Khamis, 15 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [57(60)]



SURAT 57(60)


TERJEMAHAN MELAYU

Sesudah pernyataan permohonan doa, adalah dilapurkan bahawa beberapa lama sebelum kepungan, yang dimuliakan pembawa surat ini telah memberikan penghormatannya kepadaku dengan kehormatan bersahabat dengannya. Pada masa hari-hari dalam kepungan, beliau yang membawa surat ini telah membuatkan kegelapan kesusahan dalam kepungan terjauh dari Para Faqir  dengan cahaya yang banyak dari kehidupan sebenar, iaitu mendengarkan Kalam Allah. Bagi para penduduk di sini, berada dalam majlis Suhbat dengannya adalah suatu ketengan yang muktamad. Sesudah menenangkan segala kesusahan dari kepungan itu, beliau telah bersiap untuk mengucup ambang kemuliaan Tuanku. Beliau yang membawa surat ini telah berusaha untuk membawa bersamanya anak-anak yang dimuliakan. Oleh kerana berlakunya halangan, maka berlakulah penangguhan. Mungkin pada masa akan datang beliau juga akan dapat menemui persahabatan dengan Tuan yang mulia. Walaupun Para Faqir di Samarqand ini telah menjadi suka terhadapnya dan telah memintanya agar menyelsaikan dalam wilayah ini, dia tidak dapat berbuat demikian. Jika dia cenderung untuk memihak kepada Para Faqir ini dengan suatu ziarah dan bersedia untuk ke bahagian sini, yang dimohon adalah agar keizinan diberikan oleh Tuanku yang dimuliakan. Harga diri para pembaca Al-Quran akan terzahir di hadapan semua dalam keadaan yang mana tiada penjelasan lanjut yang diperlukan, khasnya yang dimuliakan pembawa surat permohonan ini, yang merupakan seorang Mahaguru dalam bidang ilmu ini dan sebagai tambahan, beliau memiliki berbagai kelebihan yang mana lidah penjelasan menjadi kelu untuk menghuraikan. Daku yaqin bahawa segala penyelesaian dari pihak Tuan yang dihormati akan diarahkan supaya matlamat cita-citanya akan dibawa ke martabat yang tinggi menerusi pihak Tuan yang dihormati. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan