Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [9]



SURAT 9

TERJEMAHAN SURAT 9

Sesudah daripada mengangkatkan permohonan doa, permintaan Faqir ini adalah bahawa Tuan adakalanya bertanya tentang keadaanku. Telah berlalu beberapa tempoh masa sejak perkara ini tamat, namun yang pastinya kejadian ini tidaklah berlaku kerana sesuatu perkara yang tidak disenangi atau pun mungkin kerana sebarang kenyataan dari pihak daku yang telah menyebabkannya? Betapa besarnya harapan keinginan Faqir ini untuk mewujudkan perdamaian di kalangan kaum kerabat supaya orang-orang Muslim tidak menderita, namun pada setiap saat dan ketika ada sesuatu yang berlaku untuk mengusir harapan tersebut. Adalah diharapkan agar Raja yang dimuliakan juga akan memberikan sepenuh keazaman Tuan bagi mencapai maksud ini. Adalah diharapkan bahawa menerusi kemurahanNya yang tak terbatas, Allah Ta'ala dapat mengaturkan bagi kesemua kaum kerabat ini untuk berdamai antara satu sama lain dan bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah Ta'ala, supaya Para Hamba Allah Ta'ala tidak menghadapi penderitaan dan bahaya.

Salam!

Al-Faqir 'Ubaidullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan