Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [52(53,58)]


SURAT 52 (53,58)

Sesudah mempersembahkan seruan doa, adalah dilaporkan bahawa permohonan kesemua juru khidmat kerajaan Tuanku, semoga bayang-bayang kebaikannya berkekalan, adalah bahawa mereka boleh berikhtiar untuk mendamaikan antara Tuanku Raja dan saudara-mara lelakinya, dalam keadaan yang mana dari setiap negeri yang telah dikurniakan kepadanya oleh Allah, dia hendaklah memberikan sebahagian kepada saudara-mara lelakinya.

Kaedah perdamaian yang sedemikian tidak diiktiraf oleh para juru khidmat istana, bahkan sebahagian orang telah menyangka bahawa tindakan sedemikian adalah bertentangan dengan Syari'at.

Pada pendapat Faqir ini adalah bahawa, melakukan tindakan sedemikian untuk melancarkan perdamaian di antara Muslimin adalah tidak Istiqamah.

Hamba juga telah memahami bahawa mengirimkan permohonan yang sedemikian di hadapan para juru khidmat Tuanku Raja adalah tindakan yang buruk.

Hamba tidak dapat melampaui dengan lebih jauh, namun hamba masih berharap bahawa dengan usaha para juru khidmat, kaedah perdamaian ini akan berjaya, maka segala kebimbangan sekelian saudara mara juga akan menjadi berkurangan.

Faqir ini juga akan pulih dari menyalahkan mereka setiap hari, kerana sehinggalah dengan segala usaha yang telah hamba lakukan dengan sepenuh kemampuan yang ada pada hamba, adakah mereka juga akan bersikap baik dan mengurangkan kebimbangan hamba.

Pada musim dingin ini mereka telah menangguhkannya. Hamba amat berharap bahawa diri kamu yang mulia dapat mengalihkan fikiran kamu berkenaan perkara ini.

Apakah kebaikan yang dapat datang daripada dua Kabilah Muslimin yang berkait antara satu sama lain apabila kedua-duanya berperang.

Pembawa surat ini, jikalau dia mendapat peluang, beliau akan menyatakan kepada Tuanku apa sahaja yang diketahuinya. Telah banyak kebaikan dan kekurniaan dipertunjukkan kepadanya dan hamba yakin bahawa beliau akan dianggap sebagai pemohon yang baik. Salam.

Al-Faqir 'Ubaidullah


PENJELASAN SURAT 52

Hadhrat Khwajah Ahrar telah meminta Sultan Husain Baiqara untuk menyelesaikan pertelingkahan di kalangan para putera raja dengan memberikan kepada mereka sebahagian tanah jajahan sebagai negara mereka. Keadaan dan kedudukan tanah tersebut tidak dinyatakan di dalam surat ini.

Walaubagaimanapun, jika ianya disyaki sebagai bertentangan dengan Syari'at, maka tanah tersebut mungkin juga adalah harta Waqaf. Para Hakim dan Juri dalam mahmakah istana tidak mengiktiraf kaedah perdamaian yang sedemikian, mungkin kerana tindakan tersebut dilakukan dibawah paksaan dan bukannya secara sukarela atau sebagai pemberian hadiah.

Permintaan Hadhrat Khwajah Ahrar adalah menunjukkan tahap pengaruh politik yang ada padanya yang digunakannya untuk mempengaruhi kakitangan Istana Timurid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan