Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [5]


SURAT 5

TERJEMAHAN SURAT 5

Sesudah daripada mengangkatkan doa, adalah telah dilapurkan bahawa Raja yang mulia telah menunjukkan belas kasihannya terhadap kaum keluarga Amir 'Abdul Wahhab, hantarkan beliau ke Mawarannahr dan Faqir ini akan senantiasa mendoakan kesejahteraan yang kekal abadi untuk Raja yang mulia dan ianya benar-benar telah menyerap di dalam permohonan doa ini.

Amir 'Abdul Wahhab telah memiliki sebahagian harta, sebuah tempat tinggal dan berbagai harta yang lain. Beliau telah mengahantar seseorang untuk menjual harta-hartanya. Permintaan kami dari kemuliaan Tuan adalah agar dapat melihat harta-hartanya itu dapat dijual tanpa sebarang halangan.

Daku percaya bahawa pemikiran baik Tuan akan terarah untuk memastikan supaya hak-hak orang Muslim dapat dikembalikan kepada para pemiliknya.

Salam!

Al-Faqir 'Ubaidullah Ahrar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan