Rabu, 8 Januari 2014

Maktub 5: Al-Bayyinat Ar-Rabbani


MAKTUB 5

Berkenaan Risalah Silsilatul-Ahrar dan Ruba’iyyat Hadhrat Khwajah Baqibillah Quddisa Sirruhu dan pada mencadangkan Hadhrat Khwajah Burhanuddin bahawa beliau adalah seorang daripada rakan yang Mukhlis dengan penerangan yang menjelaskan sebahagian daripada Ahwalnya yang juga telah beliau tuliskan kepada Hadhrat Buzurgwar Syaikh Mursyidnya.

PERMOHONAN

Ahqar Al-Khadamah, hamba jurukhidmat tuan yang paling hina ingin menyatakan bahawa sebuah risalah pada menerangkan perjalanan Thariqat Hadhrat Khwajagan Naqsyabandiyyah Qaddasallahu Ta’ala Asrarahum telah dituliskan dan daku telah mengirimkannya kepada khidmat Tuan, diharap ianya dapat ditatap dengan pandangan Mubarak Tuan Hadhrat.

Manuskrip karangan baru disediakan, oleh kerana Hadhrat Khwajah Burhan ‘Alaihirrahmah akan segera berangkat kerana itu kelapangan masa tiada ditemui untuk menukilkannya dengan betul, hamba yang miskin dengan rendah hati memikirkan bahawa agar dapat ditambahkan bersama risalah ini beberapa ilmu pengetahuan tambahan.

Pada suatu hari Risalah Silsilatul-Ahrar telah datang pada pandanganku, pada waktu itu hatiku memikirkan untuk meminta kepada Tuan Hadhrat agar Tuan dapat menuliskan serba sedikit berkenaan sebahagian daripada ilmu-ilmu pengetahuan yang terkandung di dalam risalah tersebut ataupun memberikan arahan kepada hamba faqir ini supaya menuliskan serba sedikit berkenaannya.

Dalam pada itu keinginan ini telah menjadi begitu kuat bahawa pada masa ini karangan sebahagian ilmu-ilmu pengetahuan telah terlimpah. Walaubagaimanapun sebahagian ilmu-ilmu pengetahuan daripada risalah ini boleh diperjelaskan. Jikalau karangan ini dapat digambarkan penyempurnaannya maka adalah juga keuntungannya, dan jika ada sebahagian keterangan yang sesuai untuk dipilih dan disertakan bersama dengan risalah ini maka ianya juga adalah suatu hal yang baik. Dan membanyakkan pembentangan adalah jauh dari adab.

Hadhrat Khwajah Burhan dalam tempoh masa ini telah menjalankan kerjanya dengan baik dan juga telah mendapat bahagian persiaran Sayr Ketiga yang bersesuaian dengan Maqam Jazbah. Beliau berada di Shubah Maluh untuk tujuan penghidupan dan waktunya telah dikotori dan telah menjadi lemah, beliau hadir di sana untuk tujuan bekerja. Apa juga perintah hukum daripada pihak Tuan adalah semoga diberkati.


PENJELASAN:
Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu telah menyatakan permohonannya kepada Hadhrat Syaikh Mursyid Barhaqq Khwajah Baqibillah Quddisa Sirruhu bahawa beliau telah mengarang sebuah risalah yang berjudul Risalah Tariqat Khwajagan Naqsyabandiyyah dan telah mengirimkan kepada Hadhrat Syaikhnya menerusi tangan Hadhrat Khwajah Burhan Rahmatullah ‘Alaih dengan mengharapkan pandangan Mubarak daripada Hadhrat Syaikhnya dengan mengharapkan agar Hadhrat Syaikhnya dapat memperhiaskan lagi risalah tersebut dengan tambahan ilmu-ilmu pengetahuan dan pengenalan Ma’rifat.

RISALAH SILSILATUL-AHRAR
Berkenaan Risalah Silsilatul-Ahrar adalah merupakan suatu syarah bagi syair Ruba’iyyat yang telah dikarang oleh Hadhrat ‘Arif Billah Hadhrat Khwajah Muhammad Baqibillah Dehlawi Rahmatullah ‘Alaih dan beliau sendiri mensyarahkan Rubaiyyatnya lalu menamakannya sebagai Silsilatul-Ahrar. Karangan beliau ini adalah antara karangannya yang begitu dalam dan halus perbahasannya yang menjelaskan berkenaan ilmu-ilmu pengetahuan dan Ma’arif yang berkaitan Tawhid. Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu telah menambahkan syarahan dan penjelasan bagi syarah dan menamakannya sebagai Syarah Ruba’iyyat yang disusun secara ghalibnya mungkin pada tahun 1013 H.
Setelah Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu membaca Risalah Silsilatul-Ahrar lalu datang dalam fikirannya untuk memohon kepada Syaikhnya yang mulia Hadhrat Khwajah Baqibillah Rahmatullah ‘Alaih agar beliau dapat menambahkan penulisan berkenaan permasalahan yang halus ataupun beliau sendiri diperintahkan untuk menuliskan serba sedikit mengenainya supaya Ma’rifat-ma’rifat yang terkandung di dalam risalah tersebut dapat menuruti Syari’at Muthahharah. Di samping itu dalam masa yang sama beliau menyatakan bahawa telah terlimpah pada dirinya sebahagian perkara-perkara Maksyufat yang tersingkap ketika menuliskan huraian Risalah Thariqat Khwajagan Naqsyabandiyyah.

RISALAH THARIQAT KHWAJAGAN NAQSYABANDIYYAH
Risalah Thariqat Khwajagan Naqsyabandiyyah adalah sebuah risalah yang telah dikarangkan huraiannya oleh Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu dan telah dikirimkannya kepada Hadhrat Syaikh Mursyidnya menerusi Hadhrat Khwajah Burhan Rahmatullah ‘Alaih dengan harapan agar Syaikh Mursyidnya dapat memperhiaskannya dengan tambahan ilmu-ilmu pengetahuan dan Ma’arif Ma’rifat.
Dua Ruba'iyyat telah disyarahkan sendiri oleh Hadhrat Khwajah Baqibillah dan kemudian Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu telah mensyarahkan ketiga-tiga Ruba'iyyat dan mempertemukan ilmu-ilmu pengetahuan dan Ma’arif berkaitan Tauhid Wujudi dan Tauhid Syuhudi dengan menurut tuntutan Syari’at dengan menamakannya sebagai Syarah Ruba’iyyat dan telah disusun pada tahun 1013 H. Menerusi syarah tersebut beberapa perkara berkaitan haqiqat-haqiqat Syari’at dan Thariqat dan Masail permasalahan telah diperjelaskan. Di samping itu beberapa Isthilahat Tashawwuf yang paling susah dan sukar juga telah diterangkan seperti Kaun, Hushul, Wujud, Tsubut, Ta’ayyunat, Tanazzulat, A’yan Tsabitah, Tajaddud Amtsal, Hamah Ust, Hamah Az Ust dan sebagainya.
RUBA’IYYAT HADHRAT KHWAJAH BAQIBILLAH QUDDISA SIRRUHU
سُبحان الله زهى خدائ متعال * عالى ز تصوّر و مبرّا ز  خيال
از نورِ لطافتش ضمائرِ مشحون * و ز سر سرايتش جهان مالا مال
Subhanallah Zahe Khudaey Muta’aal * ‘Aali Za Tasawwur Wa Mubarra Az Khiyal
Az Nuri Lathafatasy Dhzamaairi Masyhun * Wa Za Sirr Sarayatasy Jahan Maala Maal

Maha Suci Allah Tuhan Yang Memiliki Ketinggian,
Tinggi dari sebarang gambaran dan jauh dari khayalan,
Daripada cahaya kehalusanNya kejadian pun tercipta,
Dan dari rahsia penyerapanNya alam mendapat kedudukan.
ضويند وجود كون ، كون ست و حصول * نورى بجز از كون نه كرده است قبول
والله كه درين رده لسان الغيب است * بر طبق قواعد است بر وفق اصول
Goyand Wujud Kaun, Kaun Ast Wa Hushul * Nure Bajaz Az Kaun Nah Kardah Ast Qabul
Wallahi Keh Darin Pardah Lisan Al-Ghaib Ast * Bar Tabaq Qawa’id Ast Bar Wafaq Usul

Dikatakan wujud Kaun adalah Kaun dan penghasilan,
Cahaya yang nyata daripada Kaun tiadalah penerimaan,
Demi Allah di dalam purdah ini ada bicara lisan yang ghaib,
Ianya adalah dengan kaedah menuruti usul yang ditetapkan.
بشناش كه كائنات رو در عدم اند * بل در عدم ايستاده ثابت قدم اند
وين كون معلّق از خيال و وهم است * باقي همضى ظهور نور قدم اند

Basyanas Keh Kainat Ru Dar ‘Adam And * Bal Dar ‘Adam Istadah Tsabit Qadam And
Win Kain Mu'allaq Az Khiyal Wa Waham Ast * Baqi Hamgi Zhuhur Nur Qidam Ast

Dengarkanlah bahawa Kainat menghadap ke arah ‘Adam,
Bahkan pada ‘Adam ketiadaan tetapnya pendirian Qadam,
Dan semua Kainat tertakluk pada waham dan khayalan,
Baki yang selebihnya adalah penzahiran cahaya Qidam.

·   Kini Syarah Ruba’iyyat Khwajah Baqibillh Dehlawi Rahmatullah ‘Alaih beserta Hawasyi dan Ta’aliqat Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu beserta terjemahan Urdu telah diterbitkan dalam bentuk kitab oleh Idarah Mujaddidiyyah, Nazimabad, Karachi, Pakistan.

SAYR SEYUM – PERSIARAN KETIGA – SAYR ‘ANILLAH BILLAH
Seterusnya Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu telah mencadangkan kepada Hadhrat Syaikhnya tentang perkembangan Maqam Bathin Hadhrat Khwajah Burhan ‘Alaihirrahmah yang pada ketika itu sedang menerima bahagian dalam persiaran Sayr Ketiga yang sesuai dengan Maqam Jazbah. Tazkirah Hadhrat Khwajah Burhan ada dinyatakan di dalam kitab Hadhrat Al-Quds jilid 2 bahagian kesembilan Karamat Haftam (Kemuliaan Ketujuh). Persiaran Ketiga atau Sayr Seyum pada Isthilah Thariqat adalah bermaksud Sayr ‘Anillah Billah yang merupakan ibarat bagi pergerakan secara ilmiah.
Dalam Sayr ini, Salik dibawa bersiar dari ‘Ilmu A’la pengetahuan yang bersifat tinggi ke arah ‘Ilmu Asfal pengetahuan yang bersifat rendah dan seterusnya berpindah persiarannya dari ‘Ilmu Asfal ke arah ‘Ilmu Asfalul-Asfal yakni perpindahan dari tahap ilmu yang bersifat rendah bersiar ke arah ilmu yang paling rendah. Seseorang yang bernasib baik menerima kurniaan daulat ini apabila setelah mengalami ‘Uruj akan mengalami Nuzul, lalu Allah akan memberikan perintah hukum kepadanya, “Bahawa dengan jalan mana yang kamu telah datang, kembalilah dengan jalan tersebut dengan turut menyeru hamba-hambaKu yang lain kembali menghadapKu.” Salik yang begini dapat memperoleh kedudukan Talqin dan Irsyad.

Pada kebanyakan masa Tawajjuh perhatiannya menghadap ke arah makhluk tetapi secara Bathinnya dia tiada sebarang ikatan atau keterikatan dengan makhluk bahkan dapat memasuki Maqam Musyahadah, menerusi berkat kewujudannya dapat mengeluarkan keakuan Nafs makhluk Tuhan dari Zhulmat kegelapan dan menghasilkan pencapaian yang berterusan dalam mencapai Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan