Isnin, 19 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [293(297)]






SURAT 293(297)

TRANSLITERASI FARSI

Ba'd az rafa' niyaz 'ardhzah dashat in faqir aankeh 'inayat namah rasid in mardam ra intizar taayid az aan hadhzrat bud likin taakhir bisiyar nami shud kard cheh har roz wirani az janibain badarjah bud keh Muslimin ra az ra'aya juz suluh nami manad badhzurur aqdam basuluh jama'ati az Muslimin kardah suluh kardand agar suluh nashudi mushkil bud iltimas aankeh hamgi himmat aan hadhzrat masruf bar aan bashad keh miyan khuwishan dosti wa suluh shawad barai masalih in 'alam qillat wa katsrat wilayat ra dar nazar aawurdah nashawad maslahat Muslimin manzur nazar aan hadhzrat bashad khairiyat Muslimin mar'i bashad. Wassalam.


Al-Faqir 'Ubaidullah

TERJEMAHAN MELAYU

Sesudah menyatakan permohonan doa, permintaan Faqir ini adalah bahawa surat sudah pun tiba. Orang-orang ini sedang menantikan sokongan Tuanku yang dimuliakan dan ianya sudah sampaikepada mereka tanpa sebarang penangguhan, meskipun setiap hari kemusnahan yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak sehingga telah mencapai suatu tahap bahawa orang-orang Muslim telah ditinggalkan tanpa sebarang bantuan kecuali terpaksa menuntut perdamaian daripada pihak penguasa. Sebagai memenuhi keperluan, sekelompok orang-orang Muslim telah mencadangkan perdamaian dan mereka telah melakukan perdamaian. Jikalau mereka tidak melakukan perdamaian, maka akan menjadi kesukaran untuk mereka. Permohonan adalah bahawa segala usaha Tuanku yang mulia dipergunakan untuk menegakkan perdamaian dan kesetiakawanan persahabatan antara saudara-mara raja. Untuk hal-ehwal urusan di dunia ini, kekecilan atau keluasan daerah tidak sepatutnya difikirkan. Faedah kepentingan Ummat Muslim perlu menjadi tumpuan fikiran utama Tuanku yang dimuliakan. Hal ehwal kebajikan Ummat Muslim hendaklah dipertimbangkan. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [292(296)]






SURAT 292(296)

TRANSLITERASI FARSI

Ba'd az rafa' niyaz 'ardhzah dashat aankeh guman aan ast keh shayad keh basabab idhztirar makhdum zadgan sabar natawanand kard tashwish Muslimin tarfain shawad iltimas himmati mikunim keh makhdum zadgan az aan hadhzrat ri'ayati yaband agar himmati darin bab masruf shawad yaqin ast keh khayri 'azhim ast bina barin hikayati guftah shudah bud ta chigunah guftah bashim shayad khilafi nabudah bashad in mardam qawiy idhztirari darand az ghayat khabarha waqi' mi shawad keh amtsali ma faqiran hikayati migoyim. Wassalam.


Al-Faqir 'Ubaidullah

TERJEMAHAN MELAYU

Sesudah pernyataan permohonan doa, permohonan adalah seperti berikut, iaitu telah disyaki bahawa oleh disebabkan kegawatan yang berlaku, para putera raja tidak mampu untuk bersabar dan orang-orang Muslim di kedua-dua belah pihak sedang menghadapi gangguan. Kami sedang mengenakan tekanan sebagai usaha supaya para putera memberikan perhatian kepada Tuanku yang mulia. Seandainya usaha kamu juga mungkin dapat diperbelanjakan dalam tujuan ini, adalah pasti bahawa ianya akan menjadi suatu keberkatan yang besar. Untuk maksud ini, sebuah hikayat pernah diceriterakan seolah-olah daku yang pernah menceritakannya, mungkin ianya tidak kontroversi. Orang-orang ini menghadapi masaalah yang teruk dan dari lebihan laporan yang diterima seolah-olah Para Faqir seperti diriku sedang menyatakan hikayat. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

PENJELASAN

Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Rahmatullah 'Alaih ternyata tahu bahawa para putera raja akan kehilangan sabar dalam menjalani proses perdamaian dan beliau berusaha cuba untuk menggagalkan pencerobohan yang berterusan pada pihak mereka. Dalam kebanyakan surat-surat yang dituliskannya berkaitan dengan rundingan perdamaian, beliau ada menyatakan tentang kerisauannya terhadap penyebaran cerita-cerita bohong dan khabar angin.

Murasalat Khwajah Ahrar [285(289)]






SURAT 285(289)


TERJEMAHAN MELAYU

Sesudah menyatakan permohonan doa, adalah dilaporkan bahawa ayahandaku yang dimuliakan telah bersedia untuk menunaikan Ziyarah ke Baitullah di Makkah. Faqir ini telah mengharapkan kekurniaan untuk menyertainya. Oleh kerana sesuatu kesukaran, kegembiraan ini tidak dapat berlaku. Adalah dipohonkan agar dia dapat dibenarkan untuk berangkat pergi tanpa sebarang kesukaran. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

PENJELASAN

Ayahanda Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar bernama Hadhrat Khwajah Muhammad adalah seorang Syaikh yang berpengaruh di Tashkent dan adalah dari keturunan Hadhrat Khwajah Muhammad Al-Nami yang berasal dari Baghdad, namun ada yang mengatakan bahawa beliau berasal dari Khwarazm. Beliau dikenali sebagai salah seorang 'Ulama Mazhab Syafi'iyyah.

Ahad, 18 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [284(288)]






SURAT 284(288)


TERJEMAHAN MELAYU

Sesudah menyatakan permohonan doa, adalah dilaporkan dan dipersembahkan bahawa Faqir ini tiada sebarang permohonan dari Tuanku Sultan melainkan bahawa baginda tidak menggabungkan perkara-perkara yang disukai oleh Faqir ini dengan sebarang penggabungan dan bahawa perlulah baginda mencari jalan suatu penyelesaian daripada Allah Ta'ala supaya Allah akan menyelamatkannya dari segala keperluan kuwujudan manusia yang mana setiap orang adalah terikat dan semoga Allah tidak melibatkan baginda dalam sebarang perkara yang selain dari keridhaan Allah dan kebajikan Ummat Muslim. Ianya hendaklah jelas kepada akal berseri baginda Sultan bahawa martabat kesultanan tidak melengkapi sesuatu apa pun kecuali bagi memenuhi maksud aspirasi ini.

Adalah diharapkan daripada kemurahan Allah Ta'ala yang tak terbatas agar Dia membimbing dalam pencapaian tersebut yang mana sebagai suatu khidmat kebaikan bagi setiap Muslimin di seluruh rantau. Somoga Dia menunjukkan sokonganNya supaya pada setiap masa apa yang menjadi bahagian keperluan semulajadi manusia dapat dialihkan di bawah cahaya-cahaya kelebihan yang indah dan setiap orang akan dapat berada dalam Maqam Mahabbat kasih sayang dan Khullat ketulus-ikhlasan, supaya sedikit ketenangan dapat dicapai bagi Ummat Muslim. Mungkin atau tidak semua kebaikan yang diharapkan ini menjadi kenyataan. Semoga Allah Ta'ala dengan kekurniaan dan kemurahanNya menyelamatkan setiap orang dari apa yang tidak sepatutnya berlaku dan apa yang tidak wajar. Dengan Keagungan dan KemuliaanNya. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah Ahrar

Khamis, 15 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [266(271)]






SURAT 266(271)


TERJEMAHAN MELAYU

Yang Mulia Khwajah Haji 'Abdullah telah menerima kata pujian kami, kamu perlu tahu bahawa tanggungjawab kehormatanmu adalah bahawa sekali dalam setahun kamu biasanya datang untuk menziarah Mawarannahr. Beberapa tahun sudah berlalu dan kamu telah tiada keinginan untuk menziarahiku. Kamu tidak sepatutnya berlaku kejam terhadapku, sebalik daripada kelakuan ini kamu perlulah mengingati kembali kelakuan kamu yang dahulu dan datang menziarahiku. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [59(62)]






SURAT 59(62)


TERJEMAHAN MELAYU 

Sesudah pernyataan permohonan doa, adalah dilapurkan bahawa permintaan Faqir ini kepada Tuanku, semoga bayangan kebaikannya tersebar, adalah tidak lain melainkan bahawa kekuatan dan sokongan yang telah dikurniakan Allah ke atas Tuanku dengan kurniaan yang tulin, dapatlah diperbelanjakan supaya kemenangan di kedua-dua kehidupan Dunia dan Akhirat, menerusi mencari keridhaan Allah Ta'ala akan dapat segera dicapai, dan kebaikan ini akan hanya dapat dicapai dengan perlaksanaan Syari'at Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Yang dimohonkan adalah agar Tuanku dapat menyelesaikan bahawa orang-orang yang asing dari Agama yang datang mendekati bolehlah diserang dan bersurai menerusi penyatuan dan tindakan yang bersepadu dari sekelian saudara-mara raja. Dengan urusan yang bermanafaat berada di tangan, bagaimana urusan-urusan yang lain diperbolehkan? Adalah diharapkan dari RahmatNya yang suci bahawa Allah akan memberikan ganjaran terhadap Sultan dengan sokonganNya untuk apa juga urusan yang paling penting supaya buah-buahan urusan tersebut akan terus kekal. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [57(60)]



SURAT 57(60)


TERJEMAHAN MELAYU

Sesudah pernyataan permohonan doa, adalah dilapurkan bahawa beberapa lama sebelum kepungan, yang dimuliakan pembawa surat ini telah memberikan penghormatannya kepadaku dengan kehormatan bersahabat dengannya. Pada masa hari-hari dalam kepungan, beliau yang membawa surat ini telah membuatkan kegelapan kesusahan dalam kepungan terjauh dari Para Faqir  dengan cahaya yang banyak dari kehidupan sebenar, iaitu mendengarkan Kalam Allah. Bagi para penduduk di sini, berada dalam majlis Suhbat dengannya adalah suatu ketengan yang muktamad. Sesudah menenangkan segala kesusahan dari kepungan itu, beliau telah bersiap untuk mengucup ambang kemuliaan Tuanku. Beliau yang membawa surat ini telah berusaha untuk membawa bersamanya anak-anak yang dimuliakan. Oleh kerana berlakunya halangan, maka berlakulah penangguhan. Mungkin pada masa akan datang beliau juga akan dapat menemui persahabatan dengan Tuan yang mulia. Walaupun Para Faqir di Samarqand ini telah menjadi suka terhadapnya dan telah memintanya agar menyelsaikan dalam wilayah ini, dia tidak dapat berbuat demikian. Jika dia cenderung untuk memihak kepada Para Faqir ini dengan suatu ziarah dan bersedia untuk ke bahagian sini, yang dimohon adalah agar keizinan diberikan oleh Tuanku yang dimuliakan. Harga diri para pembaca Al-Quran akan terzahir di hadapan semua dalam keadaan yang mana tiada penjelasan lanjut yang diperlukan, khasnya yang dimuliakan pembawa surat permohonan ini, yang merupakan seorang Mahaguru dalam bidang ilmu ini dan sebagai tambahan, beliau memiliki berbagai kelebihan yang mana lidah penjelasan menjadi kelu untuk menghuraikan. Daku yaqin bahawa segala penyelesaian dari pihak Tuan yang dihormati akan diarahkan supaya matlamat cita-citanya akan dibawa ke martabat yang tinggi menerusi pihak Tuan yang dihormati. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Rabu, 14 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [40(41)]




SURAT 40(41)

TERJEMAHAN MELAYU

Sesudah menyatakan permohonan doa, permintaan Faqir ini terhadap para pengkhidmat Tuanku adalah bahawa meskipun perkhabaran berita yang mengganggu banyak di mana-mana, adalah diharapkan bahawa menerusi Kemurahan yang tidak berbatas dari Allah Ta'ala dengan RahmatNya yang sebenar, Dia akan memelihara seluruh Ummat Muslim dari kesusahan di Dunia ini dan di Akhirat nanti supaya tiada seorang jua pun yang akan sengsara. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [27(28)]




SURAT 27(28)

TERJEMAHAN MELAYU


Sesudah menyatakan permohonan doa, kenyataan dari Faqir ini adalah bahawa tuan yang mulia sekali-sekala ada menyiasat tentang keadaanku. Telah berlalu beberapa ketika semenjak perkara ini terhenti, namun yang pastinya ini bukanlah kerana ketidaksukaan kerana apa yang telah terbit dariku yang akan menjadi penyebab baginya? Betapa besar kemahuan Faqir untuk mengadakan perdamaian antara saudara-mara supaya orang-orang Muslim tidak sengsara, adakalanya ada sesuatu yang berlaku untuk memusnahkah harapan tersebut. Adalah diharapkan bahawa tuan yang mulia juga akan menumpukan seluruh jalan penyelesaian untuk mencapai maksud ini. Adalah diharapkan menerusi KemurahanNya yang tak terbatas, Allah Yang Maha Berkuasa akan mengaturkan untuk seluruh saudara-mara raja dapat diperdamaikan antara satu sama lain dan berpuas hati mensyukuri apa yang telah dikurniakan Allah Ta'ala, supaya Para Hamba Allah tidak mengalami kesusahan. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Selasa, 13 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [26(27)]




SURAT 26(27)

TRANLITERASI FARSI

Ba'd az 'aradhz niyaz iltimas aankeh agar darindah ruq'ah niyaz ra hajati az aan hadhzrat bashad ba'inayat khidmat shuma hajat uu bar awurdah shawad. Wassalam.

Al-Faqir 'Ubaidullah

TERJEMAHAN MELAYU

Sesudah mempersembahkan permohonan doa, permintaan adalah bahawa jika pembawa surat ini memerlukan sesuatu dari pihak Tuanku, dengan kekurniaan kemuliaanmu semoga permintaannya dapat ditunaikan. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [25(26)]




SURAT 25(26)

TRANLITERASI FARSI

...Kuchhai ba'dhzi ra yaqin kardah and keh rawand agar rawand...Kuch khidmat Amir Syaikh Zadah Muhammad ra chunin guftand keh mikhwahim miyan ma khuwishan dusti wa qarabat shawad ba'd aankeh in surat qarar girad farastim...

TERJEMAHAN MELAYU

...Dia telah menetapkan keberangkatan sebahagian isi rumah maka mereka boleh berangkat. Dia telah memberitahu kepada penghuni rumah yang dimuliakan, Amir Shaikhzada Muhammad bahawa, "Kami harap suapay persahabatan dan keakraban akan dapat dibina di antara kaum keluarga kita. Sesudah keadaan perdamaian dapat dibina, kami akan mengirimkan..."

[Tanpa tandatangan dengan tulisan Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar]

PENJELASAN

Surat ini adalah suatu karang yang tiada permulaan dan tiada penghabisan. Surat ini telah dituliskan oleh Hadhrat Khwajah Ahrar Rahmatullah 'Alaih dengan tulisan yang kecil. Menurut para sejarahwan, surat ini mungkin telah dituliskan kepada Sultan Ahmad ataupun Sultan Husain Baiqara.

Keberangkatan isi rumah bermaksud imigrasi perpindahan yang melibatkan diri dan barangan harta benda. Tiada dapat dipastikan keberangkatan tersebut sama ada dari Khurasan ke Mawarannahr ataupun perjalanan yang sebaliknya.

Murasalat Khwajah Ahrar [24(25)]


SURAT 24(25)


TRANSLITERASI FARSI

Ba'ad az rafa' niyaz marfu' aankeh multamas in faqir az har keh bamujib 'inayat bey 'illat az Haq Subhanah bamazid ni'mati wa hikmati musharraf shudah juz aan nist keh in chunin ni'mat dar maradhzi Haq Subhanah masruf shudah, intizari mi kashim keh Haq Subhanah padshahan ra bataufiq saraf kardan khud ra dar aancheh maqsud ast az ishan musharraf gardand ya'ni ittiba' Hadhzrat Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa 'Ala Aalihi bamukhalifat rasum biganigan wa barandakhtan aan. Hamd Allah Subhanah keh ba'dhzi azaan aarzuha ra Haq Subhanah muyassar gardanid, umidwar hastim keh bah a'dam tamam aan rasum muwaffiq shawand, ghair in baist wa khwasti agar bashad amtsali ma faqir anra umidwar mi bashim keh Haq Subhanah az ma dur gardand ta hamgi bar khud juz in aarzu baist ra talib na bashim. Wassalam.

Al-Faqir 'Ubaidullah


TERJEMAHAN MELAYU

Sesudah menyatakan permohonan doa, adalah dilapurkan bahawa permohonan Faqir ini adalah sesiapa sahaja yang telah menerima kemuliaan luar biasa dari Allah Ta'ala telah diberikan dengan pertambahan Nikmat dan Hikmat, yang mana segala kenikmatan tersebut hendaklah dibelanjakan tidak pada tempat yang selain dari meridhakan Allah. Kami sedang menantikan Allah untuk memuliakan para pemerintah dengan rahmat untuk membelanjakan diri mereka dalam apa juga yang menjadi cita-cita mereka, iaitu menuruti Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, menerusi penolakan terhadap adat resam orang asing dan dengan penentengan terhadap mereka. Doa dan pujian bagi Allah semoga Dia berkenan untuk mengkabulkan walau sebahagian dari pengharapan ini. Kami adalah amat berharap agar adat resam yang sedemikian secara keseluruhannya tidak tersebar. Jika ada sesuatu keperluan atau permohonan yang selain dari ini, orang Faqir seperti kami ini adalah sangat berharap bahawa Allah akan memelihara supaya mereka terjauh dari kita. Tiada dari kalangan kami mempunyai sebarang permintaan selain perkara ini. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah Ahrar Rahmatullah 'Alaih


Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [539(545,495)]


SURAT 539 (545) 495

Sesudah menyatakan permohonan doa, adalah telah dilaporkan bahawa yang dimuliakan, seorang yang daripada keturunan Hadhrat Sayyidina 'Ali Karramallahu Wajhahu, sedang berada di sini untuk sementara kerana Samarqand adalah begitu jauh daripada wilayah dan para sahabat beliau. Sekarang ini beliau sudah pun pergi.

Yang ingin dipohonkan adalah, jika beliau merayu kepada para juru khidmat Tuanku dalam beberapa perkara, maka demi kemuliaan silsilah keturunan Ahli Bait, semoga keredhaan Allah ke atas mereka kesemuanya, fikiran Tuanku yang mulia dapatlah diarahkan terhadap hasrat beliau, supaya beliau tidak akan diganggu oleh sesiapa pun.

Daku yaqin bahawa permintaan ini akan ditunaikan. Salam.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [544(550)]


SURAT 544 (550)

Sesudah mempersembahkan doa, adalah telah dipatuhi bahawa oleh kerana Hadhrat Khwajah telah dikurniakan kemuliaan untuk hadir bertemu dengan kehormatan dirimu.

Hamba percaya bahawa kehormatan dirimu akan mempersembahkan kepadanya dalam keadaan yang baik di hadapan Hadhrat Sultan. Semoga bayang-bayang kebaikannya bertebaran ke atas seluruh Muslimin.

Adalah jelas kepada semua orang bahawa beliau yakni Hadhrat Khwajah adalah daripada keturunan keluarga Buzurg iaitu orang-orang yang Salih. Raja yang mulia juga mengetahui perkara ini.

Hamba yakin bahawa Dia akan mengurniakan kebaikan dan kekurniaanNya yang tidak terbatas.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [545(551)]


SURAT 545 (551)

Permohonan adalah, menerusi permohonan doa yang berterusan dengan kerendahan hati dan kefakiran diri hendaklah bermohon kepada Hadhrat Haqq Subhanahu Wa Ta'ala supaya menerusi 'Inayat kebaikanNya dapat mencapai kesedaran kehadiran yang berterusan terhadap Hadhrat Zat, dirimu dapat berjalan menerusi jalan Tariqah Khwajagan, semoga Allah mensucikan sekelian Ruh mereka, supaya menerusi amalan Dawam Agahi yakni sentiasa mengawasi kehadiran Haqq Subhanahu Wa Ta'ala, tiada apa yang akan dapat disaksikan dalam cermin duniawi ini selain Maksud Haqiqi, secara khususnya dalam cermin Para Sultan dan Para Hukkam yakni Ahli Hukum yang teragung. Kerana, sepertimana Allah telah memuliakan dirimu dengan kemuliaan dapat menghubungkan ikatan cinta dengan Khandan Buzurg yakni keturunan orang-orang yang Salih, maka kamu perlu mengambil bebanan Para Khwajagan atas diri kamu sendiri dan lenyapkan dirimu dalam urusan Ummat Muslimin supaya kamu akan dapat anugerah kemuliaan Rahmat sebagai balasan.

Barangsiapa yang dirinya untuk Allah,

Maka Allah adalah bagi dirinya.

Nafikan dirimu dan kamu akan muncul dari belakang. Salam dan kemuliaan.

Al-Faqir 'Ubaidullah

PENJELASAN SURAT 545 (551)

Surat ini mungkin telah dituliskan oleh Hadhrat Khwajah Ahrar Rahmatullah 'Alaih dan diutuskan kepada 'Ali Shir Nava'i.

Hadhrat Khwajah Ahrar telah melakarkan takluk perhubungan di antara pendekatan dan khidmat kepada Allah Ta'ala, ahli rumah Timurid dan Para Khwajagan.

Murasalat Khwajah Ahrar [535]


SURAT 535

Sesudah menyatakan permohonan doa, adalah dilaporkan bahawa yang dimuliakan seorang yang berketurunan Hadhrat Sayyidina 'Ali Murtadhza Radhziyallahu Ta'ala 'Anhu iaitu Hadhzrat Sayyid Muhammad Qannad seorang tukang roti, adalah tetamu Faqir di Samarqand ini.

Permohonan adalah bahawa agar anak-anak beliau dapat hidup dengan keamanan dalam bayangan perlindungan Duli Tuanku di Herat dan tidak merasa terbeban dengan bayaran cukai. Ketika zaman Kesultanan Arwah Syahid Sultan Abu Sa'id, mereka telah mendapat pertimbangan dalam beberapa keadaan.

Daku yakin bahawa kini juga, yang dimuliakan Sultan Husain Baiqara, semoga bayang-bayang kebaikannya tersebar, juga dapat membezakan mereka dengan kebaikannya. Wassalam.

Al-Faqir 'Ubaidullah Ahrar

Murasalat Khwajah Ahrar [332(337)]


SURAT 332 (337)

ﺑﻌﺪ ﺍﺯ ﺭﻓﻊ ﻧﻴﺎﺯ ﻋﺮﺿﻪ ﺩﺍﺷﺖ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﺁﻧﻜﻪ ﺑﺮ ﺿﻤﻴﺮ ﻣﻨﻴﺮ ﺧﺒﻴﺮ ﺭﻭﺷﻦ ﺍﺳﺖ ﻛﻪ ﺧﺪﻣﺖ ﻣﺮﺗﻀﻰ ﺍﻋﻈﻢ ﺳﻴﺪ ﻗﻨﺎﺩ ﺭﺍ ﺍﺯ ﺩﻳﺮﮔﺎﻩ ﺑﻨﺴﺒﺖ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﺩﻭﺳﺘﻰ ﺑﻮﺩ ﺷﻨﻴﺪﻩ ﺷﺪ ﻛﻪ ﲜﻮﺍﺭ ﺭﺣﻤﺖ ﺍﻧﺘﻘﺎﻝ ﻓﺮﻣﻮﺩﻩ ﺍﻧﺪ ﺍﻟﺘﻤﺎﺱ ﺁﻧﻜﻪ ﻓﺮﺯﻧﺪﺍﻥ ﺍﻳﺸﺎﻥ ﺭﺍ ﺩﺭ ﻇﻞ ﺣﻤﺎﻳﺖ ﺧﻮﺩ ﳐﺼﻮﺹ ﺩﺍﺷﺖ ﻃﺮﻳﻘﻪ ﻋﻨﺎﻳﺖ ﺑﻨﺴﺒﺖ ﺍﻳﺸﺎﻥ ﺍﺭﺯﺍﻧﻰ ﻓﺮﻣﻮﺩﻩ ﺷﻮﺩ ﻳﻘﻴﻦ ﻛﻪ ﻣﻠﺘﺲ ﺑﺸﺮﻑ ﻗﺒﻮﻝ ﻣﺸﺮﻑ ﺧﻮﺍﻫﺪ ﺑﻮﺩ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ

ﺍﻟﻔﻘﻴﺮ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ

TERJEMAHAN SURAT 332 (337)

Sesudah dari menyatakan permohonan doa, permohonan Faqir ini adalah bahawa sudah diperjelaskan kepada tuan yang berfikiran mulia bahawa seorang yang dimuliakan dari keturunan yang agung Hadhrat 'Ali yang bernama Hadhrat Sayyid Qannad adalah seorang rakan sahabat Faqir ini semenjak sekian lama.

Kini, telah didengari bahawa beliau sudah meninggal dunia menuju kepada pemeliharaan Rahmat Allah. Permintaan adalah bahawa agar anak-anak beliau diperbezakan di dalam naugan bayang pemeliharaan tuan dan agar dilayan dengan kekurniaan.

Hamba yakin bahawa permintaan ini akan dimuliakan dengan kemuliaan penerimaan.

Salam.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [331(336,338)]


SURAT 331 (336, 338)

ﺑﻌﺪ ﺍﺯ ﺭﻓﻊ ﻧﻴﺎﺯ ﻣﺮﻓﻮﻉ ﺁﻧﻜﻪ ﺧﺪﻣﺖ ﺩﺍﺭﻧﺪﻩ ﺭﻗﻌﻪ ﻧﻴﺎﺯ ﻣﺮﺗﻀﻰ ﺍﻋﻈﻢ ﺭﺍ ﭼﻨﺎﻥ ﻣﻬﻤﻰ ﺍﺳﺖ ﻛﻪ ﺑﻌﻨﺎﻳﺖ ﺧﺪﻣﺖ ﺷﻤﺎ ﻣﺘﺪﺍﺭﻙ ﺧﻮﺍﻫﺪ ﺷﺪ ﺍﻟﺘﻤﺎﺱ ﺁﻧﻜﻪ ﺧﺎﻟﺼﺎ ﻟﻮﺟﻬﻪ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﺧﺎﻃﺮ ﺷﺮﻳﻒ ﻣﻠﺘﻔﺖ ﺑﺮﻓﻊ ﺍﺿﻄﺮﺍﺭ ﺍﻳﺸﺎﻥ ﺷﻮﺩ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ

ﺍﻟﻔﻘﻴﺮ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ

TERJEMAHAN SURAT 331 (331, 338)

Sesudah daripada memanjatkan permohonan doa, adalah dilapurkan bahawa yang dimuliakan pembawa surat ini iaitu seorang dari keturunan yang agung Hadhrat Sayyidina 'Ali Murtadhza Radhiyallahu 'Anhu mempunyai suatu urusan penting yang mana akan dapat diselenggarakan menerusi kebaikan kemuliaan tuan. Yang dimohonkan adalah dengan seikhlas hati demi keridhzaan Allah, fikiran mulia tuan dapatlah diarahkan kepada mengangkatkan kesukaran beliau. Wassalam.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [323]


SURAT 323


Sesiapa yang merendahkan dirinya,

Allah akan mengangkatkannya.

Sesiapa yang dirinya untuk Allah,

Maka Allah adalah untuk dirinya.

Sesudah mempersembahkan seruan doa, permohonan adalah permintaan Faqir ini bahawa semata-mata demi keridhzaan Allah Ta'ala, Rahmat Kedaulatan yang Allah Ta'ala telah kurniakan daripada khazanah kemuliaanNya yang tulus dan sumber yang terbaik dan terkuat untuk mencapai kebahagiaan dalam kedua-dua kehidupan, hendaklah diluangkan terhadap perkara yang dapat membawa keridhzaan Allah Ta'ala iaitu dengan menggunakan usaha bagi memastikan bahawa segala keputusan yang dimuliakan Tuanku, semoga bayang-bayang kebaikannya tersebar, perlulah dipergunakan untuk menyebarkan Syari'at Hadhzrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wasallam, supaya semua dapat menerima cahaya dan tiada lagi kegelapan yang dapat berkuasa untuk mengatasi cahaya.

Pada masa ini, ketika para musuh kehidupan dan keimanan Ummat Muslim sedang mendekati antara satu dengan yang lain dan sedang mengerjakan kemusnahan, tiada Ibadah yang lebih sempurna dan lebih perlu bagi seseorang raja selepas perlaksanaan amalan Solat daripada penglibatan dalam mencegah kezaliman para pemakan manusia. Maka itu, daku meminta kepada Tuanku dan sekelian para putera dan sesungguhnya sekelian Ummat Muslim agar mengenepikan segala urusan dan melibatkan diri dalam menghalang para pemberontak ini.

Daku yakin bahawa jika Tuanku sanggup melaksanakan segala perkara yang telah Tuanku ambil atas diri Tuanku untuk dilaksanakan ke atas pihak Khurasan di sana dan juga memberikan pertolongan kepada Makhdum Zadah Sultan Ahmad, supaya sebahagian kemuliaan akan datang ke bawah Duli Tuanku, Para Makhdum Zadah yang lain juga akan turut bekerjasama. Dengan kekurniaan Allah, menghalang dan memutuskan segala orang-orang yang berniat buruk ini akan dapat dicapai.

Ataupun, mungkin jika tidak dapat dicapai sekalipun, ianya bukanlah perkara yang mengejutkan. Kemahuan ahli keluarga Tuanku yang dimuliakan juga adalah dalam perkara ini, mudah-mudahan perjanjian damai dapat dibagunkan di kalangan para putera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Murasalat Khwajah Ahrar [303(307)]


SURAT 303 (307)

ﺑﻌﺪ ﺍﺯ ﺭﻓﻊ ﻧﻴﺎﺯ ﻣﺮﻓﻮﻉ ﺁﻧﻜﻪ ﺩﺍﺭﻧﺪﻩ ﺭﻗﻌﻪ ﻧﻴﺎﺯ ﺍﻣﻴﺪﻯ ﲤﺎﻡ ﺩﺍﺭﺩ ﻛﻪ ﺁﻥ ﺣﻀﺮﺕ ﺧﻠﺪ ﻇﻼﻝ ﻋﺎﻃﻔﺘﻪ ﺟﺮﻳﻤﻪ ﺍﻭﺭﺍ ﻣﺮﺁﺓ ﻋﻔﻮ ﺧﻮﺩ ﺧﻮﺍﻫﻨﺪ ﮔﺮﺩﺍﻧﻴﺪ ﺍﻟﺘﻤﺎﺱ ﺁﻧﻜﻪ ﺧﺪﻣﺖ ﺷﻤﺎ ﻋﻨﺎﻳﺖ ﺑﻨﺴﺒﺖ ﺍﻭ ﺍﺭﺯﺍﻧﻰ ﺩﺍﺷﺘﻪ ﺑﺮ ﺧﺎﻃﺮ ﺷﺮﻳﻒ ﺁﺭﻧﺪ ﻛﻪ ﻣﻠﺘﻤﺲﺍﻭ ﺑﺮﺍﻳﺪ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ

ﺍﻟﻔﻘﻴﺮ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ

TERJEMAHAN SURAT 303 (307)

Sesudah daripada memanjatkan permohonan doa, adalah dilapurkan bahawa pembawa surat ini mempunyai harapan yang penuh terhadap Sultan yang mulia, semoga bayangan kebaikannya berkekalan, agar dapatlah menjadikan kesalahan beliau sebagai cermin bagi keampunan untuk dirinya.

Adalah dimohonkan bahawa tuan yang mulia dapat menunjukkan belas kasihan terhadapna dan membawa perkara ini kepada fikiran mulia Sultan supaya mengurniakan permohonannya.

Wassalam.

Al-Faqir 'Ubaidullah