Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [48]


SURAT 48

TERJEMAHAN SURAT 48

Sesudah memohonkan doa, adalah dilaporkan bahawa orang yang membawa surat ini adalah dari kawasan ini yakni Mawarannahr dan adalah berjauhan daripada tempat perkampungan mereka kerana pergolakan yang sedang berlaku. Mereka tidak boleh berada di mana-mana lagi. Permintaan mereka adalah agar mereka boleh mencari belas kasihan daripada juru khidmat supaya mereka boleh kembali ke tempat asal mereka sendiri. Mereka juga telah menjadikan Faqir ini sebagai suatu alat untuk menyatakan harapan mereka. Hamba percaya bahawa dengan kebaikan dan belas kasihan juru khidmat istana kerajaan, mereka akan dapat memenuhi kehendak harapan mereka.

Salam sejahtera.

Al-Faqir 'Ubaidullah Ahrar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan