Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [295(299)]


SURAT 295 (299)

Sesudah kenyataan permohonan doa, adalah dilaporkan bahawa hanya dengan kemuliaan yang suci, tuan telah mengurniakan kebaikan ke atas Faqir ini dengan menunaikan keperluan-keperluan Umamat Muslimin menurut sepertimana permintaan hamba, semua orang ingin mencapai kehendak-kehendak mereka samada yang bersifat kebendaan dan keruhanian, duniawi dan ukhrawi menerusi kemuliaan Tuanku.

Yang dimuliakan, Amir Sultan Ahmad Chaharshanba juga telah meminta agar hamba meminta daripada para juru khidmat Tuanku yang dimuliakan supaya Tuanku menampilkan kebaikan pada masa ini apabila beliau telah menjadi tua dan melepaskannya untuk melakukan khidmat pengabdiannya kepada Allah. Ianya adalah suatu kebaikan yang perlu difikirkan dan ianya sudah difikirkan.

Permintaan adalah bahawa beliau dilepaskan daripada tanggungjawab perkhidmatan dan diperintahkan agar beliau menyibukkan dirinya dengan amalan 'Ibadah terhadap Allah. Salam

'Ubaidullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan