Ahad, 14 Ogos 2011
MENCAPAI IHSAN
MENCAPAI IHSAN
Langkah pertama dalam pengawasan diri untuk mencapai Ihsan adalah penyerahan secara sukarela pada segala kehendak Allah dan yakin dengan penuh harapan bahawa Allah sentiasa hadir di mana-mana dan mengetahui semua fikiran, niat dan perbuatan kita.
Dan adalah Allah Maha Mengawasi atas segala sesuatu. [33:52]
Langkah kedua adalah untuk kembali kepada Allah dengan hati yang tenang dan sabar sambil menjangka aliran limpahan kurniaan Faidhz dan Rahmat Allah ke dalam hati seseorang. Ini tidak memerlukan pembacaan rutin Ismu Zat iaitu lafaz sebutan Nama Allah (ﷲ) . Namun jika seseorang ingin mengikuti Kaifiyat yang teratur ketika menyebut NamaNya sesuai dengan panduan Syari'at semasa bermuraqabah, tentunya akan menjadi jauh lebih baik.
Setelah memulakan kedua-dua langkah tersebut, hendaklah bertindak sesuai dengan maksud Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah :
"Ihsan adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, maka jika kamu tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia sedang melihatmu." Hendaklah selalu merasakan bahawa dirinya sendiri sebagai tidak berdaya, fakir dan miskin di hadapan Allah . Percaya dan yakin kepada ZatNya yang menjadi titik tunggal tempat dan sumber pergantungan bagi sekelian makhluk. Salik dapat berpergian walau ke mana pun dengan aman dan tenteram atas jalan pengawasan dan pengendalian diri ini dan seterusnya selamat dari sebarang penyimpangan walau di mana jua mereka berada. Mereka yang mengikuti jalan sedemikian akan mencapaikan kedamaian dan kejernihan hati nurani yang akan membolehkannya sentiasa terbuka untuk menerima limpahan kurniaan hadiah dan limpahan cahaya seri dari Zat Allah Yang Maha Suci.
Perkara penting dalam proses pengendalian diri adalah amalan Muhasabah iaitu menyemak dan mencela diri sendiri atas segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. Kaedah ini membolehkan seseorang Salik mula untuk menyedari kesalahan peribadi dan menyebabkan mereka mula mencari kebenaran di dalam hati, kemudian memaparkan dalam perbuatan dan kehidupan mereka seharian.
Seseorang yang menyedari pengertian ini akan dapat memahami bahawa Allah Yang Maha Suci sentiasa melihatnya, mengetahui tempat dan kedudukannya serta mendengar segala ucapannya. Orang-orang seperti ini tahu bahawa mereka selalu di bawah kawalan dan pengetahuan Allah yang akan menjaga dan memelihara mereka. Tanpa menghiraukan sebarang tempat mahupun tindakan, tujuan mereka hanya mencari keridhaan Allah dengan sentiasa cuba berusaha untuk bertindak sesuai dengan keinginan dan kemahuanNya. Muraqabah mengarah kepada semua peringkat kesempurnaan.
Meskipun dalam ketertiban amalan Para Masyaikh Akabirin Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah yang sentiasa melakukan amalan Zikrullah, Salawat dan pembacaan Al-Quran, namun Muraqabah adalah bahagian yang paling penting dalam pekerjaan amal mereka. Asal amalan Muraqabah adalah berdasarkan mafhum perkataan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah ,
"Bahawa hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu sedang melihatNya, namun jika kamu tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan