Ahad, 14 Ogos 2011
JENIS MURAQABAH
JENIS MURAQABAH
Para Masyaikh Tasawwuf telah membahagikan amalan Muraqabah kepada beberapa jenis bergantung kepada sesuatu tujuan dan maksud. Terdapat banyak jenis Muraqabah yang diamalkan oleh Para Masyaikh namun sebagai contoh hanya beberapa yang disebutkan di bawah ini: Muraqabah Dua'iyyah: Ini adalah jenis Muraqabah di mana hati dan fikiran seseorang merenungkan segala permohonan doanya dan segala kata-kata zikirnya yang diucapkan dari hatinya, bukan lidahnya. Muraqabah Maut: Ini adalah jenis Muraqabah di mana seseorang duduk dalam pengasingan, menutup mata dan merenungkan tentang kematian dan keadaan yang akan berlaku sesudah kematian, membayangkan bahawa Ruhnya sedang dicabut dari tubuh badan, dimandikan orang, dikafankan orang, disembahyangkan orang dan dihantarkan orang akan jenazahnya ke dalam liang lahad. Muraqabah Ru'uyah: Ini adalah jenis Muraqabah di mana seseorang yang duduk dalam pengasingan membayangkan bahawa Allah sedang mengawasi dirinya sambil merenungkan pengertian ayat berikut,
Apakah dia tidak tahu bahawa sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi? [96:14] Muraqabah Ma'iyyah: Ini adalah jenis Muraqabah di mana seseorang membayangkan bahawa Allah berada dengan dirinya sepanjang masa tanpa diketahui bagaimana keadaan KaifiyatNya. Namun, Allah tidak mengambil sebarang bentuk atau rupa ketika seseorang itu mengalami Musyahadah di dalam Muraqabahnya.
Kesemua jenis Muraqabah tersebut adalah dibenarkan dalam Syari'at Islam dan merupakan amalan terpuji. Muraqabah tersebut akan membawa seseorang kepada pemantapan Tauhid dan pembentukan sifat diri yang dikehendaki iaitu tahap Ihsan yang tertinggi bagi menghasilkan Ma'rifat sebagai memenuhi tuntutan pengabdian terhadapNya sepertimana yang Allah telah nyatakan dalam ayat berikut,
"Dan Aku tidak menciptakan Jin dan Insan melainkan supaya mereka menyembahKu." [51:56]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan