Ahad, 14 Ogos 2011
TASAWWUR SYEIKH
TASAWWUR SYEIKH
Hadhrat Syeikh At-Turki telah menyatakan dalam mensyarahkan kitab karangannya "An-Nazm Al-'Atid" yang berjudul "Irgham Al-Marid", pada membicarakan tentang Hadhrat Khwajah Khwajagan Maulana Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Qaddasallahu Sirrahu Al-Aziz, katanya,
"Beliau ini adalah salah seorang yang mana Tariqat Naqshbandiyah menjadi terkenal dan orang pertama yang menunjukkan bahawa ayat:
Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang Sadiqin yang benar. [9:119]
Bertaqwa kepada Allah dan perintah untuk bersama-sama dengan orang-orang Siddiqin yang benar dalam perkataan dan perbuatan adalah dalil bagi pengamalan Rabitah. Ramai Para 'Alim 'Ulama telah melaporkan pendapat ini daripada beliau."
Pada zaman kita ini, sebahagian orang malas dan jahil tidak mengerti tentang perkara Rabitah. Tiada sebarang laporan dari Para Salaf atau Para Khalaf yang menolak amalan Rabitah. Bahkan, terdapat laporan yang menyokong dalam permasalahan ini. Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband telah berkata kepada muridnya yang juga Khalifah dan merupakan sahabatnya, Hadhrat Khwajah Muhammad Parsa seperti yang dinyatakan dalam "Rashahat 'Ain Al-Hayat" bahawa,
"Rabitah adalah membayangkan wajahnya untuk suatu masa."
Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar dan Para Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah dan bahkan ramai Para Masyaikh dari Silsilah Tariqat yang lain seperti Tariqat Shadziliyah, Chistiyah, Qadiriyah dan Suhrawardiyah juga turut mengamalkannya dan amalan Rabitah ini tidak hanya dikenali di dalam Tariqat Naqshbandiyah.
Hadhrat Al-Kautsari telah menyatakan di dalam fatwanya bahawa,
"Segala sesuatu berada di dalam mata saya. Rabitah tidak boleh bermaksud apa-apa selain sebagai membayangkan berada dengan Syeikh atau membayangkan wajah Syeikh." Hadhrat Imam Razi dan Hadhrat Muhaqqiq Taftazani berkata, bahawa orang yang melawat makam perkuburan Para Awliya Allah hendaklah menghadapkan Ruhaniahnya ke arah Ruhaniah Wali yang berada di dalam kubur tersebut untuk mendapatkan limpahan Faidhz dalam pekerjaan mereka. Hadhrat 'Allamah Jami' dalam kitabnya, "Syarah Ruba'iyyat", Hadhrat 'Allamah Nablusi dalam kitabnya seperti "Jami' As-Saghir", Syarih 'Allamah 'Abdur Rauf Al-Munawin dalam kitabnya "Al-Jawharah Al-Fakhirah Fi Ma' rifati Asl At-Tariqi Ila Malik Ad-Dunya Wa Al-Akhirah", Hadhrat Imam Sha'rani dan Imam Hadimi dan para sarjana dalam banyak risalah kecil mereka telah berbicara tentang perlunya Rabitah beserta kepentingannya.
Imam dan pemimpin dalam Ilmu Usul dan Furu', 'Allamah Sadr Asy-Syariah Al-Hanafi berkata dalam kitabnya "Tadil Al-'Ulum" bahawa,
"Adalah perlu bagi seseorang Salik melakukan Rabitah. Jadi bolehkah seseorang yang bijak pandai pada zaman ini berfikir bahawa Para Masyaikh Tariqat yang terdahulu telah mempermainkan undang-undang Syari'ah? Tentu sekali tidak kerana sesungguhnya mereka adalah jauh dari sangkaan yang sedemikian itu. Bahkan, siapakah orang-orang yang mengingkari Rabitah yang telah mencapai tahap kedudukan berada pada martabat orang-orang yang menerima amalan Rabitah?" Hakimul Ummat Hadhrat Maulana Ashraf 'Ali Thanwi telah membenarkan amalan Rabitah ketika beliau menyebutkan dalam karangan kitabnya yang berjudul "At-Takasshaf" dengan jawapan secara terperinci.
Antara manfaat yang telah disenaraikan bagi amalan ini adalah bagaimana ianya membolehkan seseorang Murid untuk bercermin dengan Ahwal Guru Murshidnya. Tiada sebarang kenyataan dari beliau yang menegah serta menganggapnya sebagai syirik atau tidak dibenarkan di dalam Islam.
Begitu juga, Hadhrat Syaikhul Hadits Maulana Muhammad Zakariyya Kandhlawi memiliki seluruh penjelasan berkenaan Rabitah di dalam karyanya "Syari'at Aur Tariqat Ka Talazim", beliau telah menyatakan,
"Tasawwur Syeikh yakni menggambarkan wajah Syeikh adalah suatu amalan yang disebut juga sebagai Rabitah atau Barzakh dan Wasitah. Ini adalah amalan yang sangat penting di kalangan Para 'Ulama yang berada atas jalan keruhanian dan mereka telah berusaha memaparkan segala manfaat-manafaatnya yang berlimpah-limpah. Terdapat sebilangan Para Masyaikh terdahulu yang melarang amalan Rabitah ini tanpa sebarang syarat. Namun menurut pandangan daku, ini adalah tidak benar kerana amalan Tasawwur Syeikh telah dinyatakan dalam banyak riwayat. Jesteru, daku tidak mengerti mengapakah mereka telah melarang amalan ini tanpa syarat?"
Hadhrat Syaikhul Hadits Maulana Zakariyya Kandhlawi seterusnya membincangkan alasan untuk Khilaf yang sebenarnya adalah kerana terdapatnya halangan hijab dalam memahami maksud dan pendapat dari Para Masyaikh yang terdahulu seperti Hadhrat Maulana Madani dan Hadhrat Maulana Shah 'Abdul Ghani Mujadidi yang membenarkan amalan ini dan telah menyatakan manfaat dan kelebihannya.
Umat Islam pada umumnya sedang menghadapi kemunduran dan penyakit Ruhaniah yang tak terbanding dalam sejarah peradaban manusia dan satu-satunya cara untuk menyembuhkan segala penyakit Ruhaniah dan memajukan Ummat Islam adalah melalui Tasfiyah Qalb dan Tazkiyah Nafs yakni penyucian Hati dan pensucian 'Aqal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam