Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [1(13)]


Murasalat Khwajah Ahrar [1(13)]

ﺑﻌﺪ ﺍﺯ ﺭﻓﻊ ﻧﻴﺎﺯ ﻋﺮﺿﻪ ﺩﺍﺷﺖ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﺁﻧﻜﻪ :

ﮔﺮ ﻧﮕﻮﻳﻢ ﺁﻧﭽﮧ ﺩﺍﺭﻡ ﺩﺭﻭﻥ

ﲟﻦ ﺟﮕﺮﻫﺎ ﮔﺮﺩﺩ ﺍﻧﺪﺭ ﺣﺎﻝ ﺧﻮﻥ

ﺑﺎﺩﻯ ﺍﺣﻮﺍﻝ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﺑﺴﺒﺐ ﺁﻧﻜﻪ ﺑﺴﺒﺐ ﻋﻮﺍﺭﺿﻰ ﻛﻪ ﻋﻠﺖ ﺁﻥ ﺑﺮ ﺍﺫﻛﻴﺎ ﭘﻮﺷﻴﺪﻩ ﻧﻴﺴﺖ ﺑﺲ ﺧﺮﺍﺑﺴﺖ ﺧﺮﺍﺑﻰ ﻧﻪ ﭼﻨﺎﻧﻜﻪ ﺑﻪ ﲢﺮﻳﺮ ﻭ ﺗﻘﺮﻳﺮ ﭼﻴﺰﻯ ﺍﺯ ﺁﻥ ﻣﺒﻴﻦ ﺷﻮﺩ ﺁﻧﭽﻪ ﺗﻮﺍﻥ ﺍﻧﺪﻛﻰ ﮔﻔﺖ ﺁﻧﻜﻪ ﻣﻦ ﻏﻤﺾ ﺑﺼﺮﻩ ﻋﻦ ﺍﷲ ﻃﻓﺔ ﻋﻴﻦ ﻟﻢ ﻳﻬﺘﺪ ﺍﻟﻴﻪ ﻃﻮﻝ ﻋﻤﺮﻩ ﺳﻌﺎﺩﺕ ﺣﻘﻴﻘﻰ ﺟﺰ ﺩﺭ ﺩﻭﺍﻡ ﺍﻗﺒﺎﻝ ﻧﻴﺴﺖ ﻗﻠﺒﺎ ﻭﻗﺎﻟﺒﺎ ﺭﻭﺷﻦ ﺧﻮﺍﻫﺪ ﺑﻮﺩ ﻛﻪ ﺍﺷﺘﻐﺎﻝ ﺍﺩﻮﺍﻡ ﺍﻗﺒﺎﻝ ﺭﺍ ﺑﻪ ﺁﻧﭽﻪ ﺍﺯ ﺣﻘﻴﻘﺖ ﺍﻗﺒﺎﻝ ﻣﺎﻧﻊ ﺍﺳﺖ ﺩﺭ ﻣﻘﺎﺑﻠﻪ ﭼﻪ ﺧﻮﺍﻫﺪ ﺑﻮﺩ ﺗﺎ ﺍﻳﻦ ﻏﺎﻳﺖ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﺭﺍ ﺧﻼﺻﻰ ﻣﻴﺴﺮ ﻧﺸﺪ ﻫﻨﮕﺎﻡ ﻣﺮﺩﻥ ﺭﺳﻴﺪﻥ ﺍﻳﻦ ﺯﻣﺎﻥ ﭼﻪ ﺗﻮﺍﻥ ﻛﺮﺩ ﺍﮔﺮ ﺣﻖ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﭘﺎﺩﺷﺎﻫﺎﻥ ﺭﺍ ﲟﺤﺾ ﻨﺎﻳﺖ ﭼﻨﺎﻥ ﺳﺎﺯﺩ ﻛﻪ ﻫﻤﺖ ﺍﻳﺸﺎﻥ ﻣﺼﺮﻭﻑ ﺑﻴﺎﻓﺖ ﺳﻌﺎﺩﺕ ﺣﻘﻴﻘﻰ ﺑﺎﺷﺪ ﺑﻨﮕﺎﻩ ﺩﺍﺷﺖ ﺭﻋﻴﺖ ﺑﻮﺩ ﻭ ﺗﺮﻭﻳﺞ ﺷﺮﻳﻌﺖ ﭘﻴﻐﺎﻣﺒﺮ ﺧﻮﺩ ﺍﻣﻴﺪ ﺑﻮﺩ ﻛﻪ ﺍﻣﺜﺎﻝ ﻣﺎ ﻓﻘﻴﺮﺍﻥ ﺍﺯ ﺍﻧﻮﺍﺭ ﺍﻳﺸﺎﻥ ﻣﺴﺘﻔﻴﺪ ﻭ ﻣﺴﺘﻔﻴﺾ ﺷﺪﻩ ﺗﻮﺍﻧﺴﺘﻴﻤﻰ ﺑﻪ ﺍﻫﻢ ﻭﻗﺖ ﻣﺸﻐﻮﻝ ﺷﺪ ﭼﻮﻧﻜﻪ ﺩﺭ ﻣﻴﺎﻥ ﺍﻧﺴﺎﻥ ﺍﺯ ﺑﺮﺍﻯ ﺣﻈﻮﻅ ﻋﺎﺟﻠﻪ ﳐﺎﻟﻔﺖ ﻭﺍﻗﻊ ﺍﺳﺖ ﺍﻣﺜﺎﻝ ﻣﺎ ﻓﻘﻴﺮﺍﻥ ﺑﺴﻌﺎﺩﺕ ﺗﻮﺟﻪ ﺑﻤﻘﺼﻮﺩ ﭼﻮﻥ ﺗﻮﺍﻧﻴﻢ ﺭﺳﻴﺪ ﺍﻣﻴﺪ ﺍﺯ ﺍﻟﻄﺎﻑ ﺑﻰ ﻧﮩﺎﻳﺖ ﺣﻖ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﺑﻤﺤﺾﻋﻨﺎﺖ ﺁﮔﺎﻫﻰ ﻛﻪ ﻣﻮﺟﺐ ﻳﺎﻓﺖ ﺳﻌﺎﺩﺕ ﺣﻘﻴﻘﻰ ﮔﺮﺩﺩ ﻳﻌﻨﻰ ﺍﻗﺒﺎﻝ ﺣﻘﻴﻘﻰ ﲜﻨﺎﺏ ﺣﻖ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﺭﻭﺯﻯ ﮔﺮﺩﺍﻧﺪ ﺑﻤﻨﻪ ﻭﻛﺮﻣﻪ ۔ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ

ﺍﻟﻔﻘﻴﺮ ﻋﻴﺪﺍﷲ ﺍﺣﺮﺍﺭ


TERJEMAHAN SURAT 1 (13)

Sesudah daripada mengangkatkan ucapan doa, permohonan Faqir ini adalah:

ﮔﺮ ﻧﮕﻮﻳﻢ ﺁﻧﭽﮧ ﺩﺍﺭﻡ ﺩﺭﻭﻥ

ﲟﻦ ﺟﮕﺮﻫﺎ ﮔﺮﺩﺩ ﺍﻧﺪﺭ ﺣﺎﻝ ﺧﻮﻥ


Gar Nagoyim Ancheh Daram Darun,
Baman Jagarha Gardad Andar Hal Khun.

Jikalau tidak ku ungkapkan apa yang ada di dalam diriku,
Nescaya seluruh isi perutku akan bertukar menjadi darah.

Hal keadaan cangkir Faqir ini telah menjadi rosak kerana disebabkan segala kemahuan matabenda duniawi yang halnya tidaklah tersembunyi dari Para Azkiya yang pantas dalam pemahaman. Kerosakannya tidaklah begitu teruk yang mana dengan perantaraan Tahrir penulisan dan Taqrir pengucapan akan dapat memperjelaskannya. Apa yang dapat diperkatakan ialah bahawa, seseorang yang mengalihkan pandangan Basirahnya dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala walau sekelip pandangan mata, nescaya dia tidak akan mendapat petunjuk Hidayat untuk seluruh baki kehidupannya.

Tiadalah kebahagiaan hakiki yang sebenar melainkan dalam Iqbal menghadapkan diri dengan Qalb hati dan Qalib anggota tubuh badan. Akan menjadi jelas kepada orang yang sentiasa sibuk menghadapkan dirinya, dengan orang yang terhalang dari hakikat kebenaran dalam Iqbal menghadapkan diri. Sehingga kini, kelepasan bagi Faqir ini masih belum terhasil sedangkan saat kematian datang menghampiri. Dalam masa ini, apakah yang dapat dibuat oleh seseorang?

Jika Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan 'InayatNya dapat mengaturkan bagi Para Pemerintah agar menambahkan usaha untuk mendapatkan kebahagiaan hakiki maka adalah diharapkan ianya dapat menjaga dan memelihara keperluan rakyat dan menghidupkan Syari'at NabiNya.

Kami harap agar semua Faqir seperti kita ini dapat mengambil faedah dan limpahan kurniaan menerusi cahaya Para Pemerintah ini supaya dapatlah kita menghadirkan diri pada waktu urusan yang penting. Namun begitu, keadaan yang sedang berlaku di kalangan manusia adalah bertentangan sama sekali demi kesenangan segera yang sementara di Dunia, maka bagaimanakah Para Faqir yang seperti kita ini dapat mencapai kebahagiaan dalam menumpukan perhatian Tawajjuh kepada maksud?

Kami yang Faqir ini juga berharap dengan kelemah-lembutan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang tidak terbatas, hanya semata-mata dengan 'Inayat pengawasanNya agar Dia mengurniakan kita dengan kebahagiaan yang hakiki yakni Iqbal menghadapkan diri dengan sebenar-benarnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala setiap hari dengan kekurniaanNya dan kemuliaanNya.

Wassalam.

Al-Faqir 'Ubaidullah Ahrar


PENJELASAN SURAT 1

Kebanyakan surat-surat Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar telah dituliskan kepada 'Ali Shir Navai dan kepada Hadhrat Maulana 'Abdur Rahman Jami Rahmatullah 'Alaih.

Perkataan Faqir menurut pengertian bahasa bererti seorang yang sangat memerlukan dan perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada golongan Sufi.

Hadhrat Khwajah Ahrar sering merujuk dirinya sebagai Faqir dan sering menandatangani surat-suratnya dengan nama "Al-Faqir 'Ubaidullah".

Perkataan Iqbal bererti berdiri menghadapkan wajah kepada Allah Tuhan Semesta Alam yang mendatangkan segala kebaikan. Beliau menjelaskan bahawa dia telah menulis surat ini ketika penghujung usianya.

Beliau mengeluh tentang dirinya yang masih belum dapat menghasilkan kelepasan Ruhaniah kerana perselisihan yang disebabkan oleh Para Pemerintah kerajaan Timurid.

Pada masa yang sama beliau mencela kehendak hawa nafsu duniawi Para Pemerintah tersebut yang telah mendorong kepada perselisihan. Kenyataan ini memberikan kiasan tentang perselisihan yang berlaku di antara putera-putera kerajaan Timurid.

Beliau juga telah memberikan nasihat kepada Para Pemimpin tersebut agar mencari kebahagiaan yang sebenar lagi hakiki menerusi dakwah menyebarkan amalan Syari'at, memenuhi keperluan rakyat jelata dan menzahirkan bantuan kepada golongan Sufi yang Faqir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan