Ahad, 14 Ogos 2011
AHWAL MURAQABAH
AHWAL MURAQABAH
Setelah seseorang Salik menerima bimbingan dari seseorang Murshid dia perlu melapangkan masanya bagi melepaskan diri dari sebarang ikatan Duniawi untuk memberikan penumpuan terhadap pusat-pusat halus pada tubuh badan.
Amalan demikian dinamakan sebagai Tafakkur atau Meditasi. Tafakkur membawa ke arah cahaya Ma'rifah dan sebagai suatu batu loncatan dalam jalan menuju pendekatan Qurbah Kehadhrat Zat Allah .
Ketika Salik melepaskan dirinya dari sebarang ingatan terhadap yang lain dan duduk menunggu limpahan keberkatan Faidhz, dalam kadar cepat atau lambat, Salik akan mulai merasa beberapa jenis kegiatan berlaku di dalam batinnya. Kadang-kadang terasa panas dan adakalanya terasa sejuk, kadang-kadang terasa bagaikan ada sesuatu yang bergetar dan adakalanya pula terasa gementar.
Salik tidak perlu menumpukan pada sebarang bentuk hal-hal keruhanian atau pada warna hati kerana perhatian hanya harus diarahkan kepada Hadhrat Zat Allah yang melampaui segala rupabentuk dan darjat kedudukan.
Bagi melatih amalan ini, seseorang Salik perlu duduk bertawajjuh, bertafakkur dan bermuraqabah selama paling kurang lima belas hingga empat puluh lima minit dan tiada sebarang posisi duduk tertentu yang ditetapkan. Salik boleh duduk dalam keadaan seperti di dalam Solat ataupun duduk secara bersila.
Pada awal Muraqabah, akan ada gangguan fikiran Nafs dalam diri dan ini adalah alasan semata-mata untuk kita berasa bimbang. Kita hendaklah sentiasa berusaha dengan penuh kesungguhan untuk membangunkan dan menghidupkan hati dengan ingatan Zikrullah.
Setelah hati terbangun dari tidurnya, fikiran Nafs akan menjadi reda secara berperingkat. Akhirnya Salik akan mengalami perasaan terhanyut dan memasuki suatu dimensi yang berbeza. Terdapat perbezaan antara perasaan melayang dan tertidur. Perasaan melayang adalah bayangan Fana.
Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi bagi mengisyaratkan keadaan ini telah berkata,
"Ia datang dan ia akan membawa kamu pergi."
Dalam tidur, Ruh lebih cenderung terhadap alam rendah dan mencari perlindungan di dalam Qalb. Ketika dalam keadaan sedang melayang, Ruh lebih cenderung terhadap alam tinggi dan mengambil perlindungan di dalam Nafs. Ketika dalam keadaan melayang, Salik akan hilang rasa kesedaran tentang dirinya. Dalam keadaan ini juga Para Salik boleh mengalami pandangan Musyahadah Batin yang dikenali sebagai Kashaf.
Sebagaimana pada lazimnya, adalah menjadi suatu kemungkinan bagi Para Salik untuk berfikir tentang unjuran kemajuan dalam perjalanan Ruhaninya, namun tiada sebarang kepentingan harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman Kashaf ini.
Hadhrat Imam Rabbani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi berkata,
"Segala pengalaman ini hanyalah untuk menyenangkan hati Para Salik. Maksud yang akhir masih berada jauh di hadapan."
Hadhrat Khwajah 'Alauddin 'Attar menegaskan bahawa Muraqabah adalah lebih berkesan daripada amalan Zikir Nafi Itsbat. Menerusi Muraqabah akan memungkinkan seseorang Salik untuk mencapai maqam sebagai Khalifah Allah dalam KerajaanNya di Alam Jasmani dan Alam Ruhani.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan