzurgan telah menampilkan pengetahuan berkenaan Lathaif ini untuk memperbetulkan maksud kehidupan Insan dan mereka telah menentukan Maqamat dalam kegiatan pengislahan. Jika Insan membentuk kembali takluk perhubungan Lathaif yang ada pada dirinya maka akan terhasillah Maqam-maqam yang telah dijanjikan terhadapnya dan menjadikannya sebagai seorang hamba Muqarrab mencapai pendekatan dengan Allah Ta'ala dan inilah merupakan maksud dan kepentingan bidang Ilmu Tashawwuf.

Apabila seseorang itu berbai'at dengan seseorang Syaikh Buzurg Kamil lalu menjadi seorang yang bertaubat, maka Syaikh akan menghalang Murid dari mimpi yang melalaikan dan memperingatkan kepada dirinya tentang pengawasan bahawa Allah Ta'ala dengan kemuliaanNya telah menyembunyikan di dalam jisim kamu sepuluh Jawahir yang sangat halus. Kelima-lima Jawahir yang halus ini menghasilkan cahaya limpahan Faidhz dan Barakat daripada Allah. Syaikh hendaklah membangkitkan kesedaran terhadap Jawahir yang halus ini dan di samping itu Salik hendaklah merasakan bahawa segala sifat dan tabiat yang buruk sedang keluar dari dirinya.

Jikalau seseorang yang bertuah nescaya dia akan memikirkan berkenaan Haqiqat yang sebenar dan timbullah rasa malu dan bersalah lalu menghadirkan diri di pintu gerbang Penghulu dan Rajanya dan berkeghairahan untuk menghasilkan limpahan-limpahan Fuyudhzat dan Barakat. Jika terdapat keikhlasan yang Khulush di dalam hatinya maka Allah Ta'ala akan mengurniakannya kemuliaan dan menegakkan rasa ingatan di dalam hatinya terhadap Allah. Jalan-jalan untuk mencapai kecintaan Mahabbat dan pengenalan Ma'rifat akan terbuka. Kecintaan terhadap Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam dengan sendirinya akan terbentuk dan berkeghairahan untuk menuruti Sunnah. Kecenderungan terhadap Agama Islam akan terbentuk dan akan teguh dan tekun memelihara Ahkam Ilahi. Mengambil Istifadah daripada Para Mursyid Kamil pasti akan menghasilkan natijah iaitu bahawa akan sampai suatu hari nanti keberkatan kesemua sepuluh Lathifah dapat diperolehi. Insan akan dapat sekali lagi menghasilkan ingatan terhadap Maqam Alam Perjanjian dan dapat menjadi seorang hamba Allah yang Muqarrab. [Maqamat Zawwariyyah ms.187-189]

Hadhrat Mir Nu'man Rahmatullah 'Alaih yang merupakan Khalifah Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu telah menuliskan huraian di dalam risalahnya yang berjudul Risalah Suluk sebagai berikut,
"Ketahuilah bahawa terdapat Warid di dalam Ahadits Qudsi bahawa "Sesungguhnya di dalam Jasad Bani Adam terdapat Mudhghah, dan di dalam Mudhghah terdapat Fuad, dan di dalam Fuad terdapat Khafi, dan di dalam Khafi terdapat Akhfa, dan di dalam Akhfa terdapat Ana." Dan dalam perkhabaran Hadits Nabawi telah datang keterangan bahawa "Sesungguhnya di dalam jasad Anak Adam terdapat Mudhghah, jika ia Shalih nescaya Shalihlah jasad keseluruhannya, dan jika ia Fasad nescaya Fasadlah jasad keseluruhannya. Ketahuilah bahawa ia adalah Qalb." Hadits ini dengan jelas adalah menunjukkan dalil bahawa Qalb pada Alam Ajsad juga disebut sebagai Mudhghah yang merupakan Mazhhar tempat penzahiran Haqiqat Jami'ah dan ianya menjadi pendapat sebilangan besar Para Masyaikh. Dan adapun di sisi sebahagian Para Masyaikh, Mudhghah adalah mengisyaratkan bagi Qalb Mudawwar iaitu Ummu Ad-Dimagh yang kedudukannya berada di atas kepala. [Risalah Suluk ms.6]

Hadhrat Syah Waliyullah Dehlawi Rahmatullah 'Alaih berkata,
"Daku sendiri apabila memberikan Tawajjuh terhadap Arwah Para Masyaik maka kesan Tawajjuh tersebut dalam diriku berlaku dalam beberapa keadaan. Kebanyakannya apabila bertawajjuh kepada Para masyaikh Shufiyyah yang telah berlalu hampir empat atau lima ratus tahun maka suatu kekuatan Tabi'iyyah yang menyembunyikan pemisahan mereka menjadi terhapus dan terasa kaifiyat yang menenggelamkan bahawa diriku tersebar dan terserap dalam juzuk-juzuk nyawa Arwah mereka. Dan apabila daku sendiri memberikan tawajjuh terhadap kubur mereka maka pada Ruhku terasa seperti suatu warna telah terzahir daripada arah mereka sebagaimana cahaya matahari yang terkena pada sesuatu benda yang basah lembab maka kelembapan tersebut bertukar menjadi kering sepertimana air setitis demi setitis akan terserap. Terdapat dua jenis kesan dalam memberikan Tawajjuh terhadap Arwah. Pertama, bahawa Ruh seseorang itu bertemu dengan Haqiqat yang berada di dalam kubur, dan Ruhnya itu dapat mengenalpasti beberapa warna di sana dan memerhatikan dalam warna tersebut lalu dapat mengetahui Haqiqat hal keadaan yang berlaku. Jenis kedua ialah bahawa menerusi Ruh seseorang lakukan pengintaian Muraqabah terhadap kubur dan akan dapat mengetahui kaifiyat keadaannya, sebagaimana dengan mata yang zahir apabila dibuka nescaya dapat melihat kepada benda tersebut yang berada di hadapan wajahnya." [Ham'aat ms.46]

Hadhrat Syah Waliyullah Dehlawi Quddisa Sirruhu telah mensyarahkan huraian berkenaan Muraqabah seperti berikut,
"Takrif bagi Muraqabah yang merangkumi segala jenisnya adalah suatu kekuatan Mudrikah yang memberikan tumpuan terhadap perkara yang Ghair Mahsusah iaitu perkara yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera yang lima, sehinggakan akal dan waham dan khayal dan sebagainya serta seluruh deria rasa pancaindera mengikuti kegiatan Muraqabah sehingga perkara yang Ghair Mahsusah tampil di hadapan menjadi sebagaimana kedudukan mata pancaindera Mahsusah." [Ham'aat ms.21]

Hadhrat Syah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih berkata,
"Muraqabah ialah tanpa Zikir dan tanpa Rabithah hendaklah memelihara hati dari sebarang khayalan yang buruk dan tekun bertawajjuh terhadap Allah Ta'ala. Urusan tadbirnya adalah setiap waktu bertawajjuh terhadap Zat Ilahi dengan perasaan hina diri supaya sikap bertawajjuh terhadap Allah akan menjadi adat baginya tanpa sebarang kesukaran. Ianya juga dinamakan sebagai Hudhur dan maksud dari Zikir juga adalah perkara ini." [Arba' Anhar ms.83]

Hadhrat Zawwar Hussain Syah 'Alaihirrahmah telah menukilkan berkenaan Muraqabah,
"Muraqabah ialah bahawa dengan daya khayalan kamu memberikan sepenuh Tawajjuh terhadap Shifat Allah Ta'ala sehingga ke suatu waktu yang khas atau sehingga Ruh terasa menjadi hilang taklukan dengan jisim atau yang seumpamanya dan mengarahkan khayalan terhadap perkara tersebut sehingga akal dan waham dan khayalan dan seluruh pancaindera menuruti Tawajjuh tersebut supaya perkara yang bersifat Ghair Mahsus yang mana khayalanmu terarah menjadi berada di hadapan kamu sebagaimana keadaan melihat perkara yang Mahsus dan dengan ketenggelaman tersebut kamu tetap beramal atas perkara yang dituntut." ['Umdat As-Suluk (1) ms.101]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan