Ahad, 14 Ogos 2011
TARIQAT MUKTABAR
TARIQAT MUKTABAR
Adapun Tariqat Naqshbandiyah ini adalah satu daripada empat Maslak Tariqat utama dalam 'Ilmu Tasawwuf. Seperti halnya dengan empat Mazhab Syari'at utama dalam 'Ilmu Fiqah iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Shafi'iyah dan Hanbaliyah, begitulah juga terdapat empat Maslak Silsilah Tariqat Tasawwuf iaitu Qadiriyah, Chistiyah, Suhrawardiyah dan Naqshbandiyah. Ramai Para 'Alim 'Ulama dan Para Mashaikh Kiram dalam setiap Tariqat telah menyebarkan ajaran dan amalan dalam Tariqat mereka. Semua Tariqat yang benar adalah sesuai dengan tuntunan Syari'ah dan Sunnah serta berpandukan kaedah pengajaran dan bimbingan Para Masyaikh yang Salihin. Keempat-empat Tariqat ini telah memperolehi penerimaan di sisi Allah dan ajaran mereka telah tersebar luas dan jauh ke seluruh empat penjuru alam. Walaupun terdapat usaha oleh segolongan pihak tertentu untuk mencemarkan nama baik golongan Sufiyyah, namun tariqat-tariqat ini tetap berkembang sehinggalah ke hari ini. Setiap Muslim haruslah berusaha dan benar bersemangat untuk mengenalpasti seorang Syeikh atau Guru Murshid yang berkelayakan daripada salah satu Tariqat tersebut dan mengikuti segala arahannya dalam hal dan urusan pemurnian hati demi menuju ke arah kesempurnaan Ruhani.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan