Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [545(551)]


SURAT 545 (551)

Permohonan adalah, menerusi permohonan doa yang berterusan dengan kerendahan hati dan kefakiran diri hendaklah bermohon kepada Hadhrat Haqq Subhanahu Wa Ta'ala supaya menerusi 'Inayat kebaikanNya dapat mencapai kesedaran kehadiran yang berterusan terhadap Hadhrat Zat, dirimu dapat berjalan menerusi jalan Tariqah Khwajagan, semoga Allah mensucikan sekelian Ruh mereka, supaya menerusi amalan Dawam Agahi yakni sentiasa mengawasi kehadiran Haqq Subhanahu Wa Ta'ala, tiada apa yang akan dapat disaksikan dalam cermin duniawi ini selain Maksud Haqiqi, secara khususnya dalam cermin Para Sultan dan Para Hukkam yakni Ahli Hukum yang teragung. Kerana, sepertimana Allah telah memuliakan dirimu dengan kemuliaan dapat menghubungkan ikatan cinta dengan Khandan Buzurg yakni keturunan orang-orang yang Salih, maka kamu perlu mengambil bebanan Para Khwajagan atas diri kamu sendiri dan lenyapkan dirimu dalam urusan Ummat Muslimin supaya kamu akan dapat anugerah kemuliaan Rahmat sebagai balasan.

Barangsiapa yang dirinya untuk Allah,

Maka Allah adalah bagi dirinya.

Nafikan dirimu dan kamu akan muncul dari belakang. Salam dan kemuliaan.

Al-Faqir 'Ubaidullah

PENJELASAN SURAT 545 (551)

Surat ini mungkin telah dituliskan oleh Hadhrat Khwajah Ahrar Rahmatullah 'Alaih dan diutuskan kepada 'Ali Shir Nava'i.

Hadhrat Khwajah Ahrar telah melakarkan takluk perhubungan di antara pendekatan dan khidmat kepada Allah Ta'ala, ahli rumah Timurid dan Para Khwajagan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan