Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [58]



SURAT 58

TERJEMAHAN SURAT 58

Sesudah daripada kenyataan doa, adalah dilaporkan bahawa selepas Ahmad Mushtaq Gabenor Balkh menghantar seseorang ke sini iaitu di Samarqand, banyak laporan telah datang bersama dengannya. Hasil daripada kesemua laporan tersebut adalah bahawa orang-orang ini perlu bersatu-padu dan menyokong antara satu dengan yang lain kerana permintaan terhadap bantuan pertolongan sudah menjadi banyak.

Bagaimanapun berkenaan urusan Amir Ahmad Mushtaq yang juga terdapat permintaan untuk bantuan, orang-orang ini walaupun menyokong adalah atas dasar berjaga-jaga, meskipun secara luarannya mereka tidak bertanggungjawab memberikan kesedihan kepada mereka yang datang meminta bantuan.

Secara hakikatnya adalah bahawa mereka tidak benar-benar teguh dalam memberikan bantuan. Setelah datang begitu banyak khabar angin yang kebanyakannya adalah dusta, mereka tidak dapat menenangkan diri mereka sendiri.

Faqir ini telah menenangkan mereka dalam suatu tatacara yang dapat dipastikan daripada para pegawai yang dimuliakan Sultan Husain Baiqara, semoga bayang-bayang kebaikannya tersebar kepada seluruh ummat Muslim.

Jika apa yang sedang didengar di Samarqand ini yang daku tidak mengesahkan dan kamu semua menolaknya adalah benar, janganlah menerima perkataan tersebut. Jika apa yang didengar kesemuanya adalah dusta, seseorang perlu mendengarnya tetapi jangan melampaui batas pengabdian kepada Allah Ta'ala dan janganlah lupa ayat Al-Quran firman Allah Ta'ala:

Ÿxsù y7În/uur Ÿw šcqãYÏB÷sム4Ó®Lym x8qßJÅj3ysム$yJŠÏù tyfx© óOßgoY÷t/ §NèO Ÿw (#rßÅgs þÎû öNÎhÅ¡àÿRr& %[`tym $£JÏiB |MøŠŸÒs% (#qßJÏk=|¡çur $VJŠÎ=ó¡n@ ÇÏÎÈ

Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.

Fikirkan tentang Hari Kemudian. Mereka juga sudah bersetuju tetapi kami tidak dapat menghalang mereka dari datang membantu Ahmad Mushtaq.

Semenjak yang dimuliakan keturunan Hadhzrat Sayyidina 'Ali Murtadhza Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu telah bersedia untuk mendapat kemuliaan mengucup dahi, pada ketika ini khidmatnya kepadamu terzahir dalam persembahan perkara ini.

Daku yakin, demi kebajikan seluruh ummat Muslim yang mana merangkumi kebaikan di kedua-dua kehidupan Dunia dan Akhirat, demi seluruh kemanusiaan juga akan datang pada fikiran Tuan yang mulia.

Yang dihormati orang yang membawa surat yang ikhlas ini akan membawa apa sahaja yang diketahuinya untukperhatian para pegawai Istana Diraja. Adalah diharapkan dari kebaikan Allah Ta'ala yang tidak terbatas agar Dia mengurniakan apa sahaja yang merangkumi kebaikan kedua-dua kehidupan tersebut. Dengan Kemuliaan dan KehormatanNya.

Wassalam.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan