
Sesudah mempersembahkan seruan doa, permohonan Faqir ini adalah bahawa hamba telah membuat banyak permintaan dan permohonan kepada para juru khidmat ambang singgahsana istana Tuanku untuk menenagkan dan mensejahterakan seluruh Ummat Islam kerana rasa kecewa dan berputus asa akan menyebabkan kesusahan kepada para juru khidmat. Hamba ingin menghentikan semua ini dan hanya mampu berkata: Ya Allah, demi kemuliaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wa 'Ala Alihi Wasallam, semoga menganugerahkan kepada Tuanku, semoga bayang-bayang kebaikannya kekal abadi, dengan kebaikan Rahmat apa yang baik bagi seluruh Ummat Muslimin agar kesentosaan dan kesejahteraan akan dapat dinikmati di kalangan Ummat Muslimin, dan mudah-mudahan kesentosaan dan kesejahteraan itu akan dapat menjadi sebagai asbab untuk bertambahnya kebahagiaan dalam kedua-dua kehidupan di Dunia dan di Akhirat Tuanku. Orang yang dimuliakan iaitu pembawa
Mungkin jika sebahagian permintaan ditunaikan, si pembawa
Al-Faqir 'Ubaidullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan