Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [49]


SURAT 49

TERJEMAHAN SURAT 49

Sesudah menyatakan permohonan doa, adalah telah dilaporkan bahawa semenjak Allah Ta'ala telah mengarahkan Amir Shaikhim untuk melakukan tugas mulia mengucup ambang takhta Tuanku, semoga bayang-bayang kebaikannya bertambah-tambah ke atas seluruh Ummat Muslimin, kerana kemuliaan niat suci Tuanku, ianya telah datang dalam fikiran Faqir ini bahawa dengan cara yang sama Allah Ta'ala telah menyebabkan Tuanku Raja yang Syahid Sultan Abu Sa'id, semoga Allah Ta'aa menyinari pusaranya, untuk melenyapkan segala kejahatan adat resam orang asing daripada wilayah kerajaan Mawarannahr, kami meminta Tuanku supaya mengarahkan suatu keputusan untuk menghilangkan kejahatan adat resam para pendatang dari kawasan wilayah Khurasan supaya manafaat kesultanan dan kekuasaan dengan mana Allah Ta'ala telah kurniakan kepada Tuanku, mudah-mudahan ianya akan terzahir.

Rasa kesyukuran atas kekurniaan yang seperti ini akan dihadapkan Kehadhrat Tuhan. Suatu permintaan untuk menambahkan kebaikan Tuanku terhadap pembawa surat ini iaitu Amir Syaikhim telah dibuat kerana kesempurnaan bantuan sokongan Tuanku.

Hamba percaya bahawa apa sahaja yang baik untuk kedua-dua kehidupan Dunia dan Akhirat akan dikurniakan kepadanya menerusi Tuanku. Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah


PENJELASAN SURAT 49

Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Rahmatullah 'Alaih telah menggunakan nama gelaran terhadap Sultan Abu Said dengan sebutan Hadhrat Sultan Syahid Sa'id.

Dalam surat ini yang telah ditujukan kepada Sultan Husain Baiqara telah meminta agar menghapuskan adat resam orang luar dari Khurasan yang khasnya dimaksudkan adalah adat resam kaum Turki Mongolia sepertimana yang telah beliau nyatakan dalam beberapa surat beliau yang lain.

Hadhrat Khwajah Ahrar Rahmatullah 'Alaih telah menggunakan Sultan Abu Sa'id (1451-1469) yang menjadi bekas pemegang kedudukan Sultan Husain Baiqara. Beliau telah terbunuh dalam sebuah kegiatan terancang menentang pemimpin kerajaan Aqquyunlu iaitu Uzun Hasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan