Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [21]


SURAT 21

Sesudah memanjatkan doa, permohonan hamba yang Faqir ini adalah bahawa surat memohon bantuan yang telah dikirimkan menerusi kebaikan tuan sudah pun tiba. Bersyukur kepada keanggunan kekurniaan Allah untuk kebajikan seluruh Ummat Muslimin. Tuan yang memiliki keagungan, semoga bayang-bayang kebaikannya kekal abadi tentunya akan ingat tentang segala perhubungannya. Sebelum peristiwa kejadian ini berlaku, adalah menjadi suatu tanggapan di fikiran para juru khidmat di sini bahawa Mawarannahr akan menjadi milik mereka yakni Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad sementara bahagian yang lain iaitu Khurasan akan menjadi milik juru khidmat Tuanku.

Jika penyusunan ini tidak dipersetujui, maka hamba meminta keampunan. Jika ianya dipersetujui, maka keputusan ini hendaklah ditaati demi kemulian Tuanku. Hamba percaya bahawa ianya tidak akan dinafikan dengan kemuliaan Tuanku.

Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah Ahrar

PENJELASAN SURAT 21

Di dalam surat ini menyatakan tentang permohonan Hadhrat Khwajah Ahrar Rahmatullah 'Alaih yang terdahulu daripada Sultan Husain Baiqara bahawa permintaan beliau untuk membawa kaum keluarganya dekat dengannya telah pun ditunaikan.

Dalam surat ini, Hadhrat Khwajah Ahrar Rahmatullah 'Alaih meminta suatu kata putus bahawa pentadbiran kerajaan Mawarannahr akan dilaksanakan oleh Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad manakala Sultan Husain Baiqara akan dipindahkan ke Khurasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan