Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [302(306)]


SURAT 302 (306)

ﺑﻌﺪ ﺍﺯ ﺭﻓﻊ ﻧﻴﺎﺯ ﻣﺮﻓﻮﻉ ﺁﻧﻜﻪ ﭼﻮﻧﻜﻪ ﺧﺪﻣﺖ ﻣﺨﺪﻭﻡ ﺫﺍﺩﻩ ﻣﻴﺮﺯﺍ ﺳﻠﻄﺎﻥ ﺍﲪﺪ ﺭﺍ ﺩﺭ ﺧﺎﻃﺮ ﻧﺒﻮﺩ ﻛﻪ ﺍﺯ ﺟﺎﻧﺐ ﺍﻳﺸﺎﻥ ﺗﻌﺮﺿﻰ ﻭﺍﻗﻊ ﺷﻮﺩ ﺑﺂﻥ ﺟﺎﻧﺐ ﺩﺭﻳﻦ ﻭﻗﺖ ﺑﻀﺮﻭﺕ ﺍﺧﺒﺎﺭ ﭘﺮﻳﺸﺎﻥ ﻛﻪ ﺍﺯ ﺁﳒﺎﻧﺐ ﺭﺳﻴﺪﻩ ﺑﻮﺩ ﺑﻌﺪ ﺁﻧﻜﻪ ﺁﻳﻨﺪﮔﺎﻥ ﺁﻣﺪﻩ ﺧﻂ ﺁﻥ ﺣﻀﺮﺕ ﺭﺍ ﺁﻭﺭﺩﻧﺪ ﺩﺍﻧﺴﺘﻨﺪ ﻛﻪ ﺧﺒﺮﻯ ﺍﺯ ﺁﳒﺎﻧﺐ ﻧﺒﻮﺩﻩ ﺍﺳﺖ ﺑﺮﻳﻦ ﺷﺪﻧﺪ ﻛﻪ ﺑﺮﺍﺩﺭ ﺧﻮﺩ ﺭﺍ ﺑﻌﺪ ﻣﻼﻗﺎﺕ ﻧﺼﻴﺤﺖ ﻛﻨﻨﺪ ﺑﻌﺪ ﺁﻥ ﻋﮭﺪﻯ ﭼﻨﺎﻥ ﻭﺍﻗﻊ ﻧﺸﻮﺍﺩ ﺍﺯﻳﻦ ﺟﮭﺖ ﺩﺍﺭﻧﺪﻩ ﺭﻗﻌﻪ ﻧﻴﺎﺯ ﺭﺍ ﻓﺮﺳﺘﺎﺩﻩ ﺷﺪ ﺧﺪﻣﺖ ﻣﺮﺗﻀﻰ ﺍﻋﻈﻢ ﺭﺍ ﺑﺎﺯ ﺩﺍﺷﺘﻨﺪ ﺑﻌﺪ ﺁﻧﻜﻪ ﻣﻼﻗﺎﺕ ﻛﻨﻨﺪ ﻃﺮﻳﻘﻪ ﺻﻠﺢ ﺭﺍ ﺑﺎ ﺑﺮﺍﺩﺭ ﺧﻮﺩ ﻣﻘﺮﺭ ﻛﻨﻨﺪ ﺧﺪﻣﺖ ﺍﻳﺸﺎﻧﺮﺍ ﺭﻭﺍﻧﻪ ﻛﻨﻨﺪ ﺍﺯ ﻛﺴﺎﻥ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﻧﻴﺰ ﻫﻤﺮﺍﻩ ﻣﻴﺮﺯﺍ ﺷﺎﻳﺪ ﻛﻪ ﻛﺴﻰ ﺭﻭﺩ ﺑﻌﺪ ﺁﻧﻜﻪ ﺑﺮ ﺍﻣﺮﻯ ﻗﺮﺍﺭﻯ ﮔﻴﺮﺩ ﺑﮭﺮ ﭼﻪ ﺍﺷﺎﺭﺕﻋﺎﻟﻰ ﺷﻮﺩ ﺑﻘﺪﺭ ﻭﺳﻊ ﺍﻫﺘﻤﺎﻡ ﻛﺮﺩﻩ ﺷﻮﺩ

ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻭﺍﻹﻛﺮﺍﻡ

ﺍﻟﻔﻘﻴﺮ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ

TERJEMAHAN SURAT 302 (306)

Sesudah menyatakan permohonan doa, adalah dilapurkan bahawa yang dimuliakan Makhdum Zadah Mirza Sultan Ahmad tidak berniat untuk menentang pihak sana iaitu Sultan Husain Baiqara.

Pada masa ini, oleh kerana perkhabaran yang masih belum selesai yang telah sampai dari pihak Khurasan, kesepakatan di kalangan yang bersaudara telah muncul.

Namun setelah kemunculan mereka dari Herat sudah sampai dan tela membawa surat Raja yang mulia, beliau yakni Sultan Ahmad telah memahami bahawa tiada sebarang khabar ancaman dari pihak sana.

Beliau, yakni Sultan Ahmad telah memutuskan bahawa beliau perlu menasihatkan saudaranya Sultan Mahmud, selepas pertemuan mereka dan bahawa sesudah itu suatu perjanjian perlu diadakan yang mana tidak akan ada sebarang perubahan atau penambahan. Oleh kerana itu, pembawa surat ini telah dihantar.

Sultan Ahmad telah menahan seorang yang dimuliakan iaitu seorang yang berketurunan Hadhzrat Sayyidina 'Ali Murtadhza Radhziyallahu Ta'ala 'Anhu.

Setelah mereka bertemu dan membangunkan jalan perdamaian dengan saudaranya, mereka akan menghantar Sayyid yang mulia kepada tuan. Sebahagian dari pengikutku juga akan mengiringi tuan Mirza kepada saudaranya.

Sesudah penyusunan telah dapat dicapai, apa sahaja isyarat arahan dari pihak yang tertinggi, kita akan memikulnya dengan sepenuh kemampuan kita.

Dan Salam Kesejahteraan dan Kemuliaan.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan