Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [7]


SURAT 7

TERJEMAHAN SURAT 7

Sesudah daripada mengangkatkan permohonan doa, adalah dilapurkan yang permintaan Faqir ini ialah bahawa barangsiapa yang telah menerima kemuliaan menerusi kekurniaan yang tidak bersyarat dari Allah Ta'ala dan telah diberkati dengan bertambahnya nikmat amal kebajikan dan hikmah, bahawa kenikmatan yang sedemikian tidak sepatutnya diperbelanjakan kecuali pada tempat yang meridhakan Allah Ta'ala.

Kami sedang menantikan saat Allah Ta'ala mengurniakan kepada Para Pemerintah dengan keberkatan dalam membelanjakan sumber pendapatan dalam apa juga maksud kehendak mereka, khususnya dengan mengikuti Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, menerusi penentangan terhadap adat resam dan budaya asing dan dengan cara meninggalkannya.

Pujian dan sanjungan hanya bagi Allah bahawa Dia Maha Berkuasa untuk memungkinkan segala harapan tersebut. Kami adalah sangat berharap supaya budaya adat resam tersebut secara keseluruhannya tidak akan berkembang. Jika terdapat sebarang permintaan yang selain dari perkara ini,

Para Faqir seperti kami adalah sangat berharap agar Allah Ta'ala akan menjauhkan mereka dari kita. Tiada seorang pun dari kalangan kami yang ada sebarang permintaan lain kecuali perkara ini.

Salam!

Al-Faqir 'Ubaidullah Ahrar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan