Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [323]


SURAT 323


Sesiapa yang merendahkan dirinya,

Allah akan mengangkatkannya.

Sesiapa yang dirinya untuk Allah,

Maka Allah adalah untuk dirinya.

Sesudah mempersembahkan seruan doa, permohonan adalah permintaan Faqir ini bahawa semata-mata demi keridhzaan Allah Ta'ala, Rahmat Kedaulatan yang Allah Ta'ala telah kurniakan daripada khazanah kemuliaanNya yang tulus dan sumber yang terbaik dan terkuat untuk mencapai kebahagiaan dalam kedua-dua kehidupan, hendaklah diluangkan terhadap perkara yang dapat membawa keridhzaan Allah Ta'ala iaitu dengan menggunakan usaha bagi memastikan bahawa segala keputusan yang dimuliakan Tuanku, semoga bayang-bayang kebaikannya tersebar, perlulah dipergunakan untuk menyebarkan Syari'at Hadhzrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wasallam, supaya semua dapat menerima cahaya dan tiada lagi kegelapan yang dapat berkuasa untuk mengatasi cahaya.

Pada masa ini, ketika para musuh kehidupan dan keimanan Ummat Muslim sedang mendekati antara satu dengan yang lain dan sedang mengerjakan kemusnahan, tiada Ibadah yang lebih sempurna dan lebih perlu bagi seseorang raja selepas perlaksanaan amalan Solat daripada penglibatan dalam mencegah kezaliman para pemakan manusia. Maka itu, daku meminta kepada Tuanku dan sekelian para putera dan sesungguhnya sekelian Ummat Muslim agar mengenepikan segala urusan dan melibatkan diri dalam menghalang para pemberontak ini.

Daku yakin bahawa jika Tuanku sanggup melaksanakan segala perkara yang telah Tuanku ambil atas diri Tuanku untuk dilaksanakan ke atas pihak Khurasan di sana dan juga memberikan pertolongan kepada Makhdum Zadah Sultan Ahmad, supaya sebahagian kemuliaan akan datang ke bawah Duli Tuanku, Para Makhdum Zadah yang lain juga akan turut bekerjasama. Dengan kekurniaan Allah, menghalang dan memutuskan segala orang-orang yang berniat buruk ini akan dapat dicapai.

Ataupun, mungkin jika tidak dapat dicapai sekalipun, ianya bukanlah perkara yang mengejutkan. Kemahuan ahli keluarga Tuanku yang dimuliakan juga adalah dalam perkara ini, mudah-mudahan perjanjian damai dapat dibagunkan di kalangan para putera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan