
SURAT
Sesudah daripada mempersembahkan permohonan doa, adalah dilaporkan bahawa sekelian para pekerja Istana Raja telah memohon untuk membuat sebarang ikhtiar bagi memulihkan perdamaian di antara Raja dan saudara-maranya dalam keadaan yang mana dari sebarang kawasan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya, hendaklah diberikan sebahagian kawasan kepada saudara-maranya.
Kaedah perdamaian yang sedemikian adalah tidak diiktiraf oleh para jurukhidmat Dargah, bahkan sebahagian dari mereka telah berpendapat bahawa tindakan yang sedemikian adalah bertentangan dengan Syara'. Pada pendapat Faqir ini adalah bahawa melakukan perkara yang sedemikian bagi melancarkan perdamaian di antara sesama Muslim bukanlah suatu jalan Istiqamah.
Daku juga telah memahami bahawa untuk mempersembahkan permohonan tersebut di hadapan para jurukhidmat Istana Raja adalah suatu perkara yang buruk. Hamba tidak boleh bertindak melampauinya, namun daku masih lagi berharap agar dengan usaha para jurukhidmat, kaedah perdamaian yang sedemikian akan berakhir, supaya kesedihan sekelian saudara-mara akan dapat berkurangan. Faqir ini juga akan dapat terselamat dari menyalahkan mereka saban hari. Setakat ini dengan usaha yang telah daku lakukan dengan kemampuan yang ada padaku, apakah mereka juga akan jatuh kasihan dan mengurangkan kebimbanganku.
Mereka telah menangguhkannya pada musim dingin ini. Daku amat berharap tuan dapat menggunakan akal pemikiran yang bijak dalam menanggani permasalahan ini. Apakah kebaikan yang dapat datang daripada dua kelompok Muslim yang bersaudara antara satu sama lain apabila mereka berperang?
Bagi orang yang memegang
Salam!
Al-Faqir 'Ubaidullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan