Rabu, 7 September 2011

Murasalat Khwajah Ahrar [2(14)]


SURAT 2 (14)

ﺑﻌﺪ ﺍﺯ ﺭﻓﻊ ﻧﻴﺎﺯ ﻋﺮﺿﻪ ﺩﺍﺷﺖ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﺁﻧﻜﻪ ﺩﺭ ﻋﻨﺎﻳﺖ ﻧﺎﻣﻪ ﻛﻪ ﺑﻤﺤﺾ ﻋﻨﺎﻳﺖ ﺍﺭﺳﺎﻝ ﻓﺮﻣﻮﺩﻩ ﺑﻮﺩﻧﺪ ﺍﺷﺎﺭﺕ ﻓﺮﻣﻮﺩﻩ ﺷﺪﻩ ﺑﻮﺩ ﻛﻪ ﺗﻮ ﮔﻔﺘﻪ ﻛﻪ ﻳﻚ ﻛﺮﺕ ﺩﺭ ﺧﻮﺍﺳﺖ ﻣﺎ ﺭﺍ ﻗﺒﻮﻝ ﻛﻨﻨﺪ ﻣﺎ ﻫﻤﻴﺸﻪ ﺁﻧﭽﻪ ﻣﻠﺘﻤﺲ ﺍﺳﺖ ﻗﺒﻮﻝ ﻛﺮﺩﻩ ﺍﻳﻢ ﭼﺮﺍ ﭼﻨﻴﻦ ﻭﺍﻗﻊ ﺷﺪﻩ ﺍﺳﺖ ﭘﻴﺶ ﻫﻤﻪ ﻣﺮﺩﻡ ﭼﻭﻥ ﺁﻓﺘﺎﺏ ﺭﻭﺷﻦ ﺷﺪﻩ ﺍﺳﺖ ﺍﻟﻄﺎﻑ ﻋﻨﺎﻳﺖ ﺁﳓﻀﺮﺕ ﺑﻨﺴﺒﺖ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﺁﻥ ﻣﻘﺪﺍﺭ ﻋﻨﺎﻳﺖ ﻛﻪ ﻣﻼﺯﻣﺎ ﺑﻨﺴﺒﺖ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﻭﺍﻗﻊ ﺷﺪﻩ ﺍﺳﺖ ﺍﺯ ﻫﻴﭻ ﻛﺲ ﻣﺘﺼﻮﺭ ﻧﻴﺴﺖ ﻣﻘﺼﻮﺩ ﺟﺰ ﺁﻥ ﻧﺒﻮﺩ ﻛﻪ ﻣﻠﺘﻤﺲ ﻛﻪ ﺩﺭ ﺑﺮﺍﻩ ﻣﻴﺮﺯﺍ ﺳﻠﻄﺎﻥ ﳏﻤﻮﺩ ﻛﺮﺩﻩ ﺷﺪﻩ ﺑﻮﺩ ﺩﺭ ﺁﻥ ﻭﻗﺖ ﻛﻪ ﻣﻮﻻ ﻧﺎ ﺧﻮﺍﺟﻪ ﻋﻠﻲ ﲟﻼﺯﻣﺎﻥ ﺭﺳﻴﺪﻩ ﺑﻮﺩ ﻋﺮﺽ ﻣﻠﺘﺲ ﺍﻳﻦ ﺩﺭ ﻣﺎﻧﺪﻩ ﭘﻴﺶ ﻣﻼﺯﻣﺎﻥﻛﺮﺩﻩ ﺑﻮﺩ ﻫﻤﺎﻥ ﺻﻮﺭﺕ ﺭﺍ ﺍﻟﺘﻤﺎﺱ ﻛﻨﻴﻢ ﺍﮔﺮ ﺩﺭ ﻛﺘﺎﺑﺖ ﺳﻬﻮﻯ ﻭﺍﻗﻊ ﺷﺪﻩ ﺑﺎﺷﺪ ﺍﺳﺘﻌﻔﺎﺩ ﺍﺳﺘﻐﻔﺎﺩ ﻣﻰ ﻛﻨﻴﻢ ﻳﻘﻴﻦ ﻛﻪ ﺑﻨﻮﺭ ﻋﻔﻮ ﺁﻥ ﺣﻀﺮﺕ ﻇﻠﻤﺖ ﺟﺮﳝﻪ ﺗﻘﺼﻴﺮ ﻭ ﺳﮩﻮ ﻭ ﳏﻮ ﺧﻮﺍﻫﺪ ﺷﺪ ﺣﺎﻻ ﺑﺮ ﺍﻳﻦﺻﻮﺭﺕ ﻣﻠﺘﻤﺲ ﺍﻳﻦ ﻓﻘﻴﺮ ﻫﺴﺖ ﭼﻪ ﺑﺴﺒﺐ ﺁﻧﻜﻪ ﺁﻧﭽﻪ ﺩﺭ ﻣﻴﺎﻥ ﺧﻮﻳﺸﺎﻥ ﻭﺍﻗﻊ ﺍﺳﺖ ﺑﺴﻰ ﺯﺣﻤﺖ ﲟﺮﺩﻡ ﺭﺳﻴﺪ ﻭ ﻣﻰ ﺭﺳﺪ ﺑﺴﻴﺎﺭﺍﻥ ﺍﺳﻴﺮ ﺷﺪﻧﺪ ﻭ ﻣﻰ ﺷﻮﻧﺪ ﻣﻰ ﺧﻮﺍﻫﻢ ﻛﻪ ﺁﻥ ﺣﻀﺮﺕ ﺍﺯ ﺑﺮﺍﻯ ﺧﻼﺻﺊ ﻣﺴﻠﻤﻴﻦ ﺧﻮﻳﺸﺎﻥ ﺧﻮﺩ ﺭﺍ ﲞﻮﺩ ﻧﺰﺩﻳﻚ ﮔﺮﺩﺍﻧﻨﺪ ﺍﮔﺮ ﺍﻳﻦ ﺍﻟﺘﻤﺎﺱ ﺍﺯ ﺣﺪ ﺍﺳﺘﻐﺎﻣﺖ ﺑﻴﺮﻭﻥ ﺑﺎﺷﺪ ﺍﺳﺘﻐﻔﺎﺭ ﺭﺍ ﺷﻌﺎﺭ ﺧﻮﺩ ﺳﺎﺯﻳﻢ ﺍﻣﻴﺪ ﺍﺯ ﺍﻟﻄﺎﻑ ﺑﻰ ﻧﻬﺎﻳﺖ ﺣﻖ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﺁﻧﻜﻪ ﻫﻤﻪ ﺭﺍ ﺑﺘﻮﻓﻴﻖ ﺁﻧﭽﻪ ﺧﻴﺮ ﻣﺴﻠﻤﻴﻦ ﺍﺳﺖ ﲟﺤﺾ ﻋﻨﺎﻳﺖ ﻣﻮﻓﻖ ﮔﺮﺩﺍﻧﺪ ﲟﻨﻪ ﻭ ﻛﺮﻣﻪ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻭ ﺍﻻﻛﺮﺍﻡ ۔

ﺍﻟﻔﻘﻴﺮ ﻋﺒﻴﺪ ﺍﷲ

TERJEMAHAN SURAT 2 (14)

Sesudah daripada mengangkatkan doa, permintaan Faqir ini adalah bahawa dalam surat bantuan yang telah kamu kirimkan ada menyatakan bahawa, "Kami sedang mengharapkan satu masa untuk memenuhi permintaan kamu. Kami sentiasa menerima apa juga yang telah kami minta. Kenapa perkara yang sedemikian ini berlaku?"

Ianya sungguh terang seterang mentari bagi semua orang bahawa kemurahan dan bantuan Raja yang mulia terhadap Faqir ini dan beberapa bantuan yang telah diberikan oleh para pegawai istana kepada Faqir ini tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa pun.

Tiada niat lain melainkan permintaan yang telah disampaikan bagi pihak Mirza Sultan Mahmud pada suatu masa dahulu, ketika Maulana Khwaja 'Ali telah mendapat peluang berkhidmat denganmu dan mempersembahkan permohonan orang yang tak berdaya ini kepada para pegawai. Kami sedang membuat permohonan yang sama.

Jikalau terdapat sebarang kesalahan dalam menuliskannya, kami meminta kemaafan. Daku percaya bahawa dengan cahaya kemaafan Raja yang mulia, kegelapan azab siksaan terhadap orang yang zalim dan bersalah akan lenyap.

Kini, permohonan Faqir adalah perkara ini. Kerana, dengan apa yang berlaku di kalangan Para Putera Raja, telah datang banyak kesukaran dan akan datang berterusan ke atas rakyat jelata. Ramai yang telah ditangkap dan sedang ditangkap sebagai tahanan.

Kami meminta, bahawa untuk melepaskan orang-orang Muslim, Raja yang mulia seharusnya memanggil saudara-maranya datang dekat padanya. Jika permohonan ini melampaui batas, ianya adalah kerana kejahilanku dan kita seharusnya bertaubat dari melakukannya.

Kita berharap pada kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang tak terbatas agar Dia membalas dengan kejayaan terhadap kesemua mereka yang berusaha melakukan amal kebaikan kepada rakyat jelata yang Muslim.

Dengan kurniaan dan kehormatanNya. Salam hormat.

Al-Faqir 'Ubaidullah

PENJELASAN SURAT 2

Hadhrat Khwajah 'Ali Rahmatullah 'Alaih adalah murid dan menantu kepada Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Rahmatullah 'Alaih dan telah mendapat gelaran Wakil yang bertanggungjawab dan kewibawaan yang telah diperolehinya dalam kelompok Naqshbandi di Samarqand.

Hadhrat Khwajah 'Ali Rahmatullah 'Alaih adalah merupakan Guru Murshid pembimbing Ruhani kepada Sultan Ahmad dan menjadi sebagai orang tengah di antara Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Rahmatullah 'Alaih dan Sultan Ahmad.

Hadhrat Khwajah 'Ali Rahmatullah 'Alaih sering melakukan safar perjalanan ke istana di Herat bagi pihak Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Rahmatullah 'Alaih dan kebanyakan surat beliau adalah berkenaan mensuraikan perselisihan di kalangan putera Raja kerajaan Timurid dan Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Rahmatullah 'Alaih cuba menjadi perantara bagi mencapai perdamaian.

Hadhrat Khwajah 'Ali Rahmatullah 'Alaih telah banyak mengirimkan surat kepada Sultan Husain Baiqara supaya menyokong usaha perdamaian. Surat-surat tersebut adalah merujuk kepada perbalahan yang berlaku di antara Sultan Ahmad, Sultan Mahmud dan 'Umar Syaikh yang merupakan tiga orang putera Sultan Abu Sa'id.

Kejadian tersebut bukanlah perbalahan yang pertama kali diselesaikan oleh Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Rahmatullah 'Alaih. Ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Sa'id, Sultan Mahmud dan 'Umar Syaikh telah mengaturkan bala tentara untuk menyerang Samarqand yang berada di bawah jajahan Sultan Ahmad.

Kisah permusuhan yang telah berlaku ini dapat dirujuk dalam kitab Manaqib Ahrar dan kitab Silsilat karangan Qazi Muhammad Burhanuddin Samarqandi. Sebagai tindakbalas, Sultan Ahmad telah meletakkan dirinya dalam keadaan berjaga-jaga untuk mempertahankan kawasannya dan beliau telah membawa Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar untuk berunding bagi mencapai perdamaian.

Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar telah memainkan peranan yang sangat penting dalam berusaha mencari perdamaian terhadap pertelingkahan yang berlaku di kalangan putera-putera Sultan Abu Sa'id.

Dalam surat ini telah menunjukkan kepada kita betapa keteguhan da ketabahan Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar menghadapi keadaan tersebut dengan mencari jalan penyelesaian bagi mencapai perdamaian.

Kandungan surat ini telah menjelaskan bahawa Hadhrat Khwajah 'Ali telah mempersembahkan permohonan Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar kepada Sultan Husain Bayqara agar melapangkan segala keadaan kesusahan akibat pertelingkahan ini terhadap rakyat jelata di Mawarannahr.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan