Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [3(16)]



SURAT 3 (16)

ﺑﻌﺪ ﺍﺯ ﺭﻓﻊ ﻧﻴﺎﺯ ﻣﺮﻓﻮﻉ ﺁﻧﻜﻪ ﺧﺪﻣﺖ ﺍﻣﻴﺮ ﺍﺑﻮ ﺍﻟﻐﻴﺚ ﭼﻨﺪ ﮔﺎﻫﻰ ﺍﻳﻨﺠﺎ ﺑﻮﺩﻧﺪ ﺑﻀﺮﻭﺭﺕ ﺁﻧﻜﻪ ﺣﻀﺮﺕ ﻭﺍﻟﺪ ﺍﻳﺸﺎﻥ ﺑﺠﻮﺍﺭ ﺭﺣﻤﺖ ﺍﻧﺘﻘﺎﻝ ﻓﺮﻣﻮﺩﻩ ﺍﻧﺪ ﺑﺮﺍﻯ ﳏﺎﻓﻈﺖ ﻣﺘﻌﻠﻘﺎﻥ ﺭﻓﺘﻨﺪ ﻳﻘﻴﻦ ﺁﻧﺴﺖ ﻛﻪ ﺑﻪ ﺍﻟﺘﻔﺎﺕ ﺧﺎﻃﺮ ﺷﺮﻳﻒ ﺍﻳﺸﺎﻥ ﺁﳒﺎ ﺯﺣﻤﺖ ﳔﻮﺍﻫﻨﺪ ﻛﺸﻴﺪ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ


ﺍﻟﻔﻘﻴﺮ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ

TERJEMAHAN SURAT 3 (16)

Sesudah daripada mengangkatkan doa, adalah dengan ini dilapurkan bahawa yang dimuliakan Amir Abul Ghaiyts telah berada di sini yakni Mawarannahr, untuk beberapa lama. Oleh kerana suatu keperluan yang disebabkan oleh kematian bapanya, beliau telah pergi menuju ke Khurasan untuk menjaga keselamatan ahli keluarganya. Adalah diharapkan dengan kehormatan serta pertimbangan akal yang baik, beliau tidak menghadapi sebarang kesusahan di sana. Wassalam!

Khwajah 'Ubaidullah

PENJELASAN SURAT 3

Abul Ghaiyts adalah saudara kepada 'Abdul Awwal Nishapuri yang merupakan seorang pengikut dan menantu kepada Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar. Bapa mereka telah mewariskan perkampungan Khanshah di Nishapur kepada mereka sebagai wakaf bagi keluarga. Dalam himpunan surat-surat Para Masyaikh Mawarannahr ini banyak dinyatakan tentang tahap perundangan di Khanshah, pembahagian dan pembiayaan hasil serta keadaan kekeluargaan 'Abdul Awwal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan